Saturday 30 July 2011

A131552 TAN SU FANG LJ01 EMOSI

A131552 TAN SU FANG LJ01 EMOSI

Salam sejahtera. Jurnal ini merupakan jurnal pertama yang saya tulis untuk kursus Pengurusan Emosi ZZZT2253 setelah menghadiri kelas kedua khusus ini pada 27 Julai 2011. Sebelum menghadiri kuliah ini, apa yang saya faham tentang emosi ialah emosi merupakan sesuatu perasaan yang seseorang hadapi. Pada pendapat saya, semua orang akan mempunyai sesuatu emosi pada bila-bila masa kecuali pada situasi yang tidak sedar seperti tidur matang ( terutamanya semasa tidak bermimpi) dan dalam keadaan koma. Saya rasa emosi boleh dikawal oleh diri sendiri kalau mempunyai minda yang kuat dan sihat. Tetapi kebanyakan orang termasuk saya bukan sentiasa boleh mengawal emosi sendiri, sebaliknyakami lebih bercenderung dikawalkan oleh emosi sendiri.

(joy)

Daripada bahagian pertama kuliah ini yang bertajuk "Pengenalan dan definisi emosi", saya telah mengetahui definisi perkataan emosi yang lebih tepat. Emosi merupakan sesuatu interaksi yang kompleks antara faktor subjektif dan objektif, dan dikawal oleh system saraf dan hormone. Emosi seseorang boleh menimbulkan pelbagai reaksi seperti reaksi afektif (perasaan gembira atau takut ), proses kognitif ( label sesebuah perasaan) , perubahan fisiologi mengikut keadaan. Selain itu, emosi juga merupakan salah satu motivasi kepada tingkah laku seseorang dan mendorong tindakan seseorang.

Saya memahami bahawa sesuatu emosi akan timbul apabila kita menghadapi sesebuah kejadian. Sebagai contoh, apabila mengetahui keputusan peperiksaan akhir modul, pelajar akan berasa gembira atau sedih (reaksi afektif), selepas ini otak akan melabelkan emosi ini ( proses kognitif) mengubah keadaan fisiologi seperti senyum ( perubahan fisiolosi) dan menjadikan ini sebagai pendorong supaya berusaha lagi dalam modul seterusnya. Tetapi, emosi manusia tidak mudah seperti ini. Dr. Zamri telah menganalisis komponen emosi kepada kami dalam bahagian kedua kuliah ini. Saya dapati definisi saya terhadap emosi sebelum ini terlalu sempit dan tidak sempurna. Saya bersyukur kerana dapat pengetahuan basis tentang emosi setelah penerangan Dr. Zamri.

(images)

Semasa bahagian kedua kuliah ini, Dr. Zamri telah menerangkan struktur dan ekspresi emosi dengan teliti. Doktor telah memperkenal beberapa teori memgenai emosi. Yang asas sekali merupakan Darwin's basic theory of emotion. Teori ini percaya bahawa emosi adalah semujadi, sejagat sesama manusia tanpa perbezaan adab dan budaya. Tetapi ada ahli falsafah berpendapat bahawa emosi tidak mudah seperti ini dan mengkin terdiri daripada banyak elemen. Saya percaya pendapat ini kerana saya rasa perasaan semasa menghadapi sesebuah situasi bukanlah satu sahaja, kita boleh mempunyai beberapa perasaan pada masa yang sama dan boleh mempunyai perasaan yang berbeza walaupun menghadapi kejadian yang sama tetapi dalam keadaan dan situasi yang lain.

Oleh itu, beberapa saintis atau ahli falsafah telah mengeluarkan beberapa teori untuk cuba menjelaskan status emosi manusia. Teori yang diperkenal oleh pensyarah kami ialah Plutchik primary emotion theory, Tomkin's facial feedback theory dan Izard's innate facial expression. Antaranya, Tomkin's facial feedback theory adalah teori yang paling berkesan kepada saya. Sebelum kuliah ini, saya telah membaca artikel yang mempunyai huraian yang serupa iaitu emosi seseorang boleh diubah oleh ekspresi wajah atau posisi. Teori ini menyatakan pergerakan muka boleh menpengaruh pengalaman emosi seseorang. Sebagai contoh, seseorang individu yang memaksa dirinya senyum semasa satu acara sosial akhirnya akan berasa acara tersebut lebih menarik. Selepas baca artikel itu, saya telah cuba menggunakan prinsip ini dalam kehidupan saya. Apabila menghadapi keadaan yang tidak seronok, saya pun cuba senyum. Saya dapati keadaan yang tidak seronok tidak sama lagi seperti dulu, dan saya dapat mengatasinya dengan lebih mudah. Oleh itu, saya percaya teori ini boleh diaplikasikan dalam kehidupan setiap orang.

(no worries)

Selain itu, saya juga pernah membaca salah satu karya Dale Carnegie ( seorang pensyarah dan penulis karya motivasi) yang bertajuk " How to stop worrying and start living". Dalam karya beliau, beliau telah menyata bahawa keadaan emosi badan boleh dipengaruh oleh posisi badan. Sebagai contoh, kalau seseorang pelajar yang belajar samping duduk di atas sofa akan berasa letih lebih cepat daripada pelajar yang duduk di meja buku dengan posisi yang betul. Hal ini mungkin kerana posisi yang tidak betul akan menjadi maklum balas kepada otak bahawa individu tersebut bukan berada dalam keadaan belajar dan oleh itu  tidak memyediakan minda yang sesuai untuk belajar. Saya berpendapat bahawa prinsip ini amat berkaitan dengan Tomkin's facial feedback theory. Tidak kira reaksi itu kecil kerana hanya menggunakan sebahagian otot muka, ataupun reaksi yang besar seperti menukarkan posisi badan, reaksi-reaksi ini dapat menukarkan keadaan emosi dan minda kita. Saya akan sentiasa cuba untuk menggunakan prinsip tersebut dalam kehidupan saya seperti belajar di tempat belajar yang sesuai, bersenam di tempat bersenam yang sesuai dan sentiasa bersenyum supaya saya boleh mendapat kesan kerja yang paling efektif dan menjaga emosi dalam keadaan yang ceria.

Pada pendapat saya, Plutchik's primary emotion theory merupakan teori yang lebih kompleks dan lebih lengkap.Teori ini mengandungi tiga komponen, iaitu bahasa emosi ( Language of emotion ), reaksi penyesuaian asas ( Basic adaptive reactions ), dimensi emosi ( Dimensions of emotion). Seterusnya, bahasa emosi boleh dibahagikan kepada tiga komponen, iaitu bahasa subjektif, bahasa tingkah laku dan bahasa fungsian. Setiap kompenen saling berkaitan, iaitu bahasa subjektif akan melahirkan bahasa tingkahlaku dan seterusnya menjadi bahasa fungsian. Teori ini juga membahagikan reaksi penyesuaian asas kepada lapan komponen, iaitu takut ( fear ),  meluat ( disgust ), marah  ( anger ), terperanjat ( surprise ), gembira ( joy ), sedih ( sadness ), terima ( acceptance ) dan rasa ingin tahu ( curiousity ). Lapan reaksi asas ini sebenarnya empat pasang reaksi yang bertentangan. Pada pendapat saya, cara membahagi reaksi manusia kepada lapan ataupun empat pasang reaksi asas ini sangat sistematik dan jelas. Pada pendapat saya, manusia jarang mempunyai reaksi asas yang bertentangan pada masa yang sama, tetapi ada pengecualiannya. Saya ambil satu pengalaman sendiri sebagai contoh. Apabila menyertai pertandingan perbahasan inggeris, saya tidak dapat menerus ke peringkat separuh akhir. Saya berasa sedih kerana tidak dapat mencapai keputusan yang saya harap, tetapi saya juga berasa gembira dan bersyukur kerana boleh mendapat lebih banyak masa untuk belajar.

Selain itu, Dr. Zamri juga memperkenalkan Plutchik's 3D model kepada kami. Saya berasa takjub kerana daripada lapan reaksi asas tadi, boleh mengembangkan lagi kepada emosi sekunder dan mempunyai tahap kekuatan yang lain. Model ini telah memberi satu imej yang kuat kepada saya bahawa emosi manusia adalah sangat rumit dan susah difahami. Kadang kala saya juga tidak faham reaksi sendiri dan rakan lain apabila menghadapi sesetengah situasi.

Kesimpulannya, kuliah kali ini telah memberikan banyak informasi berkaitan teori emosi yang berharga kepada saya. Saya berpendapat bahawa pengurusan emosi sangat penting bagi semua insan, termasuk doktor. Hal ini kerana doktor akan sentiasa menghadapi banyak pesakit dan penyakit, mereka harus tahu cara untuk menguruskan emosi negatif yang mungkin akan membawa kesan yang buruk kepada pesakit dan dirinya. Oleh itu, saya harap dapat memperoleh kemahiran pengurusan emosi yang efektif melalui kursus ini dan sentiasa berada dalam keadaan yang positif walaupun menghadapi sebarang rintangan dalam hidup.

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment