Saturday 30 July 2011

A131535 Rafiqah binti Azhar LJ01 Emosi Lagi!!!

            Assalamualaikum dan salam sejahtera,pada 27 julai 2011 yang lalu kuliah zt2253 telah dijalankan kepada saya serta rakan-rakan kuliah yang lain. Kuliah pada hari tersebut bermula tepat pada pukul 2.00 petang dan telah diberi oleh Dr.Zamri yang merupakan pensyarah yang terlibat. Pada hari tersebut terdapat dua tajuk kuliah yang telah diberiakn iaitu tajuk 1 iaitu mengenai pengenalan emosi dan juga tajuk yang kedua iaitu struktur emosi.Sebelum saya mengulas dengan lebih lanjut mengenai apa itu emosi dalam hidup saya,disini saya ingin membuat sedikit ringkasan mengenai kedua-dua tajuk yang telah saya pelajari pada hari tersebut.

          

  Tajuk kuliah pertama adalah mengenai pengenalan emosi. Dalam kuliah ini terdapat empat aspek yang telah dibincang iaitu pertama definisi emosi ,bagaimana untuk mengukur tahap emosi seseorang,struktur dan cara untuk menunjukkan emosi tersebut serta pengalaman mengenai emosi. Definisi emosi yang dinyatakan oleh Kleinginna & Kleinginna (1981) menyebut emosi didefinisikan sebagai satu interaksi yang kompleks diantara yang sunjektif dan faktor objektif melalui pengantaraan sistem hormon. Selain dari itu,emosi juga dapat dilihat dari pengalaman yang dialami, proses kognitif,perubahan fisiologi mengikut keadaan sekeliling,dan juga sikap yang menjurus ke sesuatu arah. Oleh itu,disini kita dapat melihat empat perkara yang sememangnya mempengaruhi emosi kita.

 

            Selain itu, disini juga kita dapat lihat persepktif emosi jauh lebih luas daripada perasaan. Emosi juga dapat dikaitkan dengan motivasi. Ini dapat dibuktikan daripada penyataan yang dikeluarkan oleh Baron & Logan, 1993 bahawa emosi sememangnya tidak dapat dipisahkan daripada motivasi dan juga daripada penyataan Lang et al, 1992 yang menyebut bahawa emosi sebagai motivasi kepada tingkahlaku dan motif boleh menjadi emosional. Dalam kuliah ini juga saya telah mempelajari bagaimanakah untuk mengukur tahap emosi. Terdapat pelbagai cara yang dilakukan. Antaranya kaedah menemubual,bertanya soalan kerana ianya merupakan salah satu kaedah yang ringkas dan tepat. Dari segi pemerhatian, indikator fisiologi dan pengesan juga adalah merupakan antara cara yang digunakan untuk mengukur tahap emosi.

 

            Dalam aspek struktur dan ekspresi emosi juga terdapat beberapa teori yang diberikan antaranya adalah " Darwin's basic theory of evolution", "Plutchik's primary emotion theory" "Tomkin's Facial Feedback Theory"," Izard's universal facial expression". Dalam teori yang diketengahkan oleh Darwin meyatakan bahawa emosi terdiri daripada emosi asas. Menurut "Kokoszka, 1993",emosi primary adalah merupakan ciri-ciri dalaman manusia yang dialami serta diekspresikan dalam bentuk yang seragam di semua bangsa dan budaya. Terdapat juga beberapa kebaikan serta keburukan yang dapat kita lihat dalam emosi primary ini. Antara kebaikan yang dapat kita dapati adalah system badan urat saraf manusia dapat mengenalpasti jenis emosi yang dialami dan dapat merasainya. Selain itu,keburukan yang terdapat dalam peringkat ini adalah dinyatakan dengan tidak wujudnya emosi primary yang ada hanyalah elemen asas dalam sesebuah perasaan.

 

            Teori kedua yang saya pelajari dalam kuliah ini adalah teori emosi primary plutchik. Terdapat tiga aspek didalam teori ini iaitu bahasa emosi yang boleh digambarkan dalam tiga bahasa yang berbeza antaranya ialah bahasa subjektif,tingkahlaku dan juga fungsi. Aspek kedua adalah dimensi emosi yang dapat dibahagikan darjah kekuatan emosi,perkaitan serta kekutuban. Donald Fromme & Clayton O'Brien (1982) telah mencadangkan kitaran emosi yang terdiri daripada empat dimensi emosi. 

            

                Teori ketiga yang saya pelajari adalah "Tomkin's Facial Feedback Theory". Dalam teori ini, terdapat 2 kajian telah dilakukan iaitu dikalangan " Ursula Hess & colleagues (among female undergrads at Univ of Geneva, Switzerland)" dan" Robert Zajonc & colleagues". Kajian yang telah dijalankan oleh Hess mengenai ekspresi muka terhadap emosi manakala kajian yang dijalankan oleh zajonc pula adalah mengenai perubahan otot muka dapat menghasilkan ekspresi muka yang lebih spesifik. Dalam kajian ini juga dinyatakan bahawa pergerakan otot muka dapat mengawal saluran darah yang dapat mempengaruhi sejuk atau panas system otak seseorang itu. Disini juga kita dapat lihat bahawa ekspresi muka dapat menunjukkan segala-galanya walaupun hanya sedikit perasaan emosi yang ditunjukkan.

          

  Izard's Innate facial expression merupakan teori keempat di dalam kuliah kali ini. Dalam teori ini telah dinyatakan bahawa ekspresi muka dapat menunjukkan perasaan atau emosi seseorang itu pada waktu tersebut. Tajuk terakhir yang saya pelajari adalah emosi juga dapat dilihat melalui pengalaman yang telah dilalui. Terdapat tiga teori iaitu" Physiologically Oriented Theories","Cognitive Theories", dan "Psychoanalytic Theory".

         

  Melalui tajuk-tajuk kuliah yang telah saya pelajari pada minggu ini,terdapat banyak perkaitan yang dapat saya kaitkan dalam kehidupan seharian. Dapat kita lihat dalam kehidupan seharian kita terdapat pelbagai emosi yang telah dipaparkan. Ini adalah kerana didorong oleh banyak faktor. Pada pendapat saya emosi juga dapat dikaitkan dengan faktor persekitaran bukan sahaja daripada faktor hormone atau yang lain-lain. Sejak kebelakangan ini, dapat kita lihat bahawa faktor cuaca yang berubah-ubah telah menyebabkan perubahan emosi yang drastik. Antara emosi yang dapat kita lihat adalah emosi marah yang telah dipengaruhi oleh faktor persekitaran. Ini adalah kerana keadaan cuaca yang tidak menentu seperti keadaan panas yang berpanjangan telah menyebabkan system dalam badan manusia terganggu dan sekaligus dapat menyebabkan terganggunya emosi dalaman serta dapat dilihat melalui ekspresi muka yang ditunjukkan.

           

 Seperti yang terjadi kepada saya, system badan yang lemah telah menyebabkan saya berasa kurang selesa dan telah menyebabkan saya mengekspresikan perasaan tidak puas hati atau marah terhadap orang lain. Ini telah menujukkan kadang kala manusia tidak dapat mengawal emosi masing-masing dan telah menjadikan sesuatu objek atau subjek sebagai tempat untuk meluahkan atau menghamburkan sesuatu emosi itu. Emosi juga dapat ditunjukkan hanya pada muka. Ini adalah kerana kadang kala emosi yang ingin disampaikan tidak dapat diluahkan melalui kata-kata. Oleh itu,ekspresi muka dapat dijadikan sebagai medium untuk menyatakan perasaan atau emosi yang dialami sewaktu itu antaranya adalah sedih,gembira,risau dan banyak lagi. Dapat juga kita lihat ekspresi yang ditunjukkan dapat memberikan kesan yang mendalam kerana melalui medium tersebut juga kita dapat melihat maksud tersirat di sebaliknya tanpa perlu mengeluarkan kata-kata. Ini dapat dilihat sebagai contoh apabila seseorang itu gembira secara tidak langsung ekspresi gembira dapat dilihat diwajah mereka. Namun begitu, terdapat juga ekspresi yang ditunjukkan tidak dapat mengambarkan emosi seseorang pada masa tersebut. Ini adalah kerana kadang kala ekspresi yang ditunjukkan adalah semata-mata untuk menutup perasaan atau emosi seseorang tersebut kerana mungkin emosi pada waktu itu dapat menimbulkan sesuatu perasaan yang memalukan.


            Secara konklusinya, emosi dapat dilihat atau dirasai tidak kira pada kata-kata,perasaan atau ekspresi muka yang akan ditunjukkan. Oleh itu,sebagai manusia yang dapat berfikir dengan baik kita seharusnya dapat membezakan serta mengawal emosi agar tidak menyinggung perasaan orang lain dan kemudian mungkin akan mencetuskan masalah yang lebih besar.

 

 

 

 

 

 

 

No comments:

Post a Comment