Saturday 30 July 2011

A131533 Chua Zi Yuan LJ01 Emosi


 Dr, mintah maaf. Saya Chua Zi Yuan menggunakan account Amy Khoo untuk menghantarkan jurnal saya atas masalah teknikal email account saya. Segala kesulitan amat dikesali. terima kasih.



                  

 
 

 
 
 
             Selamat sejahtera. Pada 27th Julai 2011, saya telah menghadiri kuliah kursus ZT 2253 Pengurusan Emosi yang diajar oleh Dr Zamri. Kelas tersebut dimulai dengan tayangan sebuah video yang berkisah dengan ceritaa seorang Korea yang mempunyai cita-cita untuk menjadi seornag penyanyi. Dia telah menceritakan pengalaman hidupnya yang begitu susah kepada para hadirin dan hadiran serta pengadil sebelum menyanyi lagunya. Lagunya yang begitu mengharukan telah menyebabkan kebanyakan wanita menggalirkan air mata mereka. Selepas menonton, barulah saya sedar kenapa kita diberi peluang untuk menghayati video ini, hal ini demikian kerana video ini berkait rapat dengan pengajaran yang akan disampaikan pada hari tersebut, iaitu pengurusan emosi.
 
             Pada pendapat saya, emosi ialah perasaan dalam diri sendiri semasa kita brinteraksi dengan orang lain, alam sekeliling dan hal-hal lain yang terdiri daripada perasaan gembira, sedih, marah dan sebagainya. Selepas kuliah ini, saya mendapati bahawa perkataan emosi ini mempunyai maksud yang lebih mendalam lagi. Emosi ialah sesuatu yang kompleks dan melibatkan interaksi antara faktor-faktor subjektif dan oblektif dan dikawal oleh sistem hormon badan menurut Kleinginna dan Kleinginna(1981). Faktor subjektif dipengaruhi oleh kepercayaan diri sendiri mengikut fakta manakala faktor objektif pula ialah fakta atau situasi yang mempengaruhi sesuatu hasil.
 
            Semasa dalam kuliah, saya telah belajar bahawa emosi terdiri daripada empat komponen, iaitu perasaan, proses kognitif, perubahan fisiologi dan tingkahlaku berkaitan. Perasaan yang menentu emosi seseorang ialah perasaan yang menggembirakan atau sebaliknya. Proses kognitif ialah bagaimana kita menghadapi masalah yang menimbulkan emosi. Perubahan fisiologi ialah adaptasi seseorang terhadap stimuli yang menyebabkan perubahan tersebut. Tingkahlaku berkaitan ialah sesuatu tindakan terhadap perasaan yang dialami seperti kelajuan kedengupan jantung bertambah.
 
            Keempat-empat komponen emosi ini telah saya alami sepanjang hidup saya. Salah satu contoh ialah semasa saya hendak menghantar tugasan kertas kerja di sekolah. Saya berasa panik(perasaan) apabila mendapati tugasan saya tidak terdapat dalam beg dan hari tersebut merupakan hari yang terakhir untuk menghantar kertas kerja. Mula-mulanya saya ingat mungkin orang lain telah menggambilnya tanpa pengetahuan saya ataupun saya telah tertinggal di tempat lain. Saya mula tertanya-tanya dan berfikir sebebtar mana kemungkinan kertas kerja saya telah hilang(proses kognitif), jantung saya berdengup dengan lebih laju dan mula berpeluh(perubahan fisologi). Tanpa membuang masa, saya mencari semua tempat yang pernah saya kunjungi pada hari tersebut dan akhirnya terjumpa di bawah meja saya disebabkan tercicir tadi(tingkahlaku yang berkaitan). Oleh itu, kita dapat melihat bahawa emosi bukan sahaja melibatkan perasaan diri sendiri tetapi juga melibatkan banyak komponen lain.
 
           Selain itu, emosi juga dapat dikaitkan dengan motivasi. Oleh itu, jelaslah bahawa emosi lebih luas maknanya daripada perasaan. Emosi sebagai motivasi kepada tingkahlaku dan motif boleh menjadi emotional(Lang et al, 1992). Sebagai contohnya, perasaan cinta akan memotivasi dan mendorong seseorang untuk terlibat dalam tingkahlaku tertentu seperti menelefon dan memberikan hadiah. Namun, bukan semua emosi ialah pendorong dan tidak semua pendorong berasaskan kepada emosi. Sebagai contohnya, pendorong bagi seseorng untuk belajar bersungguh-sungguh adalah untuk pencapaian dan bukanlah disebabkan emosi.
 
          Di samping itu, saya telah belajar cara-cara untuk mengukur emosi seseorang, iaitu melalui questionaire dan teknik yang mengukur emosi sendiri untuk beberapa waktu. namun, suatu masalah timbul semasa mengukur emosi iaitu terdapat pelbagai jenis budaya dan norma dalam masyarakat. Pengukuran fisiologi akan membolehkan kita mengetahui perubahan fisiologi dalam badan dari segi tekanan darah, kadar pernafasan, aktiviti elektrikal dalam otak dan sebagainya.
 
         Dalam tajuk kedua kuliah, saya didedahkan dengan teori-teori seperti Darwin's basic theory of emotions, Tomkin's facial feedback theory, Plutchik primary emotion theory serta Izard's innate facial expression.
 
         Darwin's basic theory of emotions terdiri daripada emosi asas yang mempunyai ciri-ciri dalaman manusia yang dialami serta diekpreskan dalam bentuk yang seragam di semua bangsa dan budaya(Kokoszka,1993). Kebanyakan teorists memperkenalkan emosi primari ini ialah Robert Plutchik, Silvan Tomkins, Caroll Izard and Paul Ekman. Emosi ini bersifat adaptif. Menurut Rolls pada tahun 1990, kesemua emosi yang wujud adalah kombinasi gabungan antara emosi-emosi primari. Saya berasa sangat bersetuju tentang Darwin's theory tentang emosi primari dan kombinasi emosi ini akan membentuk emosi yang lain.
 
         Seterusnya pula ialah Plutchik's primary emotion theory yang terbahagi kepada tiga komponen utama iaitu bahasa emosi, reaksi adaptif emosi utama dan dimensi emosi. Bahasa emosi pula boleh dibahagikan kepada bahasa subjektif, bahasa tingkahlaku dan bahasa fungsian. Bahasa subjektif merujuk kepada bahasa biasa bagi emosi seperti gembira, takut, sedih dan sebagainya. Bahasa tingkahlaku pula merujuk kepada tindakan susulan dari emosi yang telah diransang. Sebagai contohnya, seseorng yang gembira akan melompat kegirangan dan senyum bergembira, manakala seseornag yang sedih itu akan mengalirkan air mata. Bahasa fungsian merujuk kepada fungsi emosi tersebut kepada seseorang. Rentetan itu, bahasa fungsian juga merujuk kepada bagaimana emosi tersebut berperanan kepada individu. Saya terfikir sejenak apabila belajar Plutchik adaptasi reaksi utama yang mempunyai lapan emosi iaitu takut, meluat, marah, terperanjat, gembira, sedih, terima dan rasa ingin tahu. Rupa-rupanya semua orang telahpun mengaplikasikan teori Plutchik dalam kehidupan masing-masing. Komponen yang terakhir dalam Plutchik's theory ialah dimensi emosi. Dimensi emosi boleh berubah mengikut intensiti, similariti dan polariti. Intensiti merujuk kepada darjah kekuatan emosi seperti dari bahagia kepada gembira. Similariti merujuk kepada hubungan atau perkaitan seperti takut dan sedih lebih dekat berbanding dengan takut dan gembira. Polariti pula merujuk kepada kekuatan seperti benci lawannya suka.
 
          Selepas itu, saya belajar pula Tomkin's facial feedback theory. Mengikut Tomkin, sesuatu emosi wujud disebabkan oleh ekspresi muka seseorang. Dalam teori ini, seseorang mungkin akan keliru dengan sesuatu faktor menyebabkan berlakunya satu perkara atau berlakunya satu perkara disebabkan oleh sesuatu faktor. Saya terpingga-pingga apabila belajar konsep ini. Sebenarnya, seorang yang gembira akan senyum ataupun seseorang yang bersenyum kerana dia gembira? Pada pendapat saya, seseorang yang gembira akan senyum adalah lebih tepat kerana ini menunjukkan respon seseorang terhadap  sesuatu stimuli.
 
          Teori yang keempat ialah Izard's innate facial expression yang mengatakan bahawa mekanisme neural untuk expresi muka dan emosi adalah wujud secara semula jadi. Untuk membuktikan teori ini, beberapa kajian sepeti Newborn's "born to smile" studies dan cross-cultural studies telah diadakan. Dalam "born to smile" studies, saya telah difahamkan dengan emosi bayi yang berubah mengikut peringkat selepas dilahirkan. Sebenarnya, senyuman bayi bukan selalunya bermaksud dia gembira. Dalam cross-cultural studies pula, subjek telah diberi foto dan diminta untuk dijelaskan apakah emosi yang terdapat dalam foto tersebut. Scherer & Walbolt 1994 mendapati bahawa konsep kesejahteraan emosi wajah adalah mantap dan stabil. Yang berbeza ialah bagaimana emosi itu dialami dan dikawal dan bukannya bagaimana emosi itu ditunjukkan.
 
         Selepas berakhirnya kuliah ini, saya mendapati bahawa sebenarnya terdapat pelbagai aspek emosi dan teori emosi sepeti Darwin, Plutchik dan sebagainya. Sesungguhnya, emosi ialah sesuatu yang abstrak dan kompleks dan memerlukan kajian untuk betul-betul memahaminya.
 

No comments:

Post a Comment