Saturday 30 July 2011

A131597 Alvin a/l Sukalenggam Rastora LJ01 Emosi

 

Salam sejahtera serta salam satu Malaysia. Pada 27/7/2011 saya telah menghadiri kuliah bagi kursus ZT2253, pengurusan emosi yang dikendalikan oleh Dr.Zamri. Melalui kuliah tersebut saya berpeluang untuk membuat sebuah jurnal dan jurnal ini merupakan pengalaman pertama bagi saya untuk mengarang sebuah jurnal.Sepertimana yang kita sedia maklum, kursus ini merupakan seseatu yang baru kepada pelajar perubatan tahun dua. Oleh itu, saya percaya bahawa ramai lagi yang masih sedang mengadaptasi dengan sistem pembelajaran yang diperkenalkan dalam kursus ZT2253 ini. Sesi kuliah ini bermula dengan satu permulaannya yang menarik apabila satu video yang menceritakan kisah seorang remaja dari Korea yang terlibat dalam satu persembahan bakat. Video ini memaparkan liku-liku kehidupan yang agak mencabar telah dihadapi oleh remaja ini di mana dia berada dalam situasi serba kekurangan tanpa sesiapa untuk menjaganya sejak kecil dan dia terpaksa menjual minuman di sekitar kaki lima untuk mencari nafkah hidup selama sepuluh tahun. Namun dia tidak berputus asa , dan rajin berlatih menyanyi tanpa bimbingan oarng lain. Akhirnya bakatnya terserlah dan ramai yang kagum dengan kebolehannya. Video pendek ini berjaya mencetuskan inspirasi dalam diri saya untuk terus berjuang ke arah mencapai cita-cita saya sebagai doktor pakar tanpa mengira apa jua cabaran yang saya berhadapan.

 

Menerusi kuliah pengenalan ini, banyak aspek berhubung emosi yang saya pelajari di mana sebelum ini saya tidak seberapa mengenali definisi emosi dan kini banyak definisi yang berkaitan emosi telah saya ketahui. Dalam kuliah tempoh hari , emosi telah didefinasikan oleh Kleinginna & Kleinginna (1981) sebagai satu set interaksi yang kompleks antara faktor subjektif dan objektif yang diiringi oleh sistem neural hormon.Faktor subjektif ialah sesuatu yang dipengaruhi oleh kepercayaan pada diri sendiri berdasarkan fakta yang benar manakal faktor objektif pula bermaksud fakta dan situasi yang akan mempengaruhi sesuatu keputusan itu. Emosi turut dikatakan mampu menyebabkan 4 tindakbalas yang penting iaitu effektif(perasaan), kognitif,perubahan psikologi dan tingkah laku.komponen pertama iaitu perasaan adalah ciri manusia dan hasil daripada tindakan mereka.Contoh perasaan adalah sedih, gembira,marah, kecewa dan sebagainya. Justeru, tindakan kita memang bergantung pada emosi. Elemen kedua ialah kognetif, ini adalah satu gambaran emosi yang bergantung pada penilaian terhadap sesuatu perkara dan premikiran kita.Proses kognitif ini berbeza mengikut setiap individu. Hasilnya tindakan setiap individu tersebut jelas berbeza.Kemudian perubahan fisiologi, ini merupakan aksi badan terhadap emosi kita dan secara tidak langsung menyebabkan perubahan aktiviti saraf dan hormon seseorang. Contohnya kita akan berpeluh ketika menyaksikan babak terakhir dalam satu perlawanan bola sepak iaitu sepakan penalti disebabkan perasaan cemas pada keputusan sepakan penalti itu.Seterusnya adalah tingkah laku berkenaan, di mana kita akan mengambil sesuatu tindakan yang bergantung pada emosi kita serta pemikiran kita.Hasilnya ini akan membawa kepada kesan-kesan yang positif mahupun negatif terhadap kita.

 

Untuk penjelasan yang terperinci lagi saya akan menceritakan pengalaman saya sendiri ketika melalui keempat empat komponen emosi yang penting ini. Hobi saya ialah bermain permainan video, iaitu XBOX 360 Elite. Saya kerap bermain permainan ini ketika saya pulang ke rumah pada hujung minggu bersama rakan dan adik-beradik saya.Walaupun ia hanya merupakan permainan fantasi, banyak emosi serta tingkah laku yang penting akan wujud ketika bermainnya. Permainan kegemaran dalam kalangan permainan video yang saya paling minati ialah FIFA 11. Pada suatu hari, saya dicabar oleh seorang rakan untuk mengalahkannya dalam satu perlawanan persahabatan. Saya menyahut cabarannya.Kami bermain satu perlawanan di mana saya memilih pasukan England manakala rakan saya memilih pasukan Spain yang sering dikatakan sebagi pasukan terkuat dalam FIFA 11. Apabila kami bermain, keputusan terikat sehingga kedua-dua babak permainan. Malah keputusan selepas masa tambahan turut terikat 2-2. Kemudian tibalah masa untuk sepakan penalti yang akan menentukan pemenangnya.Ketika nermulanya sepakan penalti ini, saya berasa amat cemas dan gementar(perasaan) akan siapakah pemenangnya. Seterusnya tibalah giliran satu untuk melakukan sepakan yang kelima yang mana jika dijaringkan akan membawa kemenangan kepada saya. Kenyataannya saya perlu jaringkannya sama ada ke kiri atau kanan tiang gol (proses kognitif). Kemudian saya berpeluh malah dengupan jantung saya semakin laju dan kuat akibat perasaan cemas untuk melakukan sepakan yang krusial(perubahan fisiologi). Setelah berfikir sejenak saya membuat keputusan untuk melakukan tendangan (Chip-shot) yang merupakan satu tendangan yang agak berisiko tetapi jika kemas pada timingnya pasti gol. Hasil daripada keputusan yang saya telah buat akhirnnya saya berjaya menjaringkan gol penentu tersebut seterusnya dinobatkan selaku pemenang perlawanan tersebut (tingkah laku). Daripada peristiwa ini saya juga dapat tahu bahawa setiap orang akan memiliki perasaan tersendiri seperti saya dan rakan saya dan tindakan susulan setiap individu itu turut berbeza.

 

Selain itu, emosi juga berkait rapat dengan motivasi, menurut (Baron & Logan, 1993) dan emosi sebagai motivasi kepada tingkah laku dan motif boleh menjadi emosional menurut(Lang et al, 1992).

 

Selain itu, melalui kuliah ini saya turut mempelajari bahawa emosi boleh diukur. Emosi boleh diukur dengan temu bual dan soal selidik. Sehubungan itu, tindak balas fisiologi boleh juga digunakan untuk mengukur emosi. Contohnya, tekanan darah, kadar pernafasan serta kadar dengupan jantung.

 

Tambahan pula terdapat banyak teori berkenaan struktur dan ekspresi emosi antaranya, Teori Evolusi Darwin yang mengatakan emosi primari adalah adaptif selaras dengan perkembangan. Tambahan pula emosi turut boleh digambarkan melalui ekspresi wajah. Selain teori itu, teori Plutchik mengatakan emosi terdiri daripada 3 bahasa yang berlainan.Bahas subjektif ialah bahasa biasa untuk emosi,seperti takut , sedih, gembira dan sebagainya. Bagi bahasa tingkah laku pula ia merujuk kepada tindakan susulan apabila sesuatu emosi itu dirangsang seperti menjerit apabila marah atau menangis apabila sedih. Manakala bahasa fungsian pula merujuk fungsi emosi kepada seseorang contohnya gembira menunjukkan kebahagiaan dan marah menunjukkan kebencian. Berdasarkan pengalaman saya, saya sering berasa kurang motivasi apabila saya melalui peristiwa yang menyedihkan, seperti kematian orang yang tersayang.

Menerusi pembacaan saya dalam internet, teori tersebut memaparkan lapan emosi primari termasuk marah, takut,sedih, terkejut, jangkaan, kepercayaan, kegembiraan dan ketidakpuashatian.

 

Teori seterusnya ialah Tomkin`s facial feedback theory yang menjelaskan hubungan antara perbuatan dengan emosi. Emosi itu berlaku hasil daripada tindakan seseorang. Contohnya kita menangis apabila sedih atau sedih itu menyaebakan kita menangis.Seterusnya, Izard's universal facial ekspresion mengatakan bahawa seseorang itu akan memberikan reaksi yang semulajadi kepada emosi dan wajah pula akan memberikan reaksi semulajadi mengikut emosi kita.

 

 Kesimpulannya, setiap orang memaparkan emosi yang berlainan hasil daripada keupayaan mereka menguruskan emosi.Emosi adalah sangat berharga kepada setip insan.Lantaran itu, penjagaan emosi serta pengurusan emosi yang baik adalah satu kewajipan kepada setiap individu dalam memastikan kestabilan emosi dalam apa jua keadaan. Di samping itu, pemahaman teori-teori berkenaan emosi turut memainkan peranan penting dalam penjagaan tingkah laku kita.

 

No comments:

Post a Comment