Saturday 1 January 2011

A135322 TAN YAN CHENG TAJUK 1 PENGENALAN EMOSI

Minggu ini adalah minggu kedua saya menghadiri kuliah ZZZT 2253 Pengurusan Emosi.Setelah memahami apa yang diterangkan oleh pensyarah iaitu Encik Ahmad Zamri Mansor  mengenai tugasan-tugasan yang perlu dibuat dalam kursus ini. Maka saya memulakan tugasan saya pada minggu ini.

Untuk memudahkan saya memahami definisi emosi dengan lebih lanjut.Sebelum menghadiri kuliah, saya telah memcari beberapa sumber mengenai definisi emosi.Kebanyakkan sumber menjelaskan antara emosi yang wujud dalam manusia adalah seperti marah, takut, rasa bersalah, murung, sedih, meluat, dukacita, tidak berharga, memberi maaf dan sebagainya. Apa yang penting adalah mengenal pasti cara anda menunjukkan emosi yang negatif kerana emosi jenis ini selalu membawa kepada keburukan. Secara umumnya emosi penting untuk manusia kerana ia dapat membantu dan mempermudahkan manusia dalam kehidupan di dunia ini Untuk memperolehi emosi yang sihat kita perlu mengurus emosi yang negatif.  Langkah pertama mengenal pasti emosi yang dirasai dan tanyakan diri kita adakah perasaan itu baik atau tidak.  Seterusnya tanyakan bagaimana menjadikan perasaan itu lebih baik.  Ini akan menolong pemikiran kita ke arah yang lebih positif. Sebenarnya sesuatu emosi dapat dirasai mengikut cara kita melihat sesuatu perkara. Kadangkala sesuatu perkara dipandang dengan cara serong atau tidak tepat dan dengan itu akan menghasilkan emosi yang negatif.  Selain daripada itu manusia lebih suka melihat bahagian yang negatif berbanding positif.  Tabiat ini harus dikikis sebab ia akan memakan diri sendiri.  Apa yang penting adalah dengan memberi peluang kepada diri untuk memahami orang lain dengan lebih baik walaupun kita mempunyai perassan negatif terhadapnya.

Sebelum memulakan kuliah,pensyarah telah memberikan kuiz untuk kami menjawab secara persendirian. Dalam kuiz ini,pelbagai wajah telah ditunjukkan  dan kami dikehendaki mencari wajah yang kami rasa paling menarik sekali.Secara pasti,kebanyakkan kami mempunyai pandangan dan jawapan yang berbeza-beza.

Menurut Kleinginna & Kleinginna (1981),definisi emosi adalah seperangkat rumit interaksi antara faktor-faktor subjektif dan objektif, yang dimediasi oleh sistem hormon saraf, yang dapat:

-Menimbulkan pengalaman afektif seperti perasaan ghairah, kesenangan / ketidaksenangan

-Menghasilkan proses kognitif seperti persepsi kesan emosional yang relevan, penilaian, pelabelan proses

-Mengaktifkan penyesuaian fisiologi luas dengan keadaan membangkitkan

-Menyebabkan perilaku yang kerap, tetapi tidak semestinya, ekspresif, tujuan diarahkan, dan adaptif.

Contohnya, pada suatu larut malam,junainah terdengar suatu bunyi yang pelik dan dia berasa takut. Selepas itu,dia cuba dengar dengan teliti untuk mengenal pasti apa suara itu.Junainah dapat merasakan jantungnya berdeyut dengan kuat  dan lebih kuat.Secara tiba-tiba, seekor kucing lari masuk ke dalam bilik nya.Dia terkejut dengan menjerit dan melompat. Dalam situasi ini,Junainah menunjukkan semua empat komponen yang saya mempelajari menurut Kleinginna & Kleinginna (1981).Komponen perasaan (Affective or feeling state) yang ditunjukkan oleh junainah adalah takut(fear). Selepas itu,dia menunjukkan proses kognitif  ( Cognitive processes) dengan cuba untuk mengenal pasti suara tersebut dan memikir macam mana menangani masalah ini. Junainah menunjukkan (perubahan fisiologi) apabila jantungnya berdeyut dengan kuat dan bernafas dengan cepat. Akhirnya,dia menjerit dan melompat adalah tingkah laku berkaitan ( Associated behavior)

Selepas mendengar penerangan daripada pensyarah dan diberikan contoh, barulah saya mengerti maksud emosi dengan lebih tepat. Selain itu,saya juga mendapati bahawa emosi seseorang tidak dapat dikawal dan dipengaruhi oleh faktor-faktor dan perkara-perkara tertentu. Oleh itu,ini dapat dijelaskan kenapa kita boleh menitiskan air mata dan sedih apabila menonton drama-drama yang berkisah sedih.Hal ini kerana kita terlalu taksub dan membawa emosi pelakon-pelakon dalam drama tersebut ke dalam diri kita secara tidak disedari oleh kita sendiri!

Saya teringat sebelum memulakan kuliah juga, pensyarah telah menanya kami suatu soalan yang ringkas dan mudah.Namun,kebanyakkan kami tidak dapat menjawab dengan penuh keyakinan. Pensyarah menanya kami adakah emosi sama dengan perasaan?Jawapannya ialah "tidak". Walaupun kami jawab dengan betul,tetapi tidak dapat menerangkan sebab-sebabnya.Menurut Baron & Logan, 1993 ,emosi tidak dapat dipisahkan dari motivasi. Emosi sebagai motivasi kepada tingkahlaku & motif boleh menjadi emosional (Lang et al, 1992).Oleh itu, emosi lebih luas maknanya daripada perasaan.

Saya juga boleh menjadikan diri saya sebagai contoh, saya akan berasa sangat gembira apabila dapat balik ke kampung saya setelah meneruskan pengajian di luar yang berjauhan dengan kampung saya pada jangka masa yang agak lama. Motif ini menyebabkan saya gembira.Oleh itu,saya akan berasa sangat sedih dan muram jika terdapat perkara-perkara yang menyebabkan saya tidak dapat balik ke kampung seperti yang dijangkakan.Motif ini menyebabkan saya berasa sedih.Dengan ini,kita jug dapat memahami bahawa emosi seseorang dipengaruhi oleh perkara-perkara tertentu atau emosi akan menpengaruhi tingkah laku seseorang.

Walaubagaimana pun, tidak semua keadaan, emosi menjadi pendorong (motivator) dan  tidak semua pendorong (motivator) berasaskan kepada emosi. Contohnya, kita memakan nasi setiap hari adalah sebagai asas keperluan kehidupan bukannya kerana kita gembira atau sedih.

Dalam kuliah ini juga,pensyarah juga mengajar tentang bagaimana untuk  mengukur kadar emosi. Emosi dapat diukur melalui psikologi.Antara psikologi yang dipengaruhi oleh emosi termasuklah:Denyut jantung, tekanan darah, ketegangan otot,laju respirasi, aktiviti elektrik otak,electrodermal kegiatan. Secara jujur,saya kurang faham dan memahami cara untuk mengukur kadar emosi seseorang walaupun penerangan diberikan oleh pensyarah.Oleh itu, saya tidak dapat menghuraikan secara terperinci cara untuk mengukur emosi seseorang.

 Seperti yang disebut tadi,emosi seseorang dipengaruhi oleh perkara-perkara tertentu. Menurut Miller, emosi seseorang tidak berkaitan dengan biologi atau faktor genetik. Ia adalah bersifat sendiri tanpa dipengaruhi oleh ibu bapa kita. Hal ini menyebabkan saya mengimbas kembali setiap ahli keluarga saya. Masing-masing mempunyai emosi yang berbeza.Contohnya,ayah saya adalah seorang yang agak panas paran manakala ibu saya adalah seorang yang pendiam.

Secara tidak disedari, rasa mengantuk kian merasa oleh diri saya.Saya membelek jam tangan saya.,sudah hampir dua jam saya menghadiri kuliah ini.Rasa kian mengantuk dan cemas turut terasa oleh diri saya pada masa yang sama. Saya berasa sangat mengantuk sampai mata saya terpejam tanpa disedari dan berasa cemas kerana kuliah ini habis pada jam 11 pagi dan kuliah saya yang seterusnya juga mula pada jam 11 pagi khuatir tidak dapat hadir kuliah yang seterusnya dengan tepat masa. Rasa cemas kian terasa apabila pensyarah tidak menunjukkan sebarang responsi untuk mengakhiri kuliah walaupun sudah hampir jam 11 pagi. Namun,saya tahan emosi saya dengan terus menumpukan perhatian terhadap apa yang diajar oleh pensyarah agar menghormati pensyarah dan megelakkan gangguan terhadap kuliah yang sedang berlangsung.Situasi ini menunjukkan bahawa emosi seseorang dapat diatasi dan dikawal oleh diri sendiri. Akhirnya,saya berjaya mengawal emosi saya dan menghentikan tingkah laku daripada melahirkan emosi untuk meninggal dewan kuliah.

Akhirnya,saya berjaya menghadiri kuliah yang seterusnya dengan tepat masa.Kuliah ini membolehkan saya memahami erti emosi dengan lebih meluas. Sekian,terima kasih.

# end

No comments:

Post a Comment