Thursday 7 October 2010

ADDA A133767 LJ11

Assalamualaikum dan salam sejahtera

    Alhamdulillah, syukur ke hadrat illahi kerana saya masih lagi berpeluang untuk mengikuti kursus pengurusan emosi pada minggu ini. Minggu ini merupakan kuliah yang terakhir bagi saya kerana saya dan rakan-rakan akan menduduki exam pada minggu yang ke-15. Minggu ini merupakan "learning jurnal" yang terakhir sebelum mengulang kaji topik yang lepas. Tajuk kuliah pada minggu ini ialah pengurusan emosi dalam keluarga dan pengurusan emosi di tempat kerja.

    Sebelum kita pergi dengan lebih jauh lagi, saya ingin menerangkan terlebih dahulu tentang pengurusan emosi dalam keluarga. Kita perlu mengetahui cara menguruskan emosi dalam keluarga kerana kita perlu memahami konsep dan kepentingan dalam menguruskan emosi dalam keluarga. Selain itu juga kita perlu mengetahui peranan suami isteri dalam menguruskan emosi dan yang terakhir memahami pendekatan pengurusan emosi dalam menjaga hubungan suami isteri. Jika adanya pendekatan-pendekatan ini pasti institusi rumah tangga akan bertahan dengan lebih lama dan mengelak daripada berlakunya kes-kes perceraian antara pasangan suami isteri. Jika sebuah rumah tangga itu berceai berai pasti anak-anak yang menjadi mangsa keadaan. Contohnya pada masa kini ramai remaja-remaja bawah umur yang terlibat dengan gejala-gejala yang tidak sihat contohnya merokok, berkiaran di sekitar mall tanpa kawalan daripada ibu bapa, masalah disiplin di sekolah, buli dan banyak lagi. Jika ditanya tentang masalah-masalah seperti ini pada golongan seperti ini mereka akan enyatakan bahawa ibu bapa tidak member perhatian dan masalah yang berlaku dalam keluarga yang menyebabkan mereka berkelakuan sedemikian. Oleh itu kita seharusnya tahu tentang konsep keluarga, ini dinyatakan oleh Hasnan Kasan 2006, beliau menyatakan bahawa keluarga adalah terdiri daripada suami, isteri dan anak. Jika anak tidak dibimbing mereka akan berasa ,ereka sedang keseorangan kerana tiada bimbingan daripada bu bapa. Keluarga juga boleh terdiri dari kaum Keluarga adalah satu unit sosial yang terjalin menerusi keakraban perhubungan sesama ahlinya. Keluarga juga merupakan seketurunan atau golongan yang hidup bersama atas dasar ikatan yang sah.

 

    Dalam kuliah juga saya telah diterangkan tentang konsep keluarga bahagia, iaitu Keluarga bahagia adalah keluarga yang dibina atas suatu ikatan perkahwinan yang amat kuat dan mesra untuk tolong menolong, berkasih sayang, bahagia membahagiakan dan damai mendamaikan antara satu sama lain (Hasnan Kasan, 2006). Saya mempunyai keluarga yang besar  kerana saya mempunyai 11 orang adik beradik dan saya merupakan anak yang ke-9 dalam keluarga. Keakraban kami adik beradik memang tidak di nafikan lagi kerana kami di beri pendidikan dan layanan yang sama oleh kedua-dua ibubapa kami. Mak dan abah selalu berbincang jika ada masalah dan saling memahami antara satu sama lain. Jika berselisih faham mereka akan segera berbincang serta menangani masalah itu bersama-sama. Buktinya sehingga ke hari ini keluarga kami bahagia. Saat yang paling gembira adalah sewaktu pulang berhari raya. Kami sekeluarga akan berkumpul dan akan berbincang aktiviti serta juadah yang akan di hidangkan sewaktu hari raya. Suasana di dalam rumah agak riuh rendah dengan suara anak-anak saudara yang bermain. Kakak-kakak dan abang-abang sedia membantu antara satu sama lain jika mempunyai masalah. Pada kuliah pada minggu ini, saya juga telah di dedahkan tentang peranan emosi dalam membentuk keluaga yang bahagia iaitu, suami, isteri dan anak-anak juga manusia biasa, dan perlu membawa bersamanya emosi. Emosi bergantung kepada situasi di mana seseorang berada. Contohnya adalah  rumah,berada di rumah adalah situasi yang mengandungi pelbagai sumber rangsangan ke atas emosi . Justeru itu, emosi suami, isteri & anak-anak boleh berubah-ubah mengikut situasi di rumah.

     Jenis emosi di dalam rumah terbahagi kepada dua iaitu negatif dan positif. Contoh emosi positif ialah  sayang, suka, gembira,tenang, bahagia, ceria, kasih, berani, yakin, bersemangat, seronok dan sebagainya. Bagi emosi negatif pula ialah sedih, risau, marah, murung, tertekan, dendam, dengki, cemburu, tersisih, rendah diri, takut, kecewa, gelisah, muram, curiga, malu, bosan dan sensitif tidak bertempat.

 


No comments:

Post a Comment