Friday 8 October 2010

A132484 Amirah LJ11

         Emosi aku kian bercelaru apabila aku meningkat dewasa.Jikalau dibandingkan ketika aku diwaktu usia yang masih kecil,aku sentiasa mendapat perhatian daripada kedua ibu bapaku,maklumlah aku merupakan anak perempuan yang terakhir dalam keluargaku.Tambahan pula pada waktu itu,keinginan aku hanyalah untuk sekadar mendapat perhatian dan kasih sayang semata-mata berbanding dengan kehidupan aku pada masa kini.Pelbagai jenis alatan permainan menjadi penghibur buatku di kala umurku masih kecil.Riang pada wajahku memberi beribu kepuasan kedua orang tuaku.Kini,aku sudah merasakan bahawa aku mampu untuk menjaga periuk nasi aku sendiri memandangkan aku pun sudah berjaya menjejakkan kaki ke universiti.Namun sangkaan aku amat meleset sekali kerana kehidupan aku amat terkongkong dengan leteran kedua ibu bapaku yang asyik mencari segala salah silap aku tatkala aku berada di rumah.Kadang kala bermain juga di fikiran aku,adakah orang tua aku merasakan aku ini merupakan seorang kanak-kanak yang perlu di tegur selalu tanpa memberi aku membuat sebarang keputusan berdasarkan keinginan hatiku sendiri.
        Pada satu ketika itu,sedang aku asyik leka bersama kawan-kawan lamaku di luar kerana menghadiri satu program yang telah kami rancangkan di salah satu tempat peranginan ,aku pada masa itu mendapat satu panggilan telefon daripada ayahku menyuruh aku pulang awal ke rumah,sedangkan aku pada masa itu sedang bergembira bersama kawan-kawan,apa lagi terdetiklah kata-kata yang kurang enak buat ayahku iaitu, "ayah ni memang orang yang x sporting langsung,aku bukan budak kecik nak main halang-halang ni" .Emosi aku pada masa itu amat terganggu dengan bunyian nyaring telefon aku.Kalaulah yang telefon aku itu ialah teman lelaki aku,suka sangat hati ini maklumlah kerana kekasih hatiku merupakan seseorang teman yang amat memahami kehendakku.Aku pun lekaslah pulang ke rumah setelah selesai menghantar

No comments:

Post a Comment