Friday 8 October 2010

A134730 Farzana LJ11

 

Tajuk kuliah pada minggu ini ialah emosi dalam keluarga dan masyarakat.  Pengurusan emosi di dalam sesebuah keluarga amat penting untuk membimbing keluarga ke arah pembentukan keluarga bahagia. Seorang ketua keluarga yang baik haruslah tahu menangani emosi di dalam sesebuah keluarga.

Menurut Hasnan Kasan, 2006, konsep keluarga bahagia ialah keluarga yang dibina atas satu ikatan perkahwinan yang amat kuat dan mesra untuk tolong menolong, berkasih sayang, bahagia membahagiakan dan damai mendamaikan antara satu sama lain. Terdapat 4 matlamat dalam pembentukan keluarga. Matlamat yang utama ialah mencapai kebahagiaan. Seterusnya melahirkan anak yang soleh, mewujudkan masyarakat aman dan sentosa, dan juga membentuk keluarga yang harmonis. Emosi dalam sesebuah keluarga haruslah dikawal. Jika emosi negatif tidak dapat dikawal, ini akan menimbulkan masalah dalam keluarga tersebut. Sebaliknya, emosi yang positif haruslah selalu diamalkan bagi menjamin keharmonian keluarga.

Menurut Marya Mannes, EI dalam kehidupan berkeluarga ialah tanda kebijaksanaan seseorang merupakan kebolehan untuk mengawal emosi dengan mengaplikasikan penyebabnya.

Pengurusan emosi dalam kalangan masyarakat juga penting. Setiap individu perlu tahu akan peranan emosi dalam kalangan masyarakat. Terdapat beberapa emosi yang sering lahir dalam kalangan masyarakat. Antaranya ialah kasih sayang, kebahagiaan, dan juga perasaan cemburu. Peranan emosi dalam perhubungan ialah untuk memesrakan lagi ikatan silaturrahim sesama masyarakat. Uzapkan kata-kata yang positif agar kita tidak menyakiti individu yang lain.

Dalam hidup yang bermasyarakat, kita hendaklah bijak mengawal perasaan marah kita. Marah akan mengakibatkan individu menjauhi kita. Selalulah senyum kerana senyum itu merupakan satu sedekah. Sekian sahaja jurnal untuk kali ini. Sekian terima kasih.


No comments:

Post a Comment