Thursday 23 September 2010

A134569 NURUL NABILA LJ09

  Kebiasaannya suasana sesuatu mempengaruhi emosi seseorang. Oleh itu, tidak hairanlah jika kita melihat keadaan emosi yang berbeza bagi sesuatu keadaan. Contohnya, semasa hari raya puasa yang di sambut meriah  oleh semua umat Islam di seluruh dunia, ada insan yang tidak bernasib baik merasa sedih pada hari tersebut. Insan - insan tersebut mungkin kehilangan orang yang di sayangi, tidak dapat bersama keluarga di pagi hari raya atau mengalami bencana seperti yang terjadi di Pakistan. Oleh itu, dapat dilihat bahawa manusia berbeza dari segi emosi dan juga reaksi pada peristiwa yang sama termasuklah kembar.
                          
  Pada hari ini, saya mempelajari satu lagi tajuk baru iaitu Emosi dan Personaliti dalam kelas Pengurusan Emosi ini. Personaliti membawa maksud kombinasi sifat- sifat psikologi bagi menjelaskan diri seseorang berdasarkan kepada ciri- ciri seperti pendiam, rajin dan sebagainya.Personaliti manusia memang berbeza jadi sukar untuk kita menganalisa personaliti seseorang. Teori A dan B merupakan salah satu cara termudah bagi mengklasifasikan seseorang. Teori ini mengklasifikasikan manusia kepada A dan B. Jenis A merupakan seorang yang agresif, rajin dan sentiasa mahu melakukan sesuatu dengan kadar segera. Jenis B pula merupakan seorang yang lebih bersikap terbuka, peramah dan rileks.
 






                     

   Myers-Briggs Type Indicator juga mrupakan salah satu cara mengesan emosi seseorang yang banyak di gunakan di seluruh dunia. Terdapat 4 jenis dan setiap satu terdapat 2 jenis. Yang pertama ialah Extrovert ( E) dan Introverted (I). E mempunyai ciri- ciri seperti peramah dan suka kehadapan. I pula mempunyai ciri- ciri seperti pemalu dan pendiam. Kedua ialah Sensing (S) dan Intuitive (N). S mempunyai ciri- ciri seperti seorang yang teliti. N pula lebih suka melihat pada gambaran besar. Ketiga pula ialah Thinking (T) dan Feeling ( F). T seorang yang suka bergantung kepada pemikiran logic semata- mata manakal F pula lebih senang mengikutgerak hati atau emosi. Yang terakhir iaitu yang keempat ialah Judging ( J) dan Perceiving (P). J lebih suka sesuatu yang tersusun, P pula lebih fleksibel dan suka melakukan tindakan spontan.
Terdapat juga teori 5 Besar. Ia mempunyai 5 jenis ciri iaitu Extroversion, Agreeableness, Conscientiousness, Neurotism atau Emotional stability dan akhir sekali Openness to experience.
  Jelasnya di sini emosi seseorang itu berbeza tapi boleh diklasifikasikan dalam beberapa kumpulan. Setelah kelas ini berakhir saya mengenali diri saya dengan lebih mendalam, dan saya berasa gembira kerana turut mempunyai rakan yang berkongsi satu kumpulan dengan saya.

No comments:

Post a Comment