Wednesday 22 September 2010

A133647 FATIN ILYANI LJ09

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Tanggal 22 September 2010, kuliah kursus ZT2253 disambung seperti biasa secara normal setelah kembalinya mahasiswa serta mahasiswi UKM dari cuti perayaan selama seminggu. Sebagai 'briefing', En. Ahmad Zabri, iaitu penyarah kursus ini mengaitkan bahawa dalam suasana kita beraya juga, masih berlakunya emosi dalam diri kita. Terutamanya emosi gembira dan teruja kerana setelah sebulan berpuasa, alhamdulillah akhirnya dapat juga kita merayakan Syawal pada tahun ini. Tetapi tidak lupa juga kepada rakan-rakan kita yang melahirkan emosi sedih dan kecewa kerana tidak dapat meraikan Syawal ini bersama-sama keluarga tersayang disebabkan oleh sebab-sebab yang tidak disengajakan. Kuliah pada hari ini membincangkan tajuk Emosi, Personaliti dan Tingkah Laku.

Antara objektif yang diketengahkan dalam mempelajari tajuk ini ialah memahami pendekatan pengelasan emosi mengikut jenis dan intensiti serta memahami perhubungan antara emosi, personaliti dan juga tingkah laku.

Emosi terbahagi kepada tiga komponen utama, iaitu perasaan, perubahan tubuh dan kecenderungan tindakan. Manusia berbeza dari segi reaksi dan emosi walaupun pada satu peristiwa yang sama. Perbezaan ini berkaitan dengan personaliti individu. Emosi dan personaliti berguna dari segi membezakan individu.

Personaliti terbahagi kepada dua jenis, iaitu jenis A dan jenis B. Jenis A merupakan personaliti yang ringan tulang menjalankan kerja-kerja. Tetapi personaliti sedemikian lebih cenderung menhadapi 'stress'. Manakala personaliti jenis B pula lebih 'rileks'  dan 'cool' untuk melakukan sesuatu pekerjaan ataupun tugasan. Dari segi personaliti, personaliti A merupakan personaliti yang lebih baik berbanding personaliti B sekiranya dikawal dengan baik terutamanya dalam melakukan pekerjaan.

Myers-Briggs Type Indicator (MBTI) merupakan instrumen yang sangat meluas digunakan di seluruh dunia. Individu diklasifikasikan seperti 'extroverted (E) vs introverted (I)' , ' sensing (S) vs intuitive (N)' , 'thinking (T) vs feeling (F)' dan 'judging (J) vs perceiving (P)'.

'Extroverted (E)'  ialah personaliti yang senang bergaul dengan masyarakat manakala 'introverted (I) lebih cenderung ke arah personaliti yang pendiam dan pemalu. 'Sensing (S)' pula ialah bersifat praktikal dan lebih fokus dalam mendalami sesuatu perkara tetapi berbeza pula dengan 'intuitive (I)' yang bersifat global. Seterusnya 'thinking (T)' menggunakan sebab dan fakta dalam menyelesaikan sesuatu masalah bertentangan dengan 'feeling(F)' yang menitik beratkan perasaan seseorang. Beralih pula kepada 'judging (J)' yang lebih teratur dan sistematik berbanding dengan 'perceiving (P)' yang bersifat fleksible dan spontan.

Selain itu, turut dipelajari The Big Five Model yang merangkumi Openness to Experience, Conscientiousness, Extroversion, Agreeableness dan Emotional Stability. Openness to experience mengalamatkan julat minat dan fanatik seseorang,  manakala conscientiousness pula mengukur kemampuan individu yang berbeza dengan  extroversion yang menerangkan tahap keselesaan seseorang dalam sesuatu perhubungan. Agreeableness pula berkaitan dengan kesepakatan antara seseorang individu itu dengan individu yang lain. Berbeza dengan emotional stability yang menilai kebolehan seseorang dalam menangani stress.

Di sini saya ingin kaitkan satu contoh yang membuktikan bahawa manusia berbeza dari segi reaksi dan emosi walaupun pada satu peristiwa yang sama. Contoh peristiwa di sini yang dapat dikaitkan adalah menonton drama korea mahupun filem hindustan. Contohnya dalam drama korea tersebut, terdapat suatu babak yang sedih. Mungkin hanya individu yang begitu sensitif sahaja yang dapat mendalami perasaan watak dalam drama tersebut akan sedih dan menangis, terutamanya kaum perempuan. Tetapi sebaliknya individu yang kurang sensitif mungkin tidak dapat mendalami perasaan watak tersebut dan terus menonton tanpa perasaan. Contohnya kaum lelaki. Hal ini juga dapat menjelaskan aspek emosi, emosi dan tingkah laku kaum lelaki berbeza dengan kaum perempuan.

Untuk mengelakkan kebosanan dalam kuliah, Encik Ahmad Zabri telah mengadakan kuiz untuk para pelajar yang bertujuan mengetahui personaliti sebenar para pelajar. Soalan-soalan dan keterangan dalam kuiz ini adalah berdasarkan kajian yang dijalankan oleh beberapa pakar. Aktiviti ini sangat bermanfaat kepada para pelajar kerana ia dapat membantu pelajar memahami diri sendiri dan muhasabah diri, di samping itu juga, aktiviti ini turut menarik minat ramai pelajar untuk bergiat cerdas dalam kuliah.

Sebelum menutup jurnal ini, saya ingin mengutarakan pendapat saya mengenai pelajaran ini. Bagi saya, personaliti seseorang itu tidak tetap. Ia tidak dapat ditentukan. Hal ini kerana kebanyakan emosi seseorang individu itu akan berubah mengikut situasi atau peristiwa mahupun persekitaran sekeliling di mana dia berada. Sekian, wassalam.# end.

 



No comments:

Post a Comment