Friday 3 September 2010

A128123 Ruhil LJ07

Bermulanya kuliah pada minggu ini 1sep 2010 dengan tayangan video yang sangat menyentuh hati. Peristiwa yang menggemparkan seluruh dunia iaitu tsunami. Peristiwa Tsunami ini sangat menyedihkan bagi saya kerana banyak nyawa terkorban disamping menyedarkan tentang pembalasan dan kebesaran Allah S.W.T.  Berbalik kepada tajuk kuliah minggu ini iaitu Emosi, Ingatan dan Pembelajaran.

Sebagai manusia kita merasakan pelbagai emosi seperti sedih, gembira, takut dan lain-lain. Namun, tidak semua emosi dapat merangsang ingatan kita. Otak kita memainkan peranan menguruskan emosi. Terdapat tiga bahagian dalam otak manusia yang saling berkait rapat dengan emosi. Pertama Amygdala yang berfungsi untuk mengira sejauh mana kepentingan emosi terhadap sesuatu peristiwa dan pengaruh terhadap  persepsi. Sebagai contoh, sesuatu peristiwa akan lebih di ingati apabila terdapat  usur emosi walaupun kita tidak memberi perhatian terhadapnya.

Kedua  ialah sereblum (cerebellum). Sereblum bertindak mengingatkan kita kepada perkara yang memberi nilai emosi yang tinggi. Penerangan ini dapat disamakan dengan pengalaman saya terdahulu. Pada saya, pengalaman yang menyedihkan lebih mudah di ingati kerana saya menjadikannya pengajaran dalam kehidupan. Pengalaman saya terdahulu bersahabat bersama Nana  dan Lydia. Saya telah lama bersahabat bersama Lydia iaitu sejak kanak-kanak  lagi sehingga kami berkenalan bersama Nana semasa di sekolah menengah. Selama dua bulan  kami bertiga  bersahabat dan tidak berlaku sebarang perselisihan faham sehingga suatu hari saya menyedari Lydia mula menjauhkan diri dan kurang berbual dengan saya sedangkan kami bersahabat telah lama dan sangat rapat. Saya mula merasakan kehilangan sahabat baik dan perasaan ketika itu sangat sedih. Setiap hari saya lihat mereka menghabiskan masa bersama dan melupakan saya. Sehingga beberapa minggu keadaan berlarutan sehingga suatu hari Lydia datang bertemu saya dan menceritakan dia kurang percaya dengan apa yang diceritakan Nana. Dalam pertemuan itu kami cuba menyelesaikan masalah yang dihadapi dan akhirnya kami dapati kami telah  ditipu dan difitnah oleh Nana. Peristiwa ini sangat menyedihkan sehingga saya dan Lydia tidak dapat melupakannya. Peristiwa ini menjadikan persahabatan kami semakin akrab dan daripada peristiwa ini juga kami jadikan pengajaran supaya tidak mudah percayakan orang lain. Benar kata orang tua, jika berkawan tidak boleh bertiga kerana mungkin yang ketiganya akan cuba menjadi batu api dalam persahabatan.

Ketiga ialah bahagian otak iaitu Prefrontal Cortex  gabungan yang dimainkan oleh mood stage dan cognitive task. Hal atau perkara yang mempunyai nilai emosi yang tinggi lebih diingati berbanding kejadian yang tiada unsur emosi. Sebagai contoh, saya sendiri tidak begitu mengambil berat atau risau tentang kekecohan bahawa mungkin tiket bas untuk pulang ke kampung habis  tapi saya lebih risau tentang masalah jerawat. Selain itu, emosi positif lebih mudah di ingati berbanding emosi negatif. Contohnya, jika kita pernah dikecewakan kita pasti berasa sedih dan tidak mahu mengingati peristiwa tersebut kerana ia menyakitkan. Minda kita selektif seperti mengingati perkara yang gembira dalam hidup kita dan ingatan yang positif mempunyai maklumat yang lebih terperinci. Emosi yang kuat terhadap sesuatu peristiwa dapat mengurangkan ingatan kita terhadap peristiwa yang kurang emosinya.

Bagaimana emosi mempengaruhi ingatan? Kandungan  emosi memainkan peranan, emosi yang positif hilang agak perlahan kerana kita berusaha untuk mengukuhkannya. Orang dewasa lebih mudah mengawal emosi kerana  mereka menganggap pengalaman melebihi kepandaian mereka berbanding golongan muda. The effect f mood melalui mood congruence menerangkan apabila kita sedih, kecenderungan kita ialah mengembalikan peristiwa lampau yang sedih. Manakala mood dependence menerangkan  ingatan  lebih mudah jika status ingatan semasa memproses maklumat emosi yang ada. Jika tiada unsur emosi sukar untuk mengingati secara terperinci. Walau bagaimanapun, jika dibandingkang mengikut gender wanita lebih mengingati sesuatu perkara secara terperinci berbanding kaum lelaki. Secara umumnya, emosi merupakan suatu perkara yang agak sukar untuk dibicarakan atau dikatakan secara jelas kerana mungkin ada faktor lain yang tidak diketahui. Sekian, ini merupakan kesimpulan atau pemahaman saya sepanjang kuliah pada minggu ini. #End

 


No comments:

Post a Comment