Sunday 26 September 2010

A124901 NURUL LJ09

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan. Setelah berakhirnya cuti raya baru-baru ini, kita kembali meneruskan sesi perkuliahan seperti biasa. Tidak ketinggalan juga bagi kursus pengurusan emosi ini, yang mana kuliah diteruskan dengan mempelajari tajuk baru iaitu tajuk kesembilan- Emosi dan Personaliti.

Tajuk ini diajari adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajari memahami pendekatan emosi mengikut jenis dan intensity selain daripada untuk memahami perhubungan antara emosi, personality dan tingkahlaku.

Seperti apa yang diajari dan difahami, manusia ini berbeza dari segi emosi walaupun mengalami peristiwa yang sama, dalam masa yang sama. Hal ini kerana perkara ini berkaitan dengan personality. Personality yang berbeza menghasilkan emosi yang berbeza. Personality dan emosi yang berbeza inilah yang dapat membezakan antara individu dengan individu yang lain kerana emosi dan personality berperanan dalam menentukan reaksi terhadap affek.

 

Setelah hampir minggu kesepuluh mengikuti kursus ini, semestinya kita semua sudah mengetahui apa yang dimaksudkan dengan emosi. Di sini, personality dimaksudkan sebagai kombinasi sifat-sifat psikologikal yang digunakan untuk mengklasifikasi dan memeperihalkan karakter seseorang itu seperti pendiam, pasif,  agresif, peramah, ceria, dan sebagainya.

 

Dalam personality ini, lebih mudah jika kita membandingkan dengan dua jenis iaitu A dan B. jenis A merupakan satu personality asal, dan B pula merupakan personality yang berlawan dengannya. Sebagai contoh yang ingin saya tunjukkan di sini, personality mereka yang berjenis A adalah seorang yang sangat tabah dan cekal. Apabila seseorang itu menghadapi kesukaran dan ujian serta dugaan dalam hidup, dia akan menghadapinya dengan tenang, meneruskan kehidupan dengan semangat yang waja, dengan menunjukkan reaksi seperti tiada apa yang berlaku. Sebaliknya, bagi mereka yang lemah semangat, bergantung kepada sesuatu, apabila berhadapan musibah, mereka tidak selalunya berfikir panjang dan melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya dilakukan oleh manusia yang waras seperti bunuh diri, melakukan vandelisme. Tidak kurang juga mereka yang lemah semangat ini akan meratapi nasib dan akhirnya menghuni hospital sakit jiwa. Golongan ini adalah golongan yang berlawanan dengan golongan A dan merupakan golongan B.

 

Untuk tajuk yang dipelajari ini, kita turut pelajari mengenai Myers-Briggs Type Indicator atau disingkatkan sebagai MBTI. MBTI ini merupakan alat penilaian personality yang paling banyak digunakan di dunia. Melalui MBTI ini, manusia diklasifikasikan kepada empat bahagian iaitu 'extroverted vs introverted', 'sensing vs inuititive', thingking vs feeling', dan 'judging vs perceiving'. Ini jugalah yang seperti apa yang telah saya perkatakan di atas.

 

Extroverted merupakan golongan mereka yang bersifat senang bergaul, boleh bersosial dan tegas manakala introverts pula golongan yang pendiam dan pemalu. Seperti yang kita selalu lihat, sama ada di kalangan rakan-rakan, akan terdapat dua golongan ini. Mereka yang dalam golongan extroverted lebih mudah berbual dan lebih ramai rakannya serta kelihatan berada dalam kelompok yang ramai berbanding dengan mereka yang dalam golongan introverts ini kerana sifat-sifat yang ada dalam golongan extroverts ini lebih mesra dan mudah didampingi.

 

Sensing pula merupakan golongan yang praktikal dan lebih cenderung kepada focus secara lebih terpeinci manakala intuitive pula golongan mereka yang bergantung kepada perkara yang tidak disedari dan memandang secara menyeluruh. Golongan sensing ini lebih mudah dikatakan sebagai orang yang cerewat dan mengambil berat terhadap setiap satu perkara yang dilakukan secara terperinci. Mereka akan menjadi serba tidak kene jika terdapat perkara yang tidak dilakukan dengan terperinci. Berbeza dengan golongan intuitive, mereka lebih menyeluruh dan berfikiran terbuka.

 

Thinking pula merupakan golongan yang menggunakan alasan dan logic dalam menyelesaikan sesuatu masalah manakala feeling pula golongan yang bergantung terhadap nilai personal dan mengikut perasaan. Pada pendapat saya, mereka yang berada dalam golongan thinking selalunya dapat menguruskan sesuatu perkara dengan lebih teratur dan mudah berbanding dengan mereka yang dalam golongan feeling ini.

 

Dan yang terakhir ialah golongan judging yang mana mahu mengawal dan cenderung kepada sesuatu yang telah ditetapkan dan berperaturan manakala golongan perceiving adalah mereka yang fleksibel dan bersifat spontan. Kebanyakan orang lebih mudah berinteraksi dan berdamping dengan mereka yang dalam golongan perceiving ini kerana lebih memudahkan.

 

Setelah mempelajari indicator MBTI, banyak perkara yang saya ketahui. Kadangkala, apa yang dilalui dan dirasakan oleh setiap individu tidak semestinya sama kerana personality yang berbeza pastinya menginterpetasikan emosi mereka dengan cara yang berbeza.


No comments:

Post a Comment