Monday 27 September 2010

A124901 NURUL LJ07

Setelah mempelajari begitu banyak teori dan tajuk dalam kursus ZZZT2253 iaitu pengurusan emosi ini, kita juga turut mempelajari tentang emosi dan ingatan. Pada pendapat saya tajuk yang dipelajari ini merupakan salah satu tajuk yang menarik dan menyeronokkan kerana perkara yang dipelajari ini memang berkaitan dengan kehidupan. Cuma kita sahaja yang tidak menyedarinya dan setelah mempelajarinya barulah kita ketahui bahawa apa yang telah kita alami merupakan sesuatu yang sememangnya berkaitan sesama sendiri dan merupakan satu ilmu.

Tujuan tajuk ini diajari adalah untuk member peluang kepada pelajar untuk memahami bagaimana emosi dan ingatan saling berhubung, memahami bagaimana hubungan ini membantu proses pembelajaran social, dan mengaplikasikan pengetahuan ini dalam memulakan eksplorasi pengurusan emosi.

Seperti apa yang saya fahami, dan apa yang saya lalui dalam seharian, ternyata emosi boleh memberi kesan yang kuat terhadap ingatan kerana peristiwa yang membabitkan emosi lebih mudah diingati berbanding dengan peristiwa biasa. Walaubagaimanapun, tidak semua emosi yang merangsang daya ingatan untuk mengingat sesuatu peristiwa. Kebanyakannya emosi yang menyenangkan lebih mudah diingati berbanding dengan yang kurang menyenangkan.

Sebagai contoh, peristiwa yang sememangnya tidak dapat dilupakan adalah kes jenayah paling kejam yang berlaku baru-baru ini, yang benar-benar menggemparkan Negara, iaitu kes bunuh Datuk Sosilawati Lawiya bersama peguam peribadi, pemandu peribadi dan pegawai bank. Peritiwa terbabit membangkitkan rasa simpati yang menggunung, ketakutan dan perasaan marah yang bercampur baur kerana tidak menyangka ada manusia yang begitu kejam sehinggu mampu melakukan jenayah sekejam itu. Peristiwa seperti ini ternyata tidak mampu dilupakan oleh rakyat negara ini peristiwa ini sangat meruntun hati dan perasaan sehingga meninggalkan kesan yang mendalam terhadap diri. Kes Mona Fendi merupakan bukti bahawa kita masih meningati jenayah yang dilakukannya sungguhpun sudah bertahun lamanya ia berlalu kerana kesan peristiwa yang ditinggalkan benar-benar menyentuh emosi.

Tidak hanya peristiwa sedih sahaja yang akan dikenang kerana peristiwa gembira juga tidak kurang menggamit emosi kita. Contohnya adalah majlis perkahwinan. Bagi pasangan yang bercinta, membina mahligai bersama merupakan impian mereka dan apabila impian dilestarikan, semestinya ia merupakan saat-saat indah yang tidak mungkin dapat dilupakan.

Dalam tajuk ini kita ada pelajari kesan mood. Terdapat dua kesan mood yang dipelajari iaitu mood yang berkesesuaian dan mood yang bergantung. Mood berkesesuaian ialah yang mana kita mengingati sesuatu peristiwa yang berkenaan dengan mood kita pada ketika itu. Oleh kerana itulah jika kita sedang stress, kita lebih mudah mengingati perisitwa yang negative dan juga sebaliknya. Pernah pada suatu hari, ketika itu saya dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghantar adik pulang ke asrama. Tiba-tiba, kereta di depan saya membrek keretanya secara mengejut dan saya juga terpkasa berbuat demikian. Penunggang motosikal di belakang saya yang kebetulannya menunggang laju dan rapat telah melanggar bamper kereta saya. Dalam keadaan yang penat, dan terperanjat, saya berusaha untuk keluar dan membantu penunggang tersebut. Sehingga kini saya tidak mampu lupakan kerana sedikit sebanyak kejadian itu memberi kesan kepada saya dan membuatkan saya agak takut pada awal-awal kejadian untuk memandu di jalan tersebut.

Mood yang bergantung pula ialah hakikat yang mana kita akan lebih mudah mengingat jika mood kita disamakan dengan mood yang mana kejadian itu berlaku.

Emosi dan ingatan ini sebenarnya dimiliki oleh system dalam otak. Terdapat tiga bahagian yang mengawalnya iaitu amygdala, cerebellum, dan prefrontal cortex. Bahagian yang paling kuat sekali terlibat ialah amygdala kerana ia terlibat dalam pengiraan signifikan emosi bagi peristiwa. Cerebellum pula lebih kuat berkaitan dengan kemahiran koordinasi motor dan terlibat dalam menginati emosi yang kuat. Prefrontal contex adalah bersama-sama dipengaruhi oleh kombinasi negara mood dan tugas kognitif.

Setelah mempelajari tajuk ini, saya berasa gembira kerana akhirnya saya mengetahui bahawa peristiwa-peristiwa yang dilalui dan diingati dengan baik sehingga sekarang adalah kerana sedikit sebanyak ia berkaitan dengan emosi kita. Kenangan yang indah kita ingati kerana perasaan gembira dan bahagia yang ada sewaktu kita mengalaminya, dan juga sebaliknya.

 

 



No comments:

Post a Comment