Friday 6 August 2010

Fw: A134394 amal LJ03



--- On Wed, 8/4/10, Sapphire Pokemon <blackvioletdiamonds_666@yahoo.com> wrote:

From: Sapphire Pokemon <blackvioletdiamonds_666@yahoo.com>
Subject: LJ03
To: ayahlong azm.jurnal-emosi@blogger.com
Cc: tugasan 2253@gmail.com
Date: Wednesday, August 4, 2010, 5:27 PM

          Kegembiraan adalah suatu emosi yang dikaitkan dengan perasaan terhibur, senang hati dan puas hati. Banyak pemikir-pemikir dari barat mengkaji tentang perasaan gembira ini. Contohnya seperti Ariatotle, Plato, Epicurean dan Mills. Senyuman merupakan tanda kegembiraan. Banyak kajian-kajian yang berteraskan kegembiraan. Kajian rentas menunjukkan bahawa kegembiraan berbeza daripada satu negara ke satu negara yang lain. Penyataan ini telah dibuat oleh Veenhoven pada tahun 1995. Manakala Dienar menyatakan bahawa masyarakat asia tidak bahagia jika dibandingkan dengan masyarakat yang lain. Manakala masyarakat Amerika Utara dan eropah merupakan masyarakat yang paling gembira.
          Kozma, seorang pengkaji memberikan pandangan beliau tentang kegembiraan. Kozma berkata bahawa kegembiraan terbahagi kepada 2 iaitu, kebahagiaan singkat dan kebahagiaan jangka panjang. Kegembiraan singkat bererti kegembiraan yang berdasarkan situasi semasa. Manakala kebahagiaan jangka panjang membawa maksud emosi gembira yang stabil, berterusan dari bulan ke bulan, tahunn ke tahun.
          Ada teoti yang menyatakan bahawa untuk mencapai kegembiraan, kita mestilah menjaga hubungan kita terhadap kedua ibu bapa kita sejak kita kecil sehinggalah kita menjadi dewasa. Terdapat juga beberapa faktor lain yang mempengaruhi kegembiraan. Contohnya seperti kesihatan, persahabatan, kerja, dan juga rekreasi. Ada juga yang mengatakan penghayatan terhadap agama akan membahagiakan diri kita.
         Kasih sayang(love) juga merupakan satu daripada cabang kegembiraan. Cinta bukan setakat meminati sahaja, ia lebih daripada itu. cinta adalah suatu rasa untuk mendekati, rasa untuk mengambil berat antara satu sama lain dan rasa kepercayaan yang kuat terhadap pasangan. Dikatakan bahawa peratus yang tertinggi yang menyumbang kepada kegembiraan ialah cinta. Kesimpulannya ialah, kita mesti sentiasa gembira agar hidup kita tidak menjadi bosan.

No comments:

Post a Comment