Friday 20 August 2010

A134569 NURUL NABILA LJ05

     


                                                 
Kita kerap memikirkan bagaimana emosi itu datang? adakah situasi membuatkan tercetusnya emosi dan lahirnya tindakan ataupun situasi menyebabkan tindakan dan terjadinya emosi. Kesemua ini telah saya pelajari semasa mengikuti kelas Pengurusan Emosi saya setelah genap seminggu umat Islam berpuasa. Kelas dimulakan dengan tayangan video mengenai cara engunakan camstudio dan camtasia. Kami turut menyaksikan bagaimana seorang kanak- kanak yang baru berusia 4-5 tahun merakam dirinya bermain dan menggunakan camstudio untuk merakam. Kami turut menyaksikan live demo apabila ayahlong merakam slide yang akan kami pelajari beberapa ketika. Seterusnya kami di berikan sedikit penerangan mengenai cara-cara menggunakan teknologi ini sekali lagi supaya kami tidak manghadpi masalah ketika mengahantar kertas kerja kami.
 
 Teori psikologi menyatakan bahawa emosi tercetus daripada otak dan sistem saraf. Terdapat 3 pendapat mengenai ini yang dikemukan oleh James Lang, Cannon Bard dan Psychobiological theories .JLT menyatakan bahawa situasi menyebabkan tercetusnya reaksi tubuh kemudian barulah terjadinya emosi. Cannon Bar pula menyatakan bahwa situasi menyebabkan terjadinya emosi kemudian barulah terjadinya reaksi. Tetapi mengikut common sense teori situasi menyebabkan terjadinya emosi dan berlakunya reaksi dan ia boleh dikatakan sama dengan CBT. Psychobiological theories pula memerlukan 4 emosi yang bercampur dengan arahan otak dan akan melahirkan emosi.

Teori cognitive pula menyatakan  schacters toeri dan misattribution teori. Sebenarnya cognitive merupakan pemindahan emosi yang terjadi dari satu kepada satu yang lain. Scahcter menerima teori yang digunakan JLT tetapi menambah satu lagi iaitu cognitive label yang bertindak sebagai cara fizikal. missattribution pula ialah salah tanggapan terhadap sesuatu emosi yang terjadi. Ia wujud apabila berlakunya emosi lain setelah terjadinya emosi lain. Orang yang bekerja makan gaji biasanya menghadapi tekanan ketika bekerja.Contohnya apabila ayah pulang ke rumah dan anak anak ingin bermanja atau bermain bersama ayah kadangkala marah dan memarahi mereka namun setelah sudah berehat dan lama kemudian mungkin ayah itu akan mengikuti kemahuan mereka
.
                
                                                        
      

 


sekian sahaja kali ini

No comments:

Post a Comment