Sunday 29 August 2010

A134325 Nur Akma LJ06

    Pada minggu ini saya telah menghadiri kelas pengurusan emosi. Tajuk yang kami pelajari pada minggu ini ialah Adaptasi Tahap Teori dan juga teori Solomon. Tajuk pada mingu ini mempunyai huraian yang sangat ringkas tetapi kami telah dapat mempelajari pelbagai tahap-tahap teori yang begitu menarik. Disini kita boleh mengetahui bahawa emosi kita boleh tolerate dengan keadaan biasa iaitu keadaan di sekeliling kita.

            Adaptasi tahap teori mempunyai konsep asas iaitu kita boleh membina tahap rangsangan yang baru dengan kehadiran tahap emosi itu sendiri. Kemudian adaptasi tahap teori seseorang itu bergantung kepada fungsi sesetengah keadaan rangsangan yang spesifik. Sebagai contoh, apabila kita mendengar bunyi yang wujud di sekeliling kita, sama ada ia kuat atau lembut bunyinya, ia menandakan bahawa bunyi itu sebenarnya berada pada tahap asas adaptasi kita bergantung pada tahap kedalamannya. Jika didapati bahawa bunyi itu semakin tinggi atau semakin rendah pada suatu ketika, ia sebenarnya menandakan bahawa tahap adaptasi kita bertindak naik dan turun sewajarnya. Hasilnya, tahap adaptasi kita turun dan naik seadanya. Jika kita sedang berbahagia sekarang, dengan pendapatan yang bagus, dengan kelulusan yang bagus, serta kesihatan yang baik, kita tidak akan berpuas hati dengannya sehinggalah semua ini akan bertambah baik lagi dalam masa seterusnya. Tahap adaptasi kita sebenarnya sentiasa berada pada tahap yang neutral dan kebiasaanya, apabila tahap adaptasi ini berada pada tahap atas daripada tahap neutral ini, barulah kita akan berasa bahagia dan gembira.

Selain itu, taksiran kita terhadap suatu situasi iaitu yang berkaitan dengan pengalaman kita seperti yang telah disebut oleh tokoh-tokoh  iaitu Lazarus,Kanner dan Folkman.   Pendekatan ini menumpukan kepada peranan aspek-aspek kognitif seperti pemikiran, pembelajaran, ingatan dan persepsi dalam pengalaman emosi. Salah satu teori tersebut ialah teori oleh Richard Lazarus. Bayangkan anda berada dalam satu keadaan di mana anda dikritik dengan teruk oleh penyelia kerana anda melakukan sesuatu kesilapan di tempat kerja yang akan menyusahkan perkerja yang lain. Apakah emosi yang akan dicetuskan oleh situasi ini? Teori-teori nilaian kognitif akan mengandaikan bahawa jawapan kepada persoalan tersebut bergantung kepada bagaimana anda menilai atau menginterpretasi keadaan tersebut. Anda akan merasa marah kiranya anda merasakan kritikan terhadap diri anda adalah tidak adil kerana ada orang lain yang terlibat. Anda mungkin merasa malu kerana kritikan tersebut menggambarkan ketidakcekapan anda. Anda mungkin merasa sedih atau bersalah memikirkan kesan negatif kegagalan anda kepada rakan sekerja. Akhirnya, anda mungkin merasa emosi positif kiranya merasakan bahawa anda telah menjalankan tugas dengan cemerlang, kesilapan yang terjadi bukan tanggungjawab anda.

             Pandangan bahawa manusia bertindak balas dengan emosi yang berbeza walaupun dalam situasi yang sama bergantung kepada bagaimana mereka menilai atau menginterpretasi situasi merupakan andaian asas atau utama dalam teori-teori nilaian kognitif. Penilaian anda terhadap situasi dan bukannya situasi itu yang menentukan kualiti dan intensiti tindak balas emosi. Teori-teori nilaian kognitif mengandaikan bahawa emosi yang terhasil dalam sesuatu keadaan adalah ditentukan oleh bagaimana situasi itu dinilai.


No comments:

Post a Comment