Sunday 29 August 2010

A124901 NURUL LJ06

Pada minggu ini, kuliah bagi kursus pengurusan emosi ini diteruskan dengan tajuk yang seterusnya iaitu 'Solomon Opponent Process Theory' atau setelah diterjemahkan ialah Teori Proses Lawan Solomon. Teori ini merupakan hasi ubahsuaian Teori Asas Adaptasi. Teori ini merupakan model psikologikal yang dicadangkan oleh Richard Solomon pada 1980 untuk mengira perilaku adiktif. Teori Solomon ini merupakan keseimbangan emosi terhadap titik neutral tidak hanya dalam jangka panjang tapi juga dalam jangka pendek.

Berdasarkan apa yang dipelajari di dalam kuliah, setiap emosi menyebabkan emosi berlawanan berlaku. Apa yang saya fahami di sini, emosi yang kita alami adalah berpasangan yang mana, apabila kita mengalami sesuatu emosi, satu lagi emosi yang bertentangan dengan emosi yang baru sahaja dialami itu berlaku dan kita turut mengalaminya. Sebagai contoh, saya sendiri pernah mengalami situasi ini. Pada awal bulan Februari yang lalu, saya mendaftarkan diri di sebuah akademi belajar memandu. Pada permulaannya, saya berasa sangat takut untuk memandu kereta, sehinggakan lutut menggigil dan rasa berdebar-debar sewaktu hendak memulakan pemanduan. Akan tetapi, lama-kelamanaan saya berasa sangat seronok dan teruja untuk memandu. Sekarang, setiap kali ingin memandu, saya tidak lagi berasa takut mahu pun berdebar, sebaliknya berasa seronok. Antara pengalaman saya yang lain ialah mengenai amalan diet seimbang. Pada mulanya agak sukar untuk memulakan amalan kerana nafsu makan yang sukar di atasi. Tapi, setelah beberapa ketika mengamalkannya, timbul rasa seronok dan akhirnya merasakan pengamalan diet yang seimbang adalah tidak terlalu sukar, seperti yang dialami pada pemulaannya. Inilah sebenarnya yang cuba disampaikan oleh Teori Solomon. Emosi yang berlawanan akan timbul setelah mengalami suatu emosi.

Selain itu, ada juga dipelajari mengenai suatu peristiwa emosional pertama memunculkan suatu keadaan primer, yang mana dalam keadaan itu, pada gilirannya mencetuskan keadaan berlawanan. Tahap primer, emosi yang terjadi merupakan emosi yang sebahagian besarnya tidak dipelajari, tidak disangkakan, iaitu automatic. Tahap berlawanannya pula, emosi yg bertentangan dgn emosi pada tahap primer, bermula sedikit lewat berbanding dgn emosi di tahap primer, lebih lama bertahan, lebih kuat dgn ulangan, tahap primer menjadi lebih lemah. Ini dimaksudkan, emosi awal yang berlaku, iaitu yang digelar emosi tahap primer, merupakan emosi yang berlaku tanpa disuruh, dan automatic. Emosi pada tahap lawannya pula merupakan emosi yang berlawan dengan emsoi yang berlaku pada awalnya. Emosi pada tahap lawan ini seringkali lebih lama, lebih kuat rasanya sehingga menyebabkan emosi primer itu tadi menjadi semakin lemah. sebagai contoh, apabila kita sudah terbiasa dengan suatu tempat yang bising, pada mulanya kita berasa marah, tidak selesa, tapi lama kelamaan kita merasakan itu perkara biasa, sehingga kita dapat mengatasi rasa yang berlaku di awalnya, dan membuat kita tidak kisah dengan bunyi-bunyi bising sebegitu. Ini juga disebut sebagai 'mengulangi pengalaman emosional meningkatkan relative kekuatan emosi bertentangan.'

Banyak yang dapat kita kaitkan dengan teori ini berdasarkan pengalaman seharian kita, seperti beberapa contoh yang telah saya sebutkan di atas. Sama ada emosi yang berlaku berlawanan dengan emosi yang primer, atau pun kita semakin biasa dengan sesuatu keadaan walaupun pada awalnya kita berasa sangat-sangat tidak biasa dan tidak selesa. Setelah saya pelajari tajuk ini, barulah saya fahami, apa yang dilalui saban hari merupakan satu perkara yang berkaitan juga dengan emosi, yang juga mempunyai teori tersendiri seperti yang telah dikaji oleh pakar, bukan sekadar pengalaman kosong semata-mata.

 

 


No comments:

Post a Comment