Friday 13 August 2010

A133818 NURSUFIAH LJ04

Kuliah pada minggu ini membincangkan mengenai emosi negatif.Emosi negatif yang dimaksudkan adalah takut,malu,sedih dan marah.Kita tidak seharusnya membiarkan emosi negatif menguasai diri.Walaupun adalah normal untuk kita mempunyai emosi negatif pada situasi tertentu,kita hendaklah bijak mengawalnya kerana dikhuatiri kita akan melakukan perkara-perkara di luar jangkaan.

Emosi negatif yang pertama ialah takut.Ketakutan adalah hal yang wajar, tapi jika ketakutan yang muncul adalah berlebihan,kita akan terbelenggu dan tidak boleh melakukan apa-apa pun.Ketakutan boleh terjadi kerana merasa asing dan tidak familiar dengan apa yang dilihatnya.Namun begitu.ada perkara yang positif mengenai takut.Takut adalah mekanisme untuk menyelamatkan diri.Seseorang itu akan bertindak mempertahankan dirinya daripada sebarang ancaman apabila merasa takut.

Emosi negatif yang kedua ialah malu.Malu adalah satu perasaan negatif yang timbul dalam diri seseorang akibat daripada kesedaran diri mengenai perlakuan tidak senonoh yang dilakukan oleh dirinya sendiri.Setiap orang yang normal mempunyai perasaan malu. Tetapi setiap masyarakat mempunyai pandangan yang berbeza mengenai malu. Sehubungan itu, pendapat mengenai apa yang dimaksudkan malu, apa yang mendatangkan malu serta tindakan yang harus untuk mengatasi perasaan malu berbeza-beza dari satu masyarakat ke satu masyarakat yang lain. Ini adalah kerana dalam konsep malu dan segan ini sebenarnya terkandung satu sistem nilai dan kepercayaan sesebuah masyarakat itu.Secara umumnya, malu merupakan perasaan rendah diri ataupun berasa segan silu terhadap kekurangan yang ada pada diri sendiri apabila dibandingkan dengan orang lain. Kekurangan ini boleh diertikan sebagai kebodohan, kejahilan, tidak setimpal, tidak seperti, mahupun tidak setaraf. Individu yang mengalami perasaan begini selalunya menganggap dirinya lebih kecil dan hina daripada orang lain yang dianggapnya mempunyai serba kelebihan pula.

Emosi negatif yang seterusnya ialah sedih.Sedih biasanya dikaitkan dengan kehilangan atau kegagalan.Semua orang pasti pernah merasa sedih.Banyak hal yang dapat memicu kita untuk merasakan kesedihan. Jika ditanya apakah yang menyebabkan seseorang itu bersedih, jawapan setiap orang pasti berbeza memandangkan permasalahan hidup yang dihadapi mereka berbeza juga. Kadang kala kita benar-benar tahu apa yang membuat kita bersedih, namun kadang kala juga kita tidak mengetahui penyebab kesedihan kita. Salah seorang teman saya sering mengeluh "Terlalu banyak hal yang membuat saya sedih, mungkin hal yang paling membuat saya sedih adalah hidup saya sendiri, rasanya saya tidak ingin hidup lebih lama lagi".Kita seharusnya memandang kehadapan dan sedar bahawa kehidupan mesti diteruskan.

Emosi negatif yang terakhir ialah marah.Marah adalah salah satu sifat semulajadi manusia.  Maka, apabila dikatakan sifat semulajadi, ianya bermaksud, jika kita memiliki sifat marah. Kita adalah seorang manusia normal, manusia yang mempunyai perasaan dan memerlukan naluri-naluri kemanusiaan seperti gembira, sedih, marah, sabar dan sebagainya. Bila anda sering marah tidak tentu hala, orang disekeliling anda juga akan ada perasaan yang sama terhadap anda. Mereka akan rasa nak marah je bila terpandang muka anda. Sifat marah boleh menimbulkan keburukan dan permusuhan, bukan saja kepada orang lain tetapi kepada diri sendiri.Setiap manusia ada hati dan perasaan yang perlu dijaga. Kita sebenarnya tidak boleh sewenang-wenangnya mengambil jalan 'pintas' iaitu terus memarahi tanpa menyelidiki pokok pangkalnya. Sudah tentu, tindakan marah kita itu akan menjadi sia-sia serta menjarakkan hubungan persaudaraan.Sememangnya hidup ini banyak cabaran, dugaan dan penuh dengan liku-liku dan ranjau yang harus dilalui dan dihadapi dengan penuh kesabaran dan ketenangan. Cabaran dan dugaan itu bermacam-macam bentuk, kesusahan, kesengsaraan dan juga munkin kesenangan dan kegembiraan. Jika kesenangan yang diperolehi, gembiralah hati kita dan jika kesusahan yang menimpa, maka akan kecewalah dan marahlah kita. Sifat marah adalah suatu sifat semulajadi manusia, cuma perlu pada tempat dan masa yang betul, bukan mengikut perasaan dan hawa nafsu.

Kesimpulannya,kita perlu mengawal emosi negatif agar ianya tidak berpanjangan.Sekian,terima kasih.

No comments:

Post a Comment