Friday 20 August 2010

A132245 nur hasshimaa LJ05


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada kelas Pengurusan Emosi kali ini, pada permulaan kelas kami telah didedahkan dan diperkenalkan dengan beberapa software untuk membuat video seperti CamStudio dan Camtasia. Software video ini akan digunakan ketika membuat kerja projek Pengurusan Emosi yang bakal saya buat secara berkumpulan. Kemudian, kuliah diteruskan dan kami kembali kepada teori-teori emosi yang lebih mendalam menjelang minggu keenam pengkuliahan ini iaitu teori-teori fisiologikal, kognitif, dan psikoanalitik. Berkenaan dengan pengalaman emosi, teori tidak ada menyentuh tentang perkara yang membuatkan kita gembira atau sedih. Mahupun tentang urutan kejadian ketika mengalami sesuatu emosi. Kebanyakan teori bersetuju bahawa emosi mempunyai beberapa komponen seperti perasaan subjektif, penilaian kognitif, physiological arousal dan motor expression (tingkahlaku).

Bagi teori-teori fisiologikal, menekankan bahawa emosi merupakan sesuatu yang pada dasarnya terhasil daripada otak dan sistem saraf.  Terdapat beberapa teoringn menyokong kenyataan tersebut seperti James-Lang Theory (JLT) dan The Cannon-Bard theory (CBT). JlT merupakan teori tertua oleh Willian James 1834 dan disokong oleh Carl Lange (1887) yang menyatakan bahawa reaksi fisiologi terhadap sesuatu ransangan akan mencetuskan emosi. JLT ini mengambil kira perubahan fisio di mana urutan perjalanan emosi itu bermula dari sesuatu keadaan atau situasi, maka berlaku lah tindakbalas perlakuan dan mencetuskan emosi.  Berbeza dengan 'common-sense theory' dimana bermula dengan situasi yang mencetuskan emosi kemudian barulah berlaku tindakbalas tingkahlaku.

Bagi The Cannon-Banrd Theory (CBT) pula, terdapat percanggahan dengan JLT dimana sistem organ pencetus tindakan emosi yang sangat perlahan kepada ransangan. Ini kerana menurut teori CBT ini, reaksi emosi merupakan proses yang cepat bertindak menurut sesuatu ransangan. Jantung dan perut tidak boleh menghasilkan pelbagai emosi. Kadar denyutan jantung, tekanan darah dan sistem penghadaman tidak mampu untuk menghasilkan emosi. CBT  mengusulkan bahawa ransangan dalaman dan luaran membawa kepada gerakan deria yang dihantar kepada otak kemudian kebolehan untuk merasai sesuatu emosi itu terhasil. Sebagai contoh, jika seseorang itu takut dengan ketinggian, dan apabila dia berada di tempat tinggi, dia akan menjadi takut dengan tiba-tiba kerana perasaan takut itu sudah disetkan dalam mindanya.

Bagi teori kognitif pula, ahli-ahli kognitif mencadangkan bahawa  pemikiran penting dalam menjana emosi seperti Schachter's Cognitive Labeling Theory (SCLT) yang menyokong teori tersebut dengan menyatakan bahawa apabila kita merasa sesuatu, minda akan menilai dan akan melabel secara spesifik emosi yang sedang dialami. Bagi teori Misattribution pula merupakan sesuatu kesilapan dalam sangkaan dengan menyatakan emosi disebabkan sesuatu punca sedangkan ia disebabkan oleh punca lain, seperti contoh kita menangis ketika menonton sesuatu cerita sedih, namun rupanya kita menangis kerana teringatkan seseorang ketika menonton cerita tersebut. Ini kerana ia bukanlah bangkitan fisiologikal yang sebenar secara terus oleh penghasilan sesuatu ransangan. Maka, kita akan menyangka emosi kita disebabkan oleh sesuatu perkara yang bukan punca sebenarnya. Maka ia perlu berbalik kepada pemikiran rasional kita untuk menilai dengan betul punca sebenarnya sebelum melakukan sesuatu tindakan.

No comments:

Post a Comment