Monday 2 August 2010

A126895 Akif Basri LJ02

           

 

 

Dalam kuliah kedua, saya tertarik dengan persoalan yang dikemukakan oleh Tomkin dalam Tomkin's Facial Feedback Theory yang berbunyi "Adakah kita senyum kerana gembira? Atau adakah kita gembira kerana senyum?" Pandangan pertama saya mengatakan sudah semestinya kita senyum kerana gembira, kerana bagi saya emosi yang mempengaruhi raut wajah. Namun Tomkin mengatakan senyuman juga boleh membuat kita berasa gembira. Dalam Islam juga senyuman dianggap sebagai sedekah, sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah saw. Namun bagaimana pula dengan senyuman seorang bayi? Adakah mereka berasa gembira apabila senyum? Saya pernah melihat anak buah saya yang belum pun setahun lagi menangis kerana mengantuk tetapi masih boleh tergelak apabila ibunya bermain dengannya. Apakah pula emosi seorang bayi, jika dikatakan emosi sudah wujud secara lahiriah sejak dilahirkan? Pelbagai persoalan timbul apabila saya belajar kuliah ini. Tidak dinafikan banyak ilmu dapat saya timba dengan mengambil kursus ini. Sekian.

No comments:

Post a Comment