Monday 2 August 2010

A126895 Akif LJ01

 

Persoalan-persoalan mengenai emosi banyak bermain di fikiran saya sejak sekian lama. Adakah emosi sesuatu yang dipelajari atau memang sudah ada sejak dilahirkan? Adakah kita boleh memilih emosi sendiri? Adakah emosi boleh dikawal? Adakah pengalaman hidup seseorang mempengaruhi emosi dan reaksi yang ditunjukkan? Bagaimana emosi dua manusia boleh berlainan walaupun kedua-duanya mengalami pengalaman yang sama? Mengapakah perempuan lebih beremosi daripada lelaki?  Bagi saya emosi merupakan sesuatu ciptaan Allah swt yang unik dan perlu difahami dengan lebih mendalam. Kuliah pertama mengenai emosi banyak menjawab persoalan-persoalan saya mengenai emosi.

 

            Saya tertarik dengan definisi emosi yang dikemukakan oleh Kleinginna & Kleinginna (1981) yang mengatakan emosi boleh mempengaruhi pengalaman efektif, proses-proses kognitif, perubahan fisiologi dan tingkahlaku. Saya pernah terbaca satu artikel di mana seseorang itu lalu dihadapan kubur atau berada di tempat gelap contohnya, akan mula berasa takut kerana pengalaman mengajarnya kubur dan tempat gelap merupakan kawasan berhantu. Emosi ketakutan itu akan mula mempengaruhi proses kognitifnya, misalnya dia akan mula membayangkan makhlus halus yang pernah dilihat di televisyen di sekitarnya. Badannya mula berpeluh dan jantung berdegup laju. Saya terfikir bagaimana besarnya emosi memainkan peranan mengawal tingkah lakunya sedangkan kawannya yang berada bersamanya ketika itu pula langsung tidak takut dan amat tenang.

 

            Tajuk "How to measure emotion' amat menarik perhatian saya. Sebelum ini saya tidak pernah terfikir terdapatnya cara utk menilai emosi kerana emosi sifatnya yang terlalu subjektif. Walaupun selepas mengetahui yang kita boleh menilai emosi berdasarkan self-report, direct observation dan physiological measurement, saya masih merasakan emosi tidak dapat dan tidak mungkin dinilai dengan tepat.

 

               

No comments:

Post a Comment