Saturday 14 August 2010

A117396 Nurul Aishah Binti Saadun LJ04

Assalamualaikum. Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf kepada Dr. Zamri kerana saya gagal untuk mengikuti kuliah yang keempat iaitu pada 11 Ogos 2010. Namun begitu, saya sempat memuat turun nota kuliah dari SPIN dan tajuk yang menjadi perbincangan pada minggu ini ialah berkenaan dengan emosi negatif. Saya difahamkan bahawa emosi negatif mengklasifikasikan empat emosi di bawahnya iaitu takut, malu, sedih dan marah. Emosi negatif merupakan satu perkara yang semulajadi dan setiap insan pasti akan mengalaminya.

Namun, pada pendapat saya, emosi negatif ini boleh menyebabkan hilangnya keyakinan diri dan apabila ini berlaku, kegahirahan untuk menikmati hidup akan pudar. Hal ini adalah kerana emosi negatif boleh menghalang seseorang daripada berfikir dan bertindak secara rasional. Apabila ini berlaku, seseorang itu cenderung untuk hanya melihat apa yang ingin dilihat dan hanya mengingati apa yang ingin diingat. Hal ini akan menyebabkan emosi-emosi negatif ini berpanjangan.

Sebagai contoh, takut. Takut lahir daripada tindak balas seseorang individu terhadap sesuatu rangsangan seperti kebimbangan. Apabila seseorang individu itu berasa bimbang, perasaan ini kemudiannya akan bertukar menjadi takut. Satu petikan mengatakan bahawa "sometimes, it's the things that scare you most that are most worthwhile" dan saya bersetuju dengan petikan ini. Saya ke Genting Highlands pada cuti semester yang lalu dan saya amat takut untuk menaiki "Space Shot" kerana saya mempunyai perasaan takut berada di tempat yang tinggi. Saya berjaya melawan perasaan takut saya dan menggagahkan diri untuk menaiki "Space Shot". Hasilnya saya berasa amat puas setelah menaiki permainan tersebut dan tidak lagi takut untuk bermain permainan yang memerlukan saya untuk berada di tempat yang tinggi.

 Sedih merupakan emosi yang negatif dan saya sangat bersetuju dengan pendapat ini. Perasaan sedih wujud dalam pelbagai situasi. Emosi sedih kebiasaannya diekspressikan melalui linangan air mata. Saya sangat mudah untuk melelehkan air mata dan setiap kali saya berasa sedih saya akan masuk dalam almari untuk mencari ketenangan. Sesungguhnya emosi sedih ini amatlah mengganggu cara hidup saya dan saya masih berusaha untuk menangani perasaan sedih ini.

Apa yang dapat saya simpulkan ialah emosi adalah psikologikal iaitu apa yang kita fikir dan biologikal iaitu apa yang kita rasa. Otak kita memberi respon terhadap pemikiran dengan melepaskan hormon-hormon dan bahan kimia tertentu dan dihantar kepada saraf-saraf kita yang menyebabkan kita berperasaan sedemikian. Semua emosi berlaku melalui cara ini sama ada positif atau pun negatif. Terpulanglah kepada kita bagaimana untuk mengekspressikan emosi tersebut. Sekian, terima kasih.


No comments:

Post a Comment