Thursday 19 August 2010

A 129013 Arfa Rina LJ04

Salam 1 malaysia.

Tanpa disedari masa berlalu dengan begitu pantas sekali , permainan emosi amat penting sekali dalam pengurusan waktu seharian. Emosi negative membawa pelbagai kesan yang mempengaruhi aktiviti seharian kita. Pada minggu ini, 4 emosi negative yang dipelajari adalah marah , takut , sedih dan malu.

Kesemua emosi ini mengundang pelbagai ragam manusia dalam menanganinya. Emosi marah adalah apabila seseorang itu hilang pertimbangan dan emosi marah membuat kan seseorang mudah menengking , bermasam muka dan  tidak berfikir secara rasional. Seeloknya jangan membuat keputusan ketika anda marah kerana terpengaruh dengan emosi.".Emosi marah sering dikaitkan dengan perasaan tidak puas hati terhadap sesuatu lalu dizahirkan dalam bentuk marah. Marah boleh menyebabkan sakit hati dan kurang sabar serta perasaan benci boleh dibentuk. Marah itu seperti api yang sedang membara, hanya dengan jirusan kedinginan air mampu menyejukkannya.oleh itu, berwuduk lah saat kamu terasa marah.kemarahan adalah tanda kelemahan. Orang yang paling kuat adalah orang yang menahan marahnya. Selain daripada itu,"a hungry person is a angry man"

"temankan saya.saya takut nak ke tandas". Takut yang menyelubungi bergantung kepada keadaan disertakan dengan fizikal yang berpeluh-peluh, degupan jantung yang laju dan panic. Lazimnya emosi takut ini adalah emosi yang diwujudkan apabila minda sudah disetkan untuk takut akan sesuatu itu. Contohnya, kewujudan hantu. Banyak filem-filem seram menayangkan pelbagai scene hantu yang menyebabkan minda generasi muda mudah takut apabila menyebut perihal hantu. selain dari itu juga,emosi takut ialah tindakbalas terhadap bahaya dan juga  disebabkan dengan insiden yang pernah berlaku kepada seseorang  yang membuatkannya trauma. Takut dapat diatasi apabila kita berhadapan dengan perkara yang ditakutkan. Sebagai contoh, takut akan ketinggian. Dato' dr. syeikh Muzaffar  adalah seorang yang takut akan ketinggian. Namun, dia berjaya meloloskan diri ke angkasa setelah mengatasi factor ketakutannya akan ketinggian. Ketakutan juga lalu menzahirkan emosi cemas menyebabkan pelajar rajin belajar kerana tidak mahu gagal dalam sesuatu pelajaran.

Emosi seterusnya adalah emosi sedih. Sedih dikaitkan dengan satu emosi dimana seseorang itu dalam keadaan moralnya rendah dimana terasa kekurangan atau kehilangan. Ketika seseorang itu sedih,pelbagai cara diekspresikan sama ada melalui bahan ataupun keadaan dirinya.secara bahan,kesedihan dialirkan dalam bentuk lukisan,sajak,lagu dan lain-lain.manakala keadaan dirinya (fizikal), seseorang itu lebih cenderung untuk diam, muram, suram, kemurungan,kurang bercakap dan senyum serta mengalirkan air mata. Orang yang sedang sedih adalah orang yang paling sensitive. Ketika ini,perasaan mereka harus dijaga agar tidak menyinggung perasaan mereka dimana boleh membuatkan mereka lagi sedih.

"Malu bertanya sesat jalan". Malu adalah satu emosi yang dialami apabila seseorang berdepan dengan tindakan yang tidak dijangka tetapi diketahui oleh orang lain.  Malu terbahagi kepada dua jenis iaitu individu dan professional.secara perspektif individu, malu adalah berpunca daripada diri sendiri manakala professional lebih kepada persekitaran pekerjaan yang dialami oleh contohnya orang terkenal seperti  Pemimpin , setiap tingkah laku mereka sentiasa diperhatikan dan sudah pasti perkara buruk yang dilakukan akan diketahui oleh orang lain. Perkara besar mewujudkan keadaan yang memalukan seperti  menggelapkan duit syarikat, ditangkap kerana mencuri dan lain-lain. Kadangkala, keadaan memalukan seperti ini boleh menyebabkan maruah tecemar dan hilang harga diri serta menconteng arang di muka. Malu juga adalah sebahagian daripada iman. Ini menunjukkan malu itu sentiasa sebahagian daripada kita. Islam telah menggariskan beberapakan perihal dan menekankan agar malu itu sentiasa ada sebagai garis iman. Namun, malu itu juga haruslah bertempat. Contohnya, ketika sesi temuduga, buangkan sifat malu agar keyakinan dan ketrampilan diri dapat ditonjolkan. Sekian.Wassalam.


No comments:

Post a Comment