Thursday 19 August 2010

A129839 Nadirah Kusnin LJ05

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. Kuliah hari ini membincangkan teori fisiologi, kognitif dan psikoanalitik. Teori fisiologi adalah teori berkaitan tekanan emosi yang terhasil daripada otak dan sistem saraf, dan ia adalah tentang reaksi fisiologi terhadap rangsangan. Didalam teori ini terdapat tiga teori utama iaitu teori The James-Lang teori ini bertentangan dengan common sense theory. Teori James-Lang menyatakan bahawa situasi menghasilkan reaksi tubuh  dan  dari reaksi tersebut terlahirnya emosi.Namun teori ini dibidas oleh teori Cannon-Bard,yang mengkritik dengan hujah tersendiri, teori ini menyatakan bahawa sistem organ mencetuskan reaksi emosi yang sangat lambat bertindak balas terhadap stimuli, namun reaksi emosi lebih cepat bertindak balas terhadap stimuli. Teori Cannon pula menyatakan bahawa rangsangan melahirkan emosi dan diikuti dengan reaksi. Saya bersetuju dengan teori ini, dan ia bersandar dengan peristiwa beberapa hari lepas apabila saya dikejar oleh monyet semasa membeli juadah berbuka puasa, aksi monyet-monyet yang seperti hendak menyerang saya itu menyebabkan saya berasa takut andai monyet-monyet itu merampas makanan saya dan menyebabkan saya lari,,sambil menyembunyikan makanan saya di dalam beg.Teori yang seterusnya ialah teori psikobiologi yang menyatakan bahawa emosi dasar ialah berkaitan dengan litar neural yang khusus, ia mencadangkan 4 emosi dasar iaitu takut, marah, panik dan harapan, kesemua ini berkaitan sistem kawalan didalam otak dan masing-masing berinteraksi untuk menghasilkan emosi lain.

Teori kedua adalah teori kognitif iaitu bebrapa teori moden yang dicadangkan bahawa kognisi atau fikiran mempunyai peranan utama dalam menghasilkan dan membimbing emosi. Di dalam teori ini terdapay empat teori lain iaitu Schachter's Cognitive Labeling Theory, teori ini menerima teori James-Lang namun memperkenalkan  perlabelan kognisi. Teori ini juga menyatakan bahawa manusia selalu salah dalam menilai emosi diri dan silap dalam mengenalpasti puncanya, dan ia juga menyatakan bahawa perlu untuk kita menilai emosi diri pada peringkat reaksi tubuh.Contohnya ; seorang lelaki berjoging lalu terlihat gadis cantik dan menghasilkan peluh serta jantung berdegup kencang lelaki tersebut perlu mengenal pasti samada ia adalah berdegup disebabkan kepenatan atau jatuh cinta dengan gadis tadi, dan selepas itu maka terhasil emosi sebenar. Seterusya ialah proses penenengan diri, kemudian adalah pemindahan eksitasi dan diikuti dengan penilaian kognitif lazaruf, ia terbahagi kepada dua penilaian iaitu penilaian peringkat rendah (menilai pentingnya rangsangan dalam kaitanyadengan member kesejahteraan seseorang)  dan peringkat tinggi ( menilai sumber daya  dan strategi mengatasi tekanan yang terhasil daripada situasi emosional. Teori ini juga menyatakan tentang proses mangatasi emosi antaranya dengan menenangkan diri dan tindakan langsung.

Teori terakhir adalah teori psikoanalitik menyatakan bahawa emosi atau pengalaman lampau yang berlaku tanpa disedari namun mempengaruhi diri dan antara contohnya adalah perasaan bimbang dan marah tanpa sebab. Saya juga pernah menjadi mangsa orang yang memiliki emosi tanpa sebab ini, ia agak menyedihkan kerana kita dimarahi tanpa sebab dan apabila ditanya  hanya jawapan " entah , saja". Saya merasakan sekadar ini sahaja penulisan saya untuk kali ini , salam Ramadhan…


No comments:

Post a Comment