Thursday 19 August 2010

A 127559 NOR RAIHANA LJ05

Assalamualaikum dan salam Ramadhan buat semua. Bismillahirrahmanirrahim pembuka bicara. Diharapkan agar semua berada dalam keadaan sihat. InsyaAllah, berkat bulan baik ini, bulan Ramadhan kita semua sentiasa ceria dan gembira. Dalam kehidupan, kita tidak akan pernah mampu untuk mengelakkan diri kita daripada terjebak dalam apa jua masalah. Oleh itu, wajar dan perlu bagi setiap individu untuk bertindak dengan bijak dan rasioanl dalam proses menyesuaikan diri dengan satu keadaan yang baru dan menyelesaikan permasalahn yang di alami.

Seperti minggu-minggu sebelum ini, seperti biasa saya kembali mengikuti kuliah kelima Pengurusan Emosi. Pada tarikh 18 Ogos 2010. saya dan rakan-rakan lain kembali mengikuti kuliah yang bertajuk Teori- teori Fisiologikal, Kognitif, dan Psikoanalitik. Secara amnya, teori-teori sebelum ini tidaklah begitu lengkap. Ini adalah kerana, teori-teori yang dikemukakan tidak menjelaskan apakah faktor atau sebab yang membuatkan kita berasa gembira, sedih, marah, takut, gelisah, dan sebagainya. Malah teori juga tidak menjelaskan secara teliti tentang perkara yang akan berlaku apabila kita melalui sesuatu emosi.

Teori-teori utama percaya bahawa emosi manusia mempunyai lima komponan penting. Komponan-komponan ini ialah perasaan subjektif, penilalin kognitif, kebnagkitan fisiologikal, pergerakan badan atau ransangan fizikal, dan kencederungan atau tindak balas terhadap emosi yang dialami.

Dalam kuliah kali ini pula, kami diperkenalkan pula dengan tiga teori baru berkaitan emosi manusia. Teori-teori yang dimaksudkan ini dipelopori oleh tiga orang tokoh yang mewakili tiga teori, iaitu James-Lang, Connan Bard, dan Pshycobiologicol Theories. Dalam ketiga-tiga teori ini, saya hanya memilih satu teori untuk diberi fokus dan penekanan.. teori yang ingin saya bawa dalam tulisan kali ini ialah teori Connon Bard.

Teori yang di bawa oleh Conan Bard ini adalah kerana beliau tidak begitu bersetuju dengan teori yang di bawa oleh James Lang. Ini adalah kerana, menurut Connan Bard, sistem-sistem organ yang mencetuskan reaksi-reaksi emosi melahairkan tidak balas yang agak lambat terhadap ransangan, tetapi, reaksi-reaksi emosioanal bertindak balas dengan cepat terhadap ransangan.Ransnagan ini adalah disebabkan oleh respon yang diberikan oleh emosi yang mengalami perubahan. Menurut Cannon dan Philip, ransangan luaran atau dalaman lebih menjurus kepada tindak balas deria yang dihantar oleh korteks dan otak dan barulah emosi dihasilakan. Sekiranya ransangan tersebut berlaku secara serentak, tindak balas akan berlaku antara respon tubuh dengan emosi. 

Connon Bard memegang dan percaya pada teori yang dibawanya, iaitu, emosi seseorang akan terganggu apabila berhadapan dengan sesuatu yang menakutkan seperti seekor anjing yang garang. Kemudiaanya, individu tersebut akan merasakan tindak balas emosi takut, dan bertindak dengan tingkah laku dengan melarikan diri apabila dikejar oleh anjing tersebut. Ini menunjukkan emosi yang dilalui oleh seseorang berlaku mengikut peringkat dimana individu tersebut akan berasa dirinya terancam dan diikutu oleh gerakan emosi, dan kemudian barulah disusuli dengan tindak balas daripada individu tersebut terhadap stimulus.

Sebagai kesimpulannya, ramai tokoh yang lahir untuk mengemukakan teori mereka masing-masing. Mereka semua hadir dengan pendapat dan pendirian tersendiri tentang emosi manusia. Walau bagaimanapun, apa jua pendapat atau pendirian yang lahir daripada sesiapa, emosi manusia pada pendapat saya merupakan sesuatu yang kompleks. Manusia haruslah bijak untuk memastikan kita mampu untuk memastikan agar kita tidak dikuasai oleh emosi. Ini adalah kerana, gangguan emosi yang melampau ternyata tidak akan mendatangkan kesan yang baik pada individu, selain daripada kesan negatif. Justeru itu, kita harus bijak mengawal emosi dengan cara kita sendiri dan menetapkan iman bagi yang beragama Islam kerana kita telah diajar untuk menangani emosi dengan cara yang berkesan dan berhikmah.

No comments:

Post a Comment