Friday 30 July 2010

struktur dan emosi asas

Pengurusan emosi

Tajuk 2: struktur asas emosi

Pada kuliah saya yang ketiga, saya mempelajari tentang struktur asas emosi. Dalam kuliah tersebut saya pelajari bahawa asas emosi juga dikenali sebagai "primary emotion". Asas emosi merupakan perwatakan semulajadi bagi setiap manusia. Asas emosi juga berdasarkan dua teori iaitu "evolutionary" atau" biological theories" dan learning theories. Berdasarkan Darwin's basic theory of emotion, emosi asas adalah ciri-ciri dalaman manusia yang dialami dan diekpresikan dalam bentuk yang seragam di semua bangsa dan budaya( kokoszka,1993). Maksudnya setiap manusia tidak kira kaum, bangsa atau agama akan mengalami emosi asas. Dalam bukunya juga ada menyatakan ekpresi wajah melambangkan emosi, kerana ekpresi muka senang untuk dilihat dan dikenalpasti. Sekiranya seseorang itu dalam keadaan marah kita dapat kenalpasti dengan melihat mimik muka orang tersebut. Pada kebiasaanya sekiranya kawan saya marah atau diri saya marah muka saya akan masam dan dahi akan berkerut. Ekpresi muka yang paling senang dilihat adalah gembira. Apabila seorang itu gembira, kita dapat melihat orang tersebut dalam keadaan gembira, senyum dan ceria. Bagi saya ekspresi muka marah adalah sesuatu yang negative dan tidak elok diamalkan, manakala gembira adalah sesuatu yang positif. Sekiranya kita gembira dan ceria semua kerja kita akan menjadi. Berdasarkan plutchik's teori emosi boleh digambarkan dalam tiga bahasa yang berbeza. Yang pertama adalah bahasa subjektif. Bahasa subjektif adalah sesuatu emosi atau perasaan. Contohnya gembira, sedih,mrah, suka dan sebagainya. Yang kedua adalah bahasa tingkahlaku. Bahasa tingkah laku  adalah bahasa badan dan tindakan seseorang. Sekiranya orang tersebut sedih kelakuannya menjadi muram, perwatakannya tidak bermaya, manakala sekiranya orang tersebut marah, oarang tersebut akan dalam keadaan marah. Plutchik's teori bahasa yang ketiga adalah bahasa fungsian. Bahasa fungsian ini adalah apa tindakan seseorang untuk menggambarkan perasaannya. Untuk mengkaitkan ketiga-tiga bahasa ini kita boleh ambik satu contoh. Sebagai contoh Ali berasa taku(bahasa subjektif)t terhadap hantu, apabila terserempak dengan hantu dia akan menggigil dan mukanya ketakutan(bahasa tingkahlaku), lalu apa yang boleh dilakukannya adalah menjerit dan lari(bahasa fungsian). Sebagai contoh lain adalah marah. Apabila seseorang itu marah, mukanya akan menampakkan kemarahan, sekiranya orang tersebut diganggu mereka akan menengking kita atau memarahi kita semula. Pada pendapat saya, teori plutchik's adalah tepat dan boleh digunapakai. Berdasarkan teori ini, memperkenalkan lapan emosi asas iaitu takut, meluat, marah, terperanjat, gembira,sedih, terima dan rasa ingin tahu. Selain daripada Plutchik's teori terdapat juga teori Tomkin's facial feedback dan izard's innate facial. Kesemua teori ini memberi kajian yang hampir sama walaupun menggunakan kaedah yang berbeza. Berdasarkan Tomkin's teori beliau mengatakan "what cause what". Maksudnya setiap sesuatu menyebabkan sesuatu. Apa yang pelajari dalam kuliah kali ini adalah sesuatu tindak- tanduk seseorang ada factor dan kesannya.


No comments:

Post a Comment