Saturday 31 July 2010

A134730 Farzana LJ01

Salam sejahtera kepada semua. Saya ingin memohon maaf kepada En Ahmad Zamri Mansur kerana lewat menghantar tugasan ini, LJ01.  Saya tidak berkesempatan mengikuti kuliah pertama kerana saya baru mendaftar untuk subjek U2 ini.

Emosi. Perkataan emosi boleh dijelaskan dalam pelbagai maksud. Menurut Kleinginna, emosi adalah satu set yang kompleks dimana wujudnya interaksi diantara faktor subjektif dan objektif dimana sistem hormon yang semulajadi menjadi perantara. 4 komponen utama dalam emosi adalah perasaan, proses kognitif, perubahan fisiologi, dan juga tingkahlaku berkaitan. Sebagai contoh, perasaan takut. Seterusnya, proses kognitif dimana punca perasaan takut akan dikenalpasti dan mencari jalan untuk menangani perasaan tersebut. Perubahan fisiologi pula adalah seseorang individu akan menunjukkan perasaannya itu secara fizikal. Contohnya, jantung akan berdegup laju. Proses yang terakhir ialah tingkahlaku berkaitan. Apabila seseorang berasa takut, dia mungkin akan mengalirkan air mata.

Emosi mempunyai maksud yang luas berbanding perasaan. Menurut Baron dan Logan (1993), emosi tidak dapat dipisahkan dari motivasi. Demikian juga pendapat Lang et al pada 1992 yang berkait rapat dengan pendapat Baron dan Logan, emosi sebagai motivasi kepada tingkahlaku dan motif boleh menjadi emosional. Sebagai contoh, motif bagi kes rogol adalah kepuasan nafsu dan juga dendam. Selain itu, perasaan cinta dan kasih terhadap seseorang akan memotivasikan seseorang individu terlibat dalam aktiviti seperti kerap ingin berjumpa, memberikan hadiah dan seterusnya ke peringkat yang lebih tinggi, mendirikan rumahtangga. Walaubagaimanapun, tidak semua emosi menjadi pendorong terhadap sesuatu perbuatan dan juga tidak semua pendorong berasaskan kepada emosi.

Terdapat juga cadangan cara mengetahui emosi seseorang. Terdiri daripada beberapa cara. Kesimpulannya, emosi merupakan sesuatu yang semulajadi dan datang dengan sendirinya tanpa kita menyedari. Setiap orang mempunyai emosi yang berlainan terhadap perkara yang dihadapi olehnya.

 

 

 

 



No comments:

Post a Comment