Saturday 31 July 2010

A133405 NUR LINA LJ02

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Hari ini saya akan menceritakan serba-sedikit pasal apa yang kita belajar pada minggu lepas. Pada masa itu Encik Ahmad Zamri Mansor katakan pasal Struktur Asas Emosi. Mulanya kami difahamkan dengan beberapa teori yang ditemui oleh para saintis iaitu Darwin, Plutchik, Tomkin dan Izard. Teori Darwin menerangkan pasal emosi terdiri dari emosi asas iaitu emosi primari. Dan maksud emosi primari pula adalah ciri-ciri dalaman atau semulajadi manusia yang dialami serta diekspreskan dengan seragam oleh manusia di muka bumi ini. Bukunya iaitu " The Expression of Emotions in Man and Animals" mengatakan ekspresi wajah melambangkan emosi wajah mudah dilihat dengan lebih senang contohnya marah,gembira,menangis,ketawa dan sebagainya. Contoh pengalaman saya, saya dilamar oleh seorang lelaki di hadapan orang ramai. Ekspresi muka saya berubah, muka saya terus merah dan saya menutup muka menahan malu. Itu hanya contoh sahaja.

Manakala, teori emosi Plutchik pula mengemukakan yang emosi dapat digambarkan dalam tiga bahasa yang berlainan iaitu bahasa subjektif, bahasa tingkahlaku dan bahasa fungsian. Ketiga-tiga bahasa ini kena ad bersama. Sebagai contohnya, telepon aku berdering  masa itu aku teruja(bahasa subjektif) manakala tangan aku terketar-ketar  dan muka aku kemerahanmenunjukan (bahasa tingkah laku) dan aku terus mengangkat telepon itu (bahasa fungsi).  Manakala teori Izard, saraf mekanisme untuk FE dan persepsi ekspresi adalah semula jadi. Selain itu, ekspirasi wajah adalah semula jadi tetapi ia juga boleh dipelajari melalui pengalaman. Walaubagaimana pun, teori ini masih tidak dapat diterima.kesimpulanya emosi adalah sesuatu yang semulajadi. Semua orang memiliki emosi. Namun kita merpeluang mempelajari cara-cara untuk mengawal emosi dan bertindak dalam lingkungan batasan yang rasional melalui pengalaman-pengalaman yang dapat diraih sepanjang proses kehidupan. Itu sahaja yang saya ingin katakan pada minggu ini. Jumpa lagi! Assalamualaikum dan selamat sejahtera. =)


No comments:

Post a Comment