Friday 30 July 2010

A134514 Joy Liew Wei Yi LJ02

                Pada minggu ini, saya telah mempelajari " Struktur Asas Emosi".  Struktur  asas emosi dijelaskan melalui teori-teori  yang dikemukakan.Emosi merupakan watak semulajadi manusia serta terdiri daripada beberapa emosi asas(primary emotion).Kenyataan ini telah  dikemukakan oleh Darwin melalui teorinya iaitu  Teori Asas Emosi Darwin. Emosi primari adalah ciri-ciri dalaman manusia yang dialami serta diekspresikan dalam bentuk yang seragam di semua bangsa dan negara. Manusia adalah ciptaan Tuhan yang istimewa. Walaupun terdapat pelbagai bangsa dan budaya tetapi emosi yang terdapat pada manusia dapat diekspresikan dalam bentuk yang seragam. Sebagai contoh, apabila kita berasa gembira, kita akan senyum. Ini diekspresi oleh manusia di dunia walaupun berlainan bangsa dan budaya.

                Seterusnya, Teori Asas Emosi Plutchik pula mengatakan bahawa emosi terdiri daripada tiga bahasa yang berbeza. Tiga bahasa ini terdiri daripada bahasa subjektif, bahasa tingkahlaku dan bahasa fungsian. Bahasa subjektif adalah bahasa biasa bagi emosi. Bahasa tingkahlaku pula adalah tindakan susulan dari emosi yang telah dirangsangkan. Bahasa fungsian adalah fungsi emosi tersebut kepada seseorang. Saya berasa gembira (bahasa subjektif)  lalu melompat kegirangan (bahasa tingkahlaku) apabila menerima tawaran untuk memasuki universiti. Saya menjadi lebih yakin. Saya mempercayai bahawa saya boleh mencapai impian jikalau berusaha bersungguh-sungguh(bahasa fungsian).

                Selain itu, Plutchik juga menyatakan reaksi adaptif asas merupakan prototaip bagi semua jenis emosi. Terdapat lapan adaptif asas iaitu takut,jijik,marah,terperanjat,gembira,sedih,terima dan ingin tahu.Kelapan-lapan adaptif ini boleh terbentuk berlawanan major iaitu takut dengan marah, sedih dengan gembira, jijik dengan terima dan akhirnya terperanjat dengan ingin tahu. Emosi ini dapat dikaitkan dengan pengalaman saya.  Saya terperanjat dan sedih apabila kawan saya sms saya bahawa dia mahu bunuh diri. Saya binggung dan tidak tahu apa yang hendak dilakukan. Saya berasa sangat cemas pada masa itu kerana kawan saya memang dalam keadaan yang sangat teruk. Akhirnya, dia tidak berbuat demikian.

                Plutchik juga mengatakan emosi mempunyai 3 dimensi. Tiga dimensi terdiri daripada intensiti yang merujuk kepada darjah kekuatan emosi, persamaan atau similariti yang perkaitan emosi dan polariti yang merujuk kepada kekutuban. Model 3D Plutchik telah meletakkan emosi asas pada atas model dan dibawahnya adalah emosi yang berubah kepada emosi asas. Emosi kita bermula dari intensiti yang rendah kepada yang lebih menonjol.

                Tomkin pula mengatakan bahawa apabila kita senyum, kita akan menjadi lebih gembira. Menurutnya, expresi muka mengantarakan emosi kita. Padahalnya, senyuman merupakan salah satu cara untuk berkomunikasi. Kita akan memaparkan senyuman apabila ternampak orang yang dikenali tetapi senyuman itu tidak membuat kita berasa lebih gembira. Inilah kritikan yang dibuat terhadap teori Tomkin.

                Teori yang menarik minat saya adalah teori pembelajaran dan pengalaman. Teori ini dibincangkan melalui dua aspek iaitu aspek dari segi biologi dan pembelajaran. Aspek biologi menyatakan pembelajaran memainkan peranan yang minor dalam emosi. Kita tidak dapat mempelajari emosi dari pembelajaran tetapi aspek pembelajaran mengatakan yang sebaliknya. Aspek pembelajaran menyatakan bahawa semua emosi boleh dipelajari. Perasaan takut dipelajari daripada pengalaman. Kawan saya hampir lemas pada zaman kanak-kanak.Dia takut bermain dengan air sejak berlaku kemalangan itu.

                Kesimpulannya, emosi boleh dibaca daripada wajah seseorang tetapi ekspresi mukanya tidak semestinya menonjolkan emosi sebenarnya.



Hotmail: Trusted email with powerful SPAM protection. Sign up now.

No comments:

Post a Comment