Friday 30 July 2010

A133541 Muhammad Hafiz LJ02

            Menurut Darwin's basic theory of emotions, emosi terdiri daripada emosi asas (primary emotion). Emosi primari ini adalah ciri-ciri dalaman manusia yang dialami serta diekspresikan dalam bentuk seragam di semua bangsa dan budaya (Kokoszka, 1993). Kesemua emosi yang wujud adalah kombinasi gabungan antara emosi-emosi primari (Rolls, 1990). Menurut Plutchik's Primary Emotion Theory (PET), emosi digambarkan dalam 3 bahasa yang berbeza. Iaitu bahasa subjektif, bahasa tingkah laku, bahasa fungsian. Jadi dalam menzahirkan emosi menurut Plutchik's PET, ia bermula dengan bahasa subjektif diikuti dengan tindakan lanjutan (bahasa tingkah laku) dan menunjukan fungsi emosi tersebut (bahasa fungsian). Kemudian, Tomkin's Facial Feedback Theory (FFT) membuat pernyataan bahawa emosi perlu datang dengan ekspresi muka (facial expressions). Menurutnya lagi, membuat ekspresi muka bersama-sama emosi adalah lebih mudah berbanding membuat ekspresi muka tanpa beremosi. Izard's Innate Facial Expression (FE) menyatakan emosi adalah semulajadi dan pembelejaran memberikan impak yang sedikit pengalaman emosi.

 

            Berdasarkan perenggan di atas, dapat aku kaitkan dengan sebuah pengalaman yang dialami oleh aku tidak lama dahulu. Sebelum ini, aku tidak pernah mengetahui mengenai teori-teori emosi yang dinyatakan di atas. Namun setelah menghadiri kelas pada minggu ini, barulah aku mengetahui mengenai teori-teori tersebut. Apa yang aku cuba kaitkan dengan pengalamanku ini mungkin tidak merangkumi kesemua teori-teori ini, tetapi berkaitan dengan sesetengah teori tersebut.

 

            Aku teringat akan satu kisah dimana seorang kawanku yang suka memendam masalah yang ditanggungnya. Setiap kali dia menghadapi masalah, dia tidak pernah menunjukkan muka yang masam. Dia masih mampu untuk senyum pada setiap kali aku bertemunya. Tetapi aku tidak mengerti permasalahan yang dialaminya disebalik senyumannya. Sehinggalah aku memberanikan diri untuk bertanya sekiranya dia menghadapi masalah. Kemudian barulah dia menceritakan segala-galanya. Dari situ, barulah aku sedar bahawa setiap senyuman yang dizahirkan tidak semestinya membawa makna kebahagiaan. Selain itu juga, aku pernah melihat tangisan yang tidak menunjukkan kesedihan melainkan kegembiraan. Jadi di sini aku telah mempelajari bahawa setiap ekspresi muka yang dizahirkan kadangkala tidak menunjukkan emosi sebenar seseorang.

 

            Namun pernahkah kita terfikir bahawa apakah kesan terhadap individu yang menyembunyikan perasaan sebenar yang dialami oleh mereka? Adakah memberikan kesan yang positif, ataupun sebaliknya?  Bagaimana pula dengan seseorang yang berniat jahat tetapi mempamerkan senyuman sebelum meneruskan niat jahatnya? Sebagai contoh, seorang penjenyah menggunakan taktik untuk memikat atau mengambil hati mangsanya sebelum melakukan jenayah. Ketika itu, apa yang mangsa lihat merupakan senyuman manis yang palsu tanpa mereka sedari terdapat niat yang buruk terhadap mereka. Sekiranya perkara ini diambil mudah, maka semakin berleluasalah masalah jenayah yang menggunakan modus operandi sedemikian. Contoh yang lain pula, mengenai mangsa yang tertipu dengan Skim Cepat Kaya. Mereka tertipu dengan kata-kata manis oleh individu-individu ini yang menzahirkan senyuman manis. Pada pendapat saya, individu yang mempamerkan senyuman-senyuman palsu ini, tidak menggunakan emosi mereka.

Tetapi menggunakan keinginan diri sendiri untuk mencapai niat buruk mereka dengan menggunakan ekspresi muka mereka.

 

            Apakah cara untuk mengenalpasti ekspresi muka yang tidak disertakan dengan emosi ini? Tanpa ilmu yang betul, sudah tentu sukar untuk membezakan emosi disebalik ekspresi muka ini. Oleh itu, sebelum kita menilai ekspresi muka seseorang kita perlu mengetahui perasaan sebenar mereka. Mungkin sukar untuk berbuat demikian, tetapi tidak salah untuk mengetahui apa yang sebenarnya yang terbuku di hati.

 

            Melalui pembelajaran minggu kedua ini, terdapat beberapa teori yang telah diperkenalkan. Selain itu, kita dapat juga mengetahui mengenai persamaan dan juga perbezaan antara teori-teori tersebut.

No comments:

Post a Comment