Saturday 31 July 2010

A133818 NURSUFIAH LJ02

    Kelas kali ini membincangkan mengenai struktur asas emosi. Darwin mengenengahkan teori emosi primari. Menurut (Kokoszka 1993), emosi primari adalah ciri-ciri dalaman manusia yang dialami serta diekspresikan dalam bentuk yang seragam di semua bangsa dan budaya. Dalam karyanya, "The Expression of the Emotions in Man and Animals" Darwin menjelaskan bahawa ekspresi wajah melambangkan emosi.
    Menurut (Rolls 1990), kesemua emosi yang wujud adalah gabungan antara emosi-emosi primari. Sementara itu, Plutchik mengatakan bahawa emosi boleh digambarkan dalam bahasa subjektif, tigkahlaku dan fungsian. Tomkin pula mengutarakan "Facial Feedback Theory".Sebagai contoh, kita akan senyum apabila berasa gembira. Walaubagaimanapun terdapat kritikan terhadap teori ini yang mengatakan bahawa senyum tidak semestinya membawa maksud gembira. Dalam kajian yang dilakukan oleh Scherer & Wallbott, mereka mendapati bahawa konsep kesejagatan emosi wajah di 37 buah negara dan 5 benua adalah mantap dan stabil. Selain itu,Izard yang memperkenalkan "Innate Facial Expression" mengatakan bahawa emosi boleh dizahirkan melalui ekspresi wajah.
     Walaubagaimanapun, kita perlu sedar bahawa emosi adalah sesuatu yang semulajadi. Semua orang memiliki emosi. Namun kita merpeluang mempelajari cara-cara untuk mengawal emosi dan bertindak dalam lingkungan batasan yang rasional melalui pengalaman-pengalaman yang dapat diraih sepanjang proses kehidupan.
Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment