Friday 23 July 2010

A133501 JANNAH LJ01

Sepanjang saya mengikuti kelas pengurusan emosi ini,pelbagai kelebihan saya terima. Saya kini lebih mengenali emosi saya. Disamping itu, emosi keluarga, rakan-rakan dan disekeliling saya turut mempengaruhi kehidupan saya seharian. Pada minggu sebelum ini, saya didedahkan dengan definisi emosi dan juga timbulnya juga persoalan adakah emosi sama dengan perasaan dan adakah perasaan sama dengan emosi? Adakah emosi berkait rapat? Jadi, definisi emosi menurut Kleinginna & Kleinginna ialah interaksi yang kompleks diantara subjektif dan factor objektif yang juga melibatkan sistem hormon seseorang. Selain itu, emosi terdapat 4 komponen yang penting iaitu perasaan( feeling state), proses kognitif ( cognitive process), perubahan fisiologi ( physiological changes) dan tingkahlaku berkaitan ( associated behaviour). Sebagai contoh ialah dari pengalaman yang saya ingin kongsikan kepada anda. Pada tahun lepas, saya balik ke bilik kediaman saya. Ketika itu sudah lewat malam jadi saya bergegas ke bilik saya. Semasa saya sampai di depan bilik saya, saya dapati bilik saya gelap dan seperti tidak ada orang. Jadi, saya cuba mendekatkan telinga ke pintu bilik untuk mengenal pasti mana-mana suara yang ada didalam bilik itu. Malangnya, tiada suara yang kedengaran. Saya terus berpeluh di seluruh anggota badan saya dan jantung berdegup kencang. Oleh disebabkan saya ingin ingin tahu apa yang telah berlaku didalam bilik saya,saya terus memasukkan kunci ke tombol pintu tersebut. "Surprise..!!". Alangkah terkejutnya saya apabila rakan-rakan bilik saya menjerit sebegitu kuat kepada saya. Dalam keadaan yang tergamam, saya terlihat ada kek beserta lilin di tangan salah seorang rakan saya itu. Rupa-rupanya, mereka telah membuat kejutan untuk hari ulangtahun saya. Jadi, apa yang boleh dikaitkan dengan emosi ialah perasaan cemas dimana saya mendapati bilik saya gelap dan sunyi. Proses kognitif telah berlaku ketika saya cuba mendengar mana-mana suara yang mungkin boleh kedengaran. Selain daripada itu, perubahan fisiologi turut berlaku  apabila tangan saya berpeluh dan jantung saya bedegup laju setelah mengetahui tiada orang didalam bilik itu. Tingkahlaku berkaitan timbul apabila tergamam dan terpaku setelah dikenakan kejutan ulangtahun itu. Disini, kita boleh nampak turutannya. Saya juga turut diperkenalkan dengann pelbagai emosi dalam pelbagai situasi. Emosi ada positif dan juga negatifnya. Emosi yang positif adalah lebih kepada yang baik dan disenangi. Sebagai contoh,lelaki yang kita minat itu dimarahi pensyarah kerana sikapnya yang suka tidur dalam kuliah. Kita yang meminati dia berasa simpati dan kasihan kepadanya. Kita mesti berpihak pada lelaki itu dan beranggapan dia tidak cukup tidur kerana sibuk menyiapkan kerja yang diberikan pensyarah. Dari situ, kita sudah emosi timbul iaitu kesian kepada dia. Emosi yang negatif pula adalah sesuatu yang jahat. Misalnya, kita terserempak dengan orang yang kita tidak suka. Perangainya yang gedik dan suka mendapat perhatian dari lelaki. Tiba-tiba, dia diherdik oleh seseorang lelaki di khalayak ramai. Lelaki itu mengatakan dia berfoya-foya. Dalam hati kecil saya akan berasa puas kerana pasti dia berasa malu dan dibenci. Kelas pengurusan emosi ini juga mengajar saya untuk mengukur tahap emosi seseorang. Terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan iaitu 'self-reports', 'direct observations', dan 'psychological indicators'. 'Self-reports' adalah cara yang agak senang untuk mengenali perasaan seseorang tersebut. Kita boleh menggunakan temuramah, edarkan soalan 'survey' dan pelbagai lagi. Walaubagaimana pun, cara ini boleh menimbulkan masalah diantara 2 pihak. Teknik 'direct observations' pula ialah dengan meneliti setiap tingkah lakunya. Ketika menanyakan apa masalah yang dihadapi, dia pasti bercerita dengan penuh kesungguhan. Perhatikan saja pada air mukanya, gaya mereka bercerita dan nada mereka. Semua itu adalah lambang kepada emosi tersebut. Selain daripada itu, 'psychological indictors' boleh digunakan. Kebiasaanya digunakan untuk penjenayah dalam memberikan apa sahaja maklumat. Kita boleh mengetahui kadar degupan jantung, kadar pernafasan dan pelbagai lagi. Tetapi pengesan penipu sebenarnya menipu dan sepatutnya tidak boleh diguna pakai lagi kerana tidak memberikan jawapan yang tepat tentang emosi pnjenayah tersebut.

No comments:

Post a Comment