Friday 23 July 2010

a132986 asmaa lj01

      minggu ini merupakan minggu kedua saya mengikuti kelas pengurusan emosi.saya memilih subjek ini kerana berpendapat bahawa pengurusan emosi yang baik merupakan salah satu kunci untuk menyesuaikan diri dalam kehidupan bermasyarakat.pada minggu ini saya telah mempelajari perbezaan antara emosi dan perasaan.emosi dan perasaan sebenarnya merupakan dua perkara yang berbeza.emosi ialah satu interaksi yang kompleks dalam faktor objektif dan subjektif yang terdiri dari 4 komponen iaitu, menimbulkan pengalaman, mencetuskan pemikiran, perubahan fisiologi dan juga tingkahlaku.perasaan hanyalah salah satu dari komponen emosi.
 
        menurut baron dan logan, emosi tidak dapat dipisahkan dari emosi.saya bersetuju dengan definisi tersebut berdasarkan pengalaman yang saya alami sendiri. semasa di matrikulasi, pengalaman mendapat keputusan yang kurang memuaskan dalam peperiksaan  merupakan motivasi kepada saya untuk berusaha dengan lebih gigih dalam pelajaran. emosi rasa kecewa yang saya alami telah menjadi pendorong kepada saya dan lebih mematangkan emosi saya. saya menjadi seorang yang lebih terbuka apabila menghadapi kegagalan.gagal dalam melakukan sesuatu perkara bukan bererti kita akan gagal selamanya.kegagalan itu sebenarnya pencetus kepada sesebuah kejayaan.pengalaman yang ada telah mengajar saya bahawa agar jangan terlalu kecewa apabila menempuh kegagalan, tapi bangun dan hadapi kegagalan itu.
 
        hasilnya, keputusan peperiksaan pada semester 2 juga lebih baik.saya juga menjadi seorang yang lebih yakin dan sanggup menghadapi cabaran hidup.di sini bukanlah keputusan peperiksaan yang menjadi ukuran tapi nilai-nilai positif yang dikutip sebagai bekalan untuk menghadapi cabaran di masa akan datang.
 
        saya juga belajar cara untuk mengukur emosi.banyak cara yang boleh dilakukan, contohnya seperti temuramah dan soal selidik.pemerhatian secara langsung juga merupakan salah satu cara untuk mengukur emosi, namun ianya agak subjektif kerana cara seseorang individu menilai emosi adalah berbeza dengan individu lain.
 
        itu antara apa yang saya belajar di minggu kedua. saya berharap agar kelas pengurusan emosi ini mampu membantu saya belajar untuk menguruskan emosi dengan betul.#
 
 

No comments:

Post a Comment