Thursday, 29 July 2010

A132516 Siti Zaharah LJ01

Emosi merupakan salah satu fitrah bagi seseorang manusia dalam menjalani kehidupan seharian.  Emosi  merupakan suatu perkara yang subjektif. Sesetengah emosi agak susah di ekspresikan melalui wajah seseorang seperti perasaan sayang, tenang dan bahagia. Namun, tidak dapt dinafikan juga bahawa kebanyakan emosi boleh di ekspresikan oleh wajah seperti marah, sedih, dan bosan.

            Terdapat beberapa komponen emosi iaitu perasaan, pemikiran, perubahan dan tingkah laku. Setiap komponen tersebut mempunyai kaitan antara satu sama lain. Hal ini kerana setiap perasaan yang ditonjolkan adalah berdasarkan pemikiran seseorang dan seterusnya akan berlaku perubahan dalam diri yang akhirnya diperlihatkan dengan tingkah laku yang bermacam-macam ragam. Setiap tingkah laku yang diperlihatkan oleh setiap orang adalah berbeza-beza berdasarkan suatu emosi yang sama. Contohnya, perasaan marah, tidak semua orang yang sedang mengalami emosi ini akan menengking seseorang dengan sesuka hati, ada juga yang hanya memendam perasaan itu di dalam hati. Namun, hakikat sebenarnya setiap orang patut mengawal setiap emosi dengan cara berhemah.

            Terdapat dua teori struktur dalam mengekspresikan emosi seseorang iaitu teori biological dan teori pembelajaran. Menurut teori Darwin's dalam bukunya, "The Expression of the Emotions in Man and Animals",  ekspresi wajah melambangkan emosi (sebab muka adalah yang senang dilihat, bukannya organ lain). Manakala, menurut Plutchik, Tomkins dan Izard, mereka bertiga telah mencapai satu persetujuan bahawa perasaan takut, meluat, marah,dan terperanjat adalah emosi primary yang bersifat adaptif. Sebenarnya, saya kurang arif dan faham tentang teori-teori yang diwujudkan oleh mereka.

            Kesimpulannya, emosi boleh digambarkan melalui ekspresi wajah dan tingkah laku seseorang.  Pada pandangan saya,  emosi ini adalah suatu perkara yang penting dalam menjalani kehidupan. Hal ini kerana emosilah yang boleh membuatkan diri kita dalam keadaan yang seragam sekiranya emosi itu dikawal dengan baik. Dalam islam, emosi boleh dikawal dengan beristighfar berulang kali dan membaca al-Quran bagi menenangkan jiwa.#


No comments:

Post a Comment