Friday 11 February 2011

A129032 muhammad suhail- Tajuk 2 struktur asas emosi

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Setelah lima minggu berlalu. Baru saya sedari bahawa jurnal bagi tajuk struktur asas emosi belum lagi dihantar. Jadi pada minggu ini, saya akan membincangkan satu persatu bagi tajuk struktur  asas emosi. Struktur emosi terbahagi kepada empat kompenen utama iaitu:

·           Perasaan

·           proses kognitif

·           perubahan fisiologi

·            tingkahlaku berkaitan

Dalam tajuk ini juga kami telah diajar beberapa teori yang telah diperkenalkan oleh tokoh-tokoh terdahulu. Antara teori-teori itu adalah:

·         Teori Asas Emosi daripada Darwin- ekspresi wajah melambangkan emosi seseorang kerana muka yang paling senang dilihat dan bukannya organ-organ lain.[ emosi primary ]

·         Teori Emosi Primari Plutchik- emosi boleh digambarkan dalam tiga bahasa yang berlainan iaitu bahasa subjektif, bahasa tingkah laku dan bahasa fungsian

·         Teori Maklum Balas Wajah daripada Tomkin- emosi itu terjadi daripada perbuatan individu tersebut. contohnya, senyum yang membuat emosi gembira timbul pada seseorang.[ "what cause what" ]

·         Teori Ekspresi wajah Semula Jadi daripada Izard- sesuatu yang semulajadi yang zahir sejak lahir bukannya dipelajari.

Emosi boleh digambarkan dalam tiga bahasa yang berbeza:

·         Subjective language – bahasa subjektif

·         Behavioral language – bahasa tingkahlaku

·         Functional language – bahasa fungsian

Bahasa Subjektif

          Ia adalah bahasa biasa bagi emosi

Contoh: takut, gembira dan sedih

 

Bahasa Tingkahlaku

·         Ia merujuk kepada apakah tindakan susulan dari emosi yang telah dirangsang

Contoh:

GEMBIRA – melompat kegirangan, senyum gembira

SEDIH – mengalirkan airmata

 

Bahasa fungsian

 

          Ia merujuk kepada fungsi emosi tersebut kepada seseorang.

          Ia juga merujuk kepada bagaimana emosi itu berperanan kepada individu

          Contoh:

        BERANI – memberinya keyakinan

        SEDIH – melambangkan akrabnya persahabatan

 

 

8 emosi asas

          Takut- FEAR

          Meluat- DISGUST

          Marah - ANGER

          Terperanjat - SURPRISE

          Gembira - JOY

          Sedih - SADNESS

          Terima – ACCEPTANCE

          CURIOSITY

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


No comments:

Post a Comment