Wednesday 27 July 2011

A131708 Janis Lioh Kee Ying LJ01

Ini ialah jurnal pertama saya bagi kursus pengurusan emosi. Kuliah hari ini merangkumi dua tajuk, iaitu 'Pengenalan Emosi' dan 'Struktur dan Expresi Emosi'. Sebelum menghadiri kuliah ini, pengetahuan saya tentang emosi adalah amat terhad. Namun, setelah bermulanya kuliah yang pertama hari ini, saya mengetahui tentang definisi emosi dan komponen-komponen utama emosi.

 

Menurut Kleiginna & Kleiginna (1981), emosi adalah sesuatu entiti yang kompleks dan merupakan interaksi antara faktor-faktor subjektif dan objektif. Faktor subjektif bergantung kepada kepercayaan seseorang berdasarkan fakta sebenar manakala objektif pula adalah keadaan yang mempengaruhi keputusan seseorang. Kedua-dua faktor ini  adalah saling berkaitan.

 

Emosi terbahagi kepada empat komponen yang utama, iaitu:

·         1. Perasaan

·         2. Proses kognitif

·         3. Perubahan fisiologikal

·         4. Tingkah laku berkaitan

 

Dalam tajuk ini juga kami telah diajar beberapa teori yang telah diperkenalkan oleh tokoh-tokoh terdahulu. Antara teori-teori itu adalah:

·       (1) Teori Asas Emosi daripada Darwin - Ekspresi wajah melambangkan emosi seseorang kerana muka yang paling senang dilihat dan bukannya organ-organ lain.

·          (2) Teori Emosi Primari Plutchik - Emosi boleh digambarkan dalam tiga bahasa yang berlainan iaitu bahasa subjektif, bahasa tingkah laku dan bahasa fungsian.

Beberapa teori emosi tidak dapat diperkenalkan kepada kita pada kuliah hari ini disebabkan kesuntukan masa. Saya telah membaca nota kuliah yang telah diuploadkan di blog untuk memahami teori emosi yang lain.

·     (3) Teori Maklum Balas Wajah daripada Tomkin - Emosi itu terjadi daripada perbuatan individu tersebut. contohnya, senyum yang membuat emosi gembira timbul pada seseorang.[ "what cause what" ]

·         (4) Teori Ekspresi Wajah Semula Jadi daripada Izard - Sesuatu yang semula jadi yang zahir sejak lahir bukannya dipelajari.


Emosi juga boleh digambarkan dalam tiga bahasa yang berbeza:

·        Bahasa subjektif

Ia adalah bahasa biasa bagi emosi Contoh: takut, gembira dan sedih.

·         Bahasa tingkah laku

Ia merujuk kepada apakah tindakan susulan dari emosi yang telah dirangsang.

Contoh: GEMBIRA – melompat kegirangan, senyum gembira

   SEDIH – mengalirkan air mata

·         Bahasa fungsian

·         Ia merujuk kepada fungsi emosi tersebut kepada seseorang.

·         Ia juga merujuk kepada bagaimana emosi itu berperanan kepada individu

·         Contoh: BERANI – memberinya keyakinan

  SEDIH – melambangkan akrabnya persahabatan



Secara kesimpulannya, kursus pengurusan emosi akan membawa banyak faedah kepada kita. Mengetahui, mengawal dan mengurus emosi adalah sangat penting bagi setiap orang, kita boleh mengelakkan diri daripada pelbagai kesan negatif yang disebabkan oleh pengurusan emosi yang tidak wajar dengan mengaplikasilan ilmu yang diperolehi. Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment