Sunday 3 October 2010

A127070 SAKINAH LJ10

            Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Dr. Zamri dan rakan-rakan sekalian. Pada minggu ini, kami diberi kuliah tentang tajuk Kebijaksaan Emosi. Tajuk kuliah yang diberikan tidak dapat memberi gambaran kepada saya tentang apakah yang ingin disampaikan dalam isi kuliah tersebut. Namun begitu, setelah pensyarah kami membuat penerangan yang jelas beserta dengan contoh yang agak menarik, saya semakin paham dengan apa yang dikatakan dengan kebijaksaan emosi. Kebijaksanaan emosi merujuk kepada bagaimana individu mengawal dan mempengaruhi emosi mereka sendiri dan bagaimana mereka mempengaruhi perasaan orang lain.

            Kuliah pada minggu ini dimulakan dengan kuiz yang agak menarik iaitu kami diminta untuk menjawab tentang rupa yang dipamerkan oleh gambar yang ditunjukkan. Ketepatan seseorang menilai ekspresi wajah itu menentukan bahawa individu itu mudah mengenali emosi seseorang berdasarkan ekspresi muka.

            Seperti mana yang kita sedia maklum, terdapat beberapa fakta tentang emosi. Antaramua ialah emosi dapat dikenalpasti melalui mimik wajah & dari intonasi suara, sifat emosi berubah-ubah mengikut situasi, emosi mempunyai darjah intensiti, intensiti emosi berubah mengikut tempat, adaptation Level Theory – emosi boleh berubah dengan cepat serta ingatan dan emosi sangat berkaitan. Selain itu, emosi juga merupakan pendorong kepada tingkahlaku. Sebagai contoh, saya pernah melalui keadaan yang sama. Apabila saya merasa sedih, saya biasanya akan terdorong untuk menangis dan mendengar lagu. Keadaan ini merupakan tindak balasa daripada emosi yang saya alami. Situasi juga boleh mengubah emosi. Sekiranya kita merasa sedih, emosi sedih itu boleh bertukar menjadi gembira apabila kita berada di samping rakan-rakan yang sentiasa menghiburkan. Keadaan inilah yang dikatakan sebagai emosi berubah mengikut situasi.

            Di samping itu, emosi juga dikatakan lebih kepada wanita. Hal ini menunjukkan bahawa perempuan lebih dipengaruhi oleh kandungan emosional - saran yang serasi dengan penemuan bahawa perempuan dan lelaki cenderung untuk merekodkan pengalaman emosional di pelbagai bahagian otak. Pada wanita, tampaknya bahawa penilaian pengalaman emosi dan pengekodan dari memori jauh lebih terintegrasi.

            Dalam tajuk ini juga, pensyarah turut menerangkan tentang Model El. Model ini mengatakan bahawa kemampuan untuk memahami emosi, menyepadukan emosi untuk memudahkan pemikiran, memahami emosi, dan menetapkan emosi untuk meningkatkan pertumbuhan peribadi. Konsep model ini ialah emosi sebagai sumber maklumat berguna membantu memahami persekitaran sosial. Model ini turut mencadangkan bahawa individu berbeza dari segi kemampuan memproses maklumat tentang tabii emosi dan kemampuan menghubungkan pemprosesan emosi kepada kognisi yang lebih luas. Kemampuan ini dapat dilihat dalam tingkahlaku penyesuaian (adaptive behaviors). Terdapat 4 jenis kemampuan dalam EQ iaitu mengenal pasti emosi, menggunakan emosi, memahami emosi, dan mengurus emosi.

            Terdapat sesetengah orang yang menghadapi masalah 'alexithymia' atau kekosongan emosi. Mereka tidak tahu apakah emosi yang sedang dialami diri dan tidak dapat menunjukkan emosi diri. Sebagai contoh, seseorang yang sedang mengalami tekanan emosi tidak tahu apakah perasaan yang dirasai. Hal ini kerana, individu tesebut biasanya tidak dapat berfikir dengan baik dan mengalami masalah dalam pengurusan emosi.

            Kesimpulannya, kebijaksaan emosi merupakan satu aspek dalam diri yang perlu ada dalam setiap individu. Individu yang pandai menguruskan emosi akan mempunyai kehidupan yang lebih baik dan bermakna.


No comments:

Post a Comment