Monday 23 August 2010

Proposal Kumpulan Delight

Tajuk

Tajuk yang telah dipilih oleh kumpulan kami,Delight ialah Bagaimana seorang mahasiswah menangani masalah emosi sedih.

Tujuan Kajian

Terdapat beberapa tujuan utama yang ingin kami capaikan semasa melakukan kajian ini.

1.      Bagi mengetahui kaedah-kaedah masasiswah mengangani masalah emosi sedih dengan effektif

2.      Bagi mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh mereka apabila menguruskan emosi sedih.

3.      Mengetahui adakah sesiapa yang dapat menbantu mereka semasa menghadapi masalah emosi sedih.

 

Rasional

            Seperti yang kita tahui, mahasiswa sentiasa akan menghadapi pelbagai jenis tekanan dalam penbelajaran dan aktiviti yang disertai mereka. Oleh itu, mereka amat memerlukan kaedah-kaedah yang effektif bagi mengurangkan tekanan mereka agar kehidupan dalam universiti mereka lebih selesa.Sebagai contoh, mahasiswah sentiasa akan menghadapi masalah semasa mereka terlibat dalam proses menganjurkan program-program. Masalah yang sentiasa wujudnya emosi sedih seperti kegagalan mencapai matlamat yang ditetapkan. Selain itu, emosi yang sedih juga wujud apabila mahasiswah mengalami kegagalan dalam bidang akademik mereka. Hal ini disebabkan ibu bapa telah mengharapkan mereka untuk berjaya mendapatkan ijazah mereka. Tambahan pula, sebilangan ibu bapa memberi tekanan yang melampau terhadap mereka dan mengakibatkan mereka rasa tertekan maka emosi sedih turut wujud. Biasanya, kebanyakan mahasiswah tidak rela meluahkan perasaan mereka kepada rakannya dan juga tidak mahu berjumpa dengan kaunselor walaupun perkhidmatan ini telah disediakan oleh pihak universiti. Hal sedemikian disebabkan mahasiswah berpendapat serong bahawa perjumpaan dengan kaunselor adalah sesuatu perkara yang memalukan mereka. Lama kelamaan, jika emosi sedih ini tidak dapat diatasi maka ia akan menyebabkan sesuatu penyakit kepada mereka. Di samping itu, emosi sedih juga disebabkan oleh masalah yang berkaitan dengan percintaan. Kesan dari masalah percintaan ini amat serius. Hal ini dapat dibuktikan bahawa adanya masasiswah sanggup untuk menbunuh diri atas sebab konflik yang berlaku antara mereka sendiri dan juga pasangannya. Jadi, kita sepatutnya menguruskan perasaan sedih dengan berkesan agar tragedi tidak diingini berlaku.

  

 

Kaedah Kajian

            Kaedah kajian yang dipilih oleh kumpulan kami adalah melalui kaedah temu bual. Dengan menggunakan kaedah ini, kumpulan kami  dapat memahami situasi yang dialami oleh mahasiswah dengan lebih mendalam. Selain itu, sekiranya kami mempunyai sebarang masalah atau pertanyaan, kami dapat bertanya mahasiswah yang kita temu bual secara langsung agar informasi yang kita dapat tidak berlaku sebarang kesilapan dan kesalahfahaman. Dengan menggunakan rakaman video, kami dapat merakamkan ekspresi muka mahasiswah supaya emosi pada ketika itu dapat kami rasai. Selain itu, bagi merasai apa yang dia berasa, kami akan mengkaji tingkah laku mahasiswah supaya kami dapat menjalankan projek kami dengan lebih lancar. Selain itu, kami juga menyediakan boring soal selidik bagi mahasiswa supaya memahami biodata mahasiswa. Di samping itu, kami juga menyediakan beberapa soalan yang akan dikemukakan semasa temu bual. Persediaan ini adalah untuk proses temu bual dijalankan dengan lebih licin dan tidak menbuangkan masa kedua-dua pihak.

 

Jangkaan dapatan

            Melalui perbincangan dan pertimbangan dengan ahli kumpulan kami, kami telah mengeluarkan satu idea, iaitu mahasisiwa kurang cekap dalam menguruskan emosi mereka seperti perasaan sedih. Ketika mereka disoal bagaimana mereka berasa tentang sesuatu, mereka hanya memyorokkan perasaan mereka dan memberi senyuman yang bukan ikhlas daripada hatinya. Akhirnya, mereka akan melakukan pelbagai perbuatan yang negatif seperti merosakkan harta benda universiti, menconteng, merokok, dan lain-lain untuk meluahkan perasaan mereka. Namun demikian, kami harus mencari beberapa cara untuk menangani perasaan emosi kami dengan baik dan berkesan. Cara-cara tersebut merupakan:

 

1.      Melancong 

Melancong ke tempat lain membolehkan mahasiswa mengalami dan merasai perkara-perkara yang baru seperti budaya yang baru. Dengan kaedah ini, mahasiswa dapat mempelajari sesuatu yang baru dan dapat menenangkan pemikiran supaya perasaan sedih akan hilang.

 

2.      Agama

Dengan bersembahyang dan membaca kitab-kitab suci agama dapat menenangkan emosi mahasisiwa. Mahasiswa juga dapat sentiasa ingat dengan ajaran-ajaran agama.

Kami juga menyangka bahawa mahasiswa akan menghadapi pelbagai cabaran semasa menangani perasaan emosi sedih. Jadi, mahasiswa harus bersifat tabah dalam pengurusan emosi supaya dapat mengelakkan diri sendiri daripada tertekan dan terus berjaya dalam kehidupan mereka di universiti.

 

Kami juga menyangka bahawa mahasiswa akan menghadapi pelbagai cabaran semasa menangani perasaan emosi sedih. Jadi, mahasiswa harus bersifat tabah dalam pengurusan emosi supaya dapat mengelakkan diri sendiri daripada tertekan dan terus berjaya dalam kehidupan mereka di universiti.

No comments:

Post a Comment