Sunday 22 August 2010

A132516 ct zara LJ05

Assalamualaikum...
    Pada 18 Ogos 2010 jam 4.00-7.00 petang, saya telah menghadiri kuliah pengurusan emosi buat kali ke-5. Kuliah kali ini membincangkan tajuk ke-5 iaitu teori-teori fisiologikal, kognitif dan psikoanalitik. Tajuk kali ini sebenarnya agak memeningkan kepala saya kerana istilahnya yang agak sukar di fahami. Walau bagaimanapun, saya akan cuba untuk mengulaskan sedikit apa yang saya faham dalam tajuk kali ini.
    Ketiga-tiga teori di atas adalah merupakan suatu pengalaman emosi. Komponen pertama ialah teori fisiologikal iaitu emosi yang dihasilkan oleh otak dan sistem saraf. Terdapat tiga pendapat teori berkenaan teori fisiologikal iaitu teori James-Lange, teori Cannon-Bard, dan fisiobiologikal approches. Teori James-Lange(JLT) teori adalah teori yang paling awal dan William James merupakan pengasasnya. James telah membuat satu hipotesiss iaitu reaksi fisiologi terhadap ransangan yang akan mencetuskan emosi. Beliau membuat satu teori di mana jika berlaku suatu situasi, ia akan di susuli dengan reaksi tubuh kemudian baru emosi. Manakala, teori Cannon-Bard(CBT) pula diasaskan oleh dua orang iaitu Cannon dan Phillip Bard. Mereka berdua telah menentang teori JLT. Mereka mengatakan emosi kita yang akan tentukan reaksi tubuh badan bila suatu ransangan berlaku. Contohnya, apabila kita ternampak harimau di dalam hutan ketika mengembara, kita akan dapat merasa ada suatu perangsang yang akan membuatkan kita berasa takut dan menyebabkan kita lari lintang pukang. Teori terakhir ialah teori fisiolobiologikal. Teori ini pula di asaskan oleh Jack Panksepp. Beliau telah mencadangkan 4 emosi asas iaitu takut, marah, cemas, dan pengharapan. Setiap satu emosi yang dikemukakan datang daripada sistem otak. Keempat-empat emosi ini berkait antara satu sama lain utuk menghasilkan emosi yang lain. Panksepp juga mengenalpasti yang sistem emosi asas ini berteraskan struktur di dalam sistem limbic.
    Komponen kedua, teori kognitif iaitu kognitif yang mempunyai peranan utama dalam menghasilkan dan memimpin emosi. Teori kognitif ini terdiri daripada Schachter's kognitif labeling, misattribution, pemindahan excitation, dan kognitif appraisal. Kognitif labeling teori Schahter ialah tindak balas fisiologi yang menglabelkan kognitif melalui situasi. Manakala, misattribution adalah berkaitan dengan satu sumber misattribut yang lain. Pemindahan keterujaan adalah berkaitan dari satu sumber yang mempengaruhi perkara lain yang tidak berkaitan dengan kognitif dan reaksi. Terakhir, teori kognitif appraisal adalah peranan daripada faktor kognitif(berfikir, belajar, kenangan dan penerimaan) dalam pengalaman emosi.
    Komponen terakhir ialah teori fisioanalitik yang bermaksud pengalaman emosi yang menghasilkan proses yang tidak stabil.
    Kesimpulannya, setiap emosi yang terhasil adalah berbeza bagi setiap orang. Hal ini kerana ada orang yang boleh mengesan sesuatu dengan pantas dan ada yang tidak. Pada pendapat saya, emosi-emosi ini sebenarnya terhasil dengan sendirinya tanpa kita sedari.
Sekian. Wassalam.

No comments:

Post a Comment