Friday 30 July 2010

A128283 HAFIZAH ABDULLAH LJ02

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

 Dalam kuliah Pengurusan Emosi  yang ketiga pada waktu dan jam yang sama iaitu hari Rabu, 28 Julai 2010, pensyarah telah mengajar kami mengenai Struktur Asas Emosi yang membincangkan definisi sebenar dan beberapa asas emosi sekaligus diterapkan dengan teori-teori yang menyokong teori asas emosi yang dikemukakan oleh Charles Darwin.

                Menurut Darwin dalam Teori Emosinya, mengatakan emosi terdiri dari emosi asas yang dikenali sebagai emosi primary (Primary Emotion) yang merupakan ciri-ciri dalaman manusia yang dialami serta diekspresikan dalam bentuk yang seragam oleh pelbagai bangsa dan budaya di dunia ini. Seterusnya, dalam bukunya yang bertajuk "The Expression of The Emotions in Man and Animals", Darwin menyatakan bahawa organ yang paling mudah untuk mengenal pasti emosi seseorang ialah melalui muka yang melambangkan ekspresi wajahnya. Teori ini lebih meyakinkan kerana kajian soal selidik yang mengandungi 16 soalan tentang emosi telah dijalankan terhadap  tiga bangsa yang berbeza-beza  dan didapati jawapannyadi antara mereka adalah sama. Namun demikian, emosi primary ini juga mengandungi kebaikan dan keburukannya. Kita bicarakan dahulu mengenai kebaikannya; pertama,system saraf dan struktur neural mampu untuk mengekspresikan beberapa emosi dan mempunyai tiga karakteristik iaitu innate neural substrate; universal, crossing all cultures dan unique feeling states. Manakala, keburukannya pula ialah, tiada perkara lain seperti emosi primary dan unsur asas untuk membangkitkan emosi. Sebagai contoh, kegembiraan mencakupi tiga elemen manakala keresahan pula mempunyai empat elemen. Emosi primary ini adalah ciri-ciri dalaman manusia yang dialami serta diekspresikan dalam bentuk yang sama atau seragam pada semua bangsa dan budaya (Kokoszka, 1993). Manakala kebanyakan teorist seperti Robert Plutchik, Silvan Tomkins, Caroll Izard dan Paul Ekman  mengatakan emosi primary menerbitkan atau dengan kata lain mempengaruhi emosi-emosi lain.

                Emosi primari menyatakan emosi adalah bersifat adaptif. Kesemua emosi yang wujud adalah kombinasi gabungan antara emosi-emosi primari (Rolls, 1990). Teori yang kedua yang dipelajari daripada kelas pengurusan emosi adalah teori dari tokoh yang terkemuka iaitu Plutchik's Primary Emotion Theory. Teori Plutchik's terdapat 3 bahagian yang utama iaitu bahagian yang pertama "Language of emotion", bahagian yang kedua "Basic adaptive reactions" dan bahagian yang terakhir ialah "Dimensions of emotion". Pada bahagian yang pertama iaitu "Language of emotion" yang boleh digambarkan dalam 3 bahasa yang berbeza iaitu "subjective language " bahasa subjektif, "behavioral language" bahasa tingkahlaku dan "functional language" bahasa fungsian. Dalam menghuraikan bahasa yang berbeza bahasa subjektif adalah bahasa yang biasa bagi emosi. Contohnya seperti perasaan takut, gembira dan sedih. Seterusnya ialah Bahasa tingkahlaku  yang merujuk kepada tindakan susulan dari emosi yang telah dirangsang. Sebagai contoh, apabila seseorang itu gembira, dia akan tersenyum gembira dan melompat kegirangan; manakala,seseorang itu akan menangis atau mengalirkan air matanya apabila dia berada dalam kesedihan. Bahasa Fungsian pula merujuk kepada fungsi emosi tersebut kepada seseorang dan merujuk kepada bagaimana emosi berperanan kepada individu. Sebagai contoh, apabila seseorang itu berani, dia akan menyalurkan keyakinannya kepada orang lain dan seseorang itu akan bersama-sama mengharungi susah dan senang yang melambangkan keakraban sesebuah persahabatan.

Kesimpulannya, emosi banyak mempengaruhi sifat seseorang. Kadangkala, emosi juga dapat mengubah tingkah laku seseorang tanpa kita sedari. Terdapat banyak persamaan dan perbezaan teori Darwin dan Plutchik. Sebagai manusia yang mempunyai pelbagai emosi kita seharusnya pandai mengawal perasaan dan sentiasa berada dalam keadaan yang rasional.

Sekian La Tahzan…

No comments:

Post a Comment