Thursday, 26 August 2010

A127070 Sakinah LJ06

            Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Encik Zamri dan rakan-rakan sekalian. Pada minggu ini, tajuk kuliah kami berkisar kepada teori-teori seperti Teori Aras Adaptasi dan Teori Solomon. Konsep asas Teori Aras Adaptasi mengatakan bahawa kita bertindak balas terhadap rangsangan baru berdasarkan tahap adaptasi kita pada masa kini. Teori ini merupakan teori yang lebih umum berkaitan dengan tingkah laku manusia. Aras adaptasi seseorang ialah fungsi aras neutral semasa individu tersebut bergantung kepada situasi rancangan yang khusus. Secara umumnya, kita menentukan titik neutral atau titik adaptasi untuk setiap satu daripada simulasi yang pelbagai. Apabila terdapat rangsangan luar masuk, kita akan membandingkan rangsangan luar ini dengan titik adaptasi sama ada ia lebih tinggi atau lebih rendah.

            Contoh yang sesuai ialah melalui pendengaran terhadap bunyi sekeliling. Cuba kita dengarkan bunyi di sekeliling dan sekiranya bunyi itu tidak kuat dan tidak juga perlahan, maka ia sebenarnya menghampiri titik adaptasi kita terhadap intensiti bunyi. Minda kita biasanya akan mentakrifkan bunyi yang berintensiti lebih tinggi dari titik adaptasi sebagai bunyi yang kuat. Manakala bunyi yang berintensiti lebih rendah akan ditakrifkan sebagai bunyi yang perlahan. Konsep aras adaptasi ini juga boleh digunakan untuk menerangkan fenomena psikologi. Contoh terbaik dapat dilihat dalam hal pendapatan seseorang individu. Jika sekiranya seseorang bekerja sambil belajar, gaji individu tersebut adalah sebanyak RM10,000 setahun. Apabila dia tamat belajar, gajinya akan bermula dengan RM25,000 setahun. Pada masa itu, dia akan merasakan gajinya itu sangat tinggi berbanding aras adaptasinya iaitu RM10,000. Namun, setelah beberapa tahun kemudian, dia akan sedar bahawa gajinya pada ketika itu sangat rendah berbanding gaji barunya sekarang iaitu RM50,000. Hal ini berlaku kerana aras adaptasinya telah meningkat. Hal ini meningatkan saya tentang pengalaman saya semasa berada di sekolah dulu. Saya sering mendapat keputusan yang memuaskan tetapi tidak cukup baik bagi diri saya. Oleh itu, saya merasakan bahawa saya tidak akan merasa lebih bahagia selagi saya tidak mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang.

            Teori yang seterusnya ialah Teori Proses Berlawanan Solomon atau lebih dikenali sebagai Teori Solomon. Richard Solomon adalah tokoh yang memperkenalkan tentang teori ini. Beliau telah membawa Teori Aras Adaptasi maju selangkah ke hadapan dengan melihat kecenderungan emosi untuk jangka masa yang pendek selain daripda jangka masa yang panjang. Teori ini mencadangkan bahawa emosi bergerak menuju keseimbangan dengan bergerak ke arah titik neutral bukan saja untuk jangka masa yang panjang tetapi juga untuk jangka msa yang pendek. Secara spesifik, setiap emosi akan menyebabkan emosi yang bertentangan terhasil. Solomon turut mengatakan bahawa emosi pada peringkat pertamanya akan menerbitkan keadaan primari iaitu keadaan yang diperolehi bukan melalui pembelajaran tetapi lebih kepada tindak balas yang automatik. Keadaan primari ini seterusnya akan mencetuskan keadaan emosi yang bertentangan. Emosi yang bertentangan ini bermula lebih lambat daripada keadaan primari tetapi ia hanya bertahan lebih lama dan kekuatannya meningkat dengan pengulangan manakala keadaan primari pula akan menjadi lemah.

            Emosi yang positif biasanya akan diiringi dengan emosi yang negatif. Hal yang sebaliknya juga boleh berlaku. Sebagai contoh, sekiranya seseorang melakukan senaman, dia akan merasa bosan dan menyesal kerana melakukannya akibat kepenatan. Walaubagaimanapun, dia akan merasa gembira selepas itu kerana ia telah menyihatkan badannya sekaligus menjauhkannya daripda penyakit. Berdasarkan teori ini, saya dapat mengaitkannya dengan pengalaman saya iaitu semasa saya menerima tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke universiti. Pada mulanya, saya merasa gembira kerana berpeluang melanjutkan pelajaran ke universiti kerana ia adalah impian saya sejak sekolah menengah. Namun begitu, ia turut disertai dengan emosi negatif kerana saya merasa sedih untuk berpisah dengan keluarga dan juga bimbang tidak dapt menyesuaikan diri di tempat baru atas faktor tidak pernah tinggal di asrama dan tidak pernah berjauhan dengan keluarga. Kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa teori ini boleh diaplikasikan dalam pelbagai fenomena.

            Kesimpulannya, saya berpendapat bahawa isi kandungan kuliah pada minggu ini adalah ringkas tetapi penuh dengan maklumat yang bermanfaat. Pada mulanya, saya tidak begitu faham dengan Teori Aras Adaptasi tetapi setelah meneliti semula, saya mulai faham tentang maksudnya. Teori Solomon pula menyedarkan saya bahawa setiap peristiwa yang kita alami selalunya akan menghasilkan emosi negatif atau positif yang diikuti dengan emosi yang bertentangan sesuai dengan situasi tersebut. Sekian.


Wednesday, 25 August 2010

A121741 Mas Ayu LJ06

Minggu lepas aku belajar tentang teori-teori yang berkait rapat dengan pengalaman emosi. Ada tiga teori yang digunakan dalam menjelaskan pengalaman emosi ini. Teori pertama menekankan aspek fisiologikal, teori kedua menekankan aspek kognitif dan teori ketiga pula menekankan aspek psikologikal. Apabila membincangkan teori tersebut dan kaitannya dengan pengalaman emosi aku rasakan seperti aku membicarakan tentang isu telur dan ayam. Antara telur dan ayam yang mana satu datang dahulu? Analogi ini jelas mengambarkan teori fisiologi, JLT dan CBT yang melihat aspek emosi dan reaksi fisiologi. Semakin difikir keadaan ini kita seperti berkisar di titik yang sama. Tiada jawapan yang mutlak dalam menjelaskan keadaan tersebut. Berbeza pula dengan kuliah minggu ini. Teori aras adaptasi yang ku pelajari minggu ini dilihat lebih dekat dengan pengalaman individu dan bersifat realistik. Apabila aku fikir tentang idea yang diketengahkan dalam teori ini, aku tidak nafikan bahawa teori ini boleh memberi impak yang besar dalam menjelaskan adaptasi individu dengan perubahan persekitaran yang dialami dalam kehidupan.


Apabila membicarakan tentang proses adaptasi, aku teringat semasa aku di tahun satu dahulu. Perubahan persekitaran dan cara pembelajaran di sekolah dan universiti agak jauh berbeza. Transformasi dari alam sekolah ke universiti memerlukan aku berdepan dengan proses adaptasi. Pada peringkat awalnya aku agak jangkal, maklum sahaja di sini aku baru mengenali dunia universiti sebagai seorang mahasiswa. Aku kena peka dengan waktu bas, waktu kuliah dan bilik kuliah yang sentiasa bertukar. Aku juga perlu bijak menyesuaikan diri dengan kawan-kawan dan jenis tugasan yang diminta pensyarah bagi setiap subjek. Terasa asing di peringkat awalnya namun kini aku rasakan ianya adalah suatu yang biasa kerana itulah rutin sebagai mahasiswa universiti. Proses adaptasi itu berkait rapat dengan cara kita menyesuaikan diri dan sokongan persekitaran khususnya kawan-kawan. Titik neutral atau titik adaptasi yang dialami setiap individu berbeza mengikut cara setiap individu menyesuaikan diri dengan keadaan. Kadang-kadang ia juga berkait rapat dengan personaliti. Orang yang mudah mesra dikatakan mudah mengadaptasi dengan persekitaran baru berbanding orang yang kurang bercakap. Begitu juga dengan orang yang mudah berdikari. Mereka juga mudah mengadaptasi diri sesuai dengan tempat, masa dan situasi.


Jika seseorang individu mudah mengadaptasi dengan perubahan persekitaran mereka didapati lebih cepat bahagia dan kurang berasa tertekan berbanding dengan individu yang agak lambat mengadaptasi perubahan. Seorang pembuat kek yang mahir dan seorang pembuat kek yang baru belajar mengambil masa yang berbeza dalam menyiapkan jenis kek yang sama. Begitu juga dari aspek kualiti hiasan dan kekemasannya. Pembuat kek yang mahir mampu menyiapkan satu kek dalam masa yang singkat dan berkualiti. Semuanya kerana proses latihan dan pembelajaran yang berterusan. Kemahiran itu terbentuk hasil pengetahuan dan pengalaman. Elemen inilah yang memainkan peranan dalam menjelasakan proses adaptasi yang dialami dua orang pembuat kek tadi. Namun begitu, kita perlu ingat jika seseorang individu mengalami satu keadaan baru maka proses adaptasi juga akan berubah. Sebagai contoh pembuat kek yang mahir tadi ingin mencuba membuat satu jenis kek menggunakan resepi baru yang belum pernah dibuat sebelum ini maka dia juga mengambil masa yang lama seperti pembuat kek yang baru belajar tadi. Seseorang boleh mahir dalam sesuatu aspek kerana mereka telah mencapai titik adaptasi.Kepuasan seorang pembuat kek tidak akan pernah terhenti selagi dia tidak mengatasi kejayaan berhadapan dengan keadaan yang mengatasi titik neutralnya tadi. Aras adaptasi akan sentiasa menjadi titik neutral dan hanya sesuatu yang lebih tinggi daripada titik neutral sahaja yang mampu membuatkan individu itu bahagia.


Teori adaptasi mengatakan emosi akan menjadi seimbang dengan bergerak ke arah titik neutral untuk jangkamasa yang panjang. Menurut teori proses berlawanan yang dicadangkan oleh Richard Solomon, beliau mengatakan bahawa emosi bergerak menuju keseimbangan dengan bergerak ke arah titik neutral bukan sahaja untuk jangka masa panjang tetapi juga untuk jangka masa pendek. Menurutnya lagi setiap emosi akan menyebabkan emosi yang bertentangan timbul. Sebagai contoh, ketika majlis graduasi berlansung semua pelajar bermuka ceria kerana seronok telah tamatnya pengajian dan mendapat segulung ijazah. Pada masa tersebut perasaan gembira mengatasi perasaan takut tentang masa depan kerjaya masing-masing. Namun begitu sebulan selepas majlis graduasi aras perasaan takut lebih tinggi dan mengatasi aras perasaan gembira semasa majlis graduasi. Hal ini menjelaskan bahawa setiap emosi bertentangan akan wujud bersama bagi sesuatu keadaan namun arasnya sahaja berbeza. Apabila satu dari emosi bertentangan ini naik maka satu lagi emosi akan turun, begitu juga sebaliknya. Namun begitu, jika kita mengulangi pengalaman emosi yang sama maka kekuatan relatif emosi bertentangan akan naik. Sekiranya seseorang itu mengalami majlis graduasi kali kedua untuk memperoleh sarjana pula dia sudah dapat mengadaptasi perasaan takut tersebut. Pengalaman kali kedua ini menyebabkan dia lebih gembira kerana dia percaya ada peluang yang cerah untuk masa depannya hasil pengalaman lalu.

A134165 ONG YEE PIN LJ05

Pada 18hb Ogos 2010, saya telah menghadiri kuliah yang bertajuk "TEORI-TEORI FISIOLOGIKAL, KOGNITIF & PSIKOANALITIK".  Terdapat beberapa teori yang utama yang bersetuju dengan konsep emosi dibahagikan ke pada beberapa komponen, iaitu, perasaan subjektif, penilaian kognitif, ghairah fisiologi, ekspresi motor (gerakan tubuh) dan kecenderungan motivasi .

Physiologically oriented theories telah bibahagikan kepada 3 kategori, iaitu, James-Lange theory, Cannon-Bbard Theory dan Phychobiologic approches. Biasanya, Physiological theory memberi tumpuan kepada isu emosi adalah satu hasilan daripada otak dan sistem saraf. James –Lang Theory merupakan teori yang paling asas yang dikemukakan oleh William James pada tahun 1884. Pandangan ini disokong oleh Carl Lange pada tajun 1887 dan seterusnya teori ini dijadikankan James-Lange theory. James-Lange theory mencadangkan seseorang akan menghadapi situasi dahulu dan seterusnya mempunyai reaksi tubuh dan yang akhirnya munculnya emosi. Cannon-Bard Theory pula mengkritik James-Lang Theory dan mengatakan bahawa reaksi tubuh adalah lebih lambat daripada reaksi emosi. Seseorang hanya respon terhadap emosi atau perasaan yang merupakan sebahagian daripada pengalaman yang lepas. Selain itu, teori yang ketiga, iaitu Phychobiological  Theory yang dikemukakan oleh Jack Panksepp pada tahun 1982 dan 1992. Dalam teori ini, beliau telah menerangkan bahawa emosi asa adalah berkaitan dengan sistem saraf seseorang. Misalnya, terdapat 4 emosi asas lahir daripada penguasaan otak dan keempat-empat emosi asas ini berkaitan dengan satu sama lain.

Teori kognitif terbahagi kepada empat bahagian. Berdasarkan teori fisiologi, beberapa teori moden, fikiran mempunyai peranan utama dalam menghasilkan dan membimbing emosi.Teori-teori yang dicadangkan, yang terdiri daripada empat bahagian iaitu pertama Schachter's Pelabelan Teori Kognitif, misattribution,'transfer of excitation',dan 'Cognitive appraisal theories'. Schachter menerima JLT tetapi memperkenalkan label kognitif. Menurut teori  Schachter , apabila satu situasi berlaku, reaksi tubuh akan berlaku dan kemudian datangnya emosi dan penilaian kognitif.

 

"The Schachter- Singer Theory

 

In 1962, following suite with the tide of the "cognitive revolution" in the field of psychology, researchers Stanley Schachter and Jerome E. Singer devised a new theory of emotion that took into account the influence of cognitive factors. In their analysis Schachter and Singer noted that, with reference to the pervious physiological based theories, there remained the question of accounting for the fact that "the variety of emotion, mood and feeling states are by no means matched by an equal variety of visceral patterns." This "rather ambiguous situation" led the them to conclude "that cognitive factors may be major determinants of emotional states." [3] Considering this implication the researchers formulated what is known as the Schachter-Singer or Two Factor Theory of Emotion.

 

The theory thus presents a model of emotional experience based on cognitive labels in response to physiological excitation. In this theory the individual senses the particular emotional object of situation through the sense organs. An induced form of autonomic arousal then follows this perception. Accompanying this "general pattern of sympathetic excitation" is a specific cognitive label, which allows one to interpret "this stirred-up state in terms of the characteristics of the precipitating situation and one's apperceptive mass."  The theory also addresses the salience of feedback mechanisms, as "past experience provide the framework within which one understands and labels his feelings." "

Monday, 23 August 2010

Proposal Kumpulan Delight

Tajuk

Tajuk yang telah dipilih oleh kumpulan kami,Delight ialah Bagaimana seorang mahasiswah menangani masalah emosi sedih.

Tujuan Kajian

Terdapat beberapa tujuan utama yang ingin kami capaikan semasa melakukan kajian ini.

1.      Bagi mengetahui kaedah-kaedah masasiswah mengangani masalah emosi sedih dengan effektif

2.      Bagi mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh mereka apabila menguruskan emosi sedih.

3.      Mengetahui adakah sesiapa yang dapat menbantu mereka semasa menghadapi masalah emosi sedih.

 

Rasional

            Seperti yang kita tahui, mahasiswa sentiasa akan menghadapi pelbagai jenis tekanan dalam penbelajaran dan aktiviti yang disertai mereka. Oleh itu, mereka amat memerlukan kaedah-kaedah yang effektif bagi mengurangkan tekanan mereka agar kehidupan dalam universiti mereka lebih selesa.Sebagai contoh, mahasiswah sentiasa akan menghadapi masalah semasa mereka terlibat dalam proses menganjurkan program-program. Masalah yang sentiasa wujudnya emosi sedih seperti kegagalan mencapai matlamat yang ditetapkan. Selain itu, emosi yang sedih juga wujud apabila mahasiswah mengalami kegagalan dalam bidang akademik mereka. Hal ini disebabkan ibu bapa telah mengharapkan mereka untuk berjaya mendapatkan ijazah mereka. Tambahan pula, sebilangan ibu bapa memberi tekanan yang melampau terhadap mereka dan mengakibatkan mereka rasa tertekan maka emosi sedih turut wujud. Biasanya, kebanyakan mahasiswah tidak rela meluahkan perasaan mereka kepada rakannya dan juga tidak mahu berjumpa dengan kaunselor walaupun perkhidmatan ini telah disediakan oleh pihak universiti. Hal sedemikian disebabkan mahasiswah berpendapat serong bahawa perjumpaan dengan kaunselor adalah sesuatu perkara yang memalukan mereka. Lama kelamaan, jika emosi sedih ini tidak dapat diatasi maka ia akan menyebabkan sesuatu penyakit kepada mereka. Di samping itu, emosi sedih juga disebabkan oleh masalah yang berkaitan dengan percintaan. Kesan dari masalah percintaan ini amat serius. Hal ini dapat dibuktikan bahawa adanya masasiswah sanggup untuk menbunuh diri atas sebab konflik yang berlaku antara mereka sendiri dan juga pasangannya. Jadi, kita sepatutnya menguruskan perasaan sedih dengan berkesan agar tragedi tidak diingini berlaku.

  

 

Kaedah Kajian

            Kaedah kajian yang dipilih oleh kumpulan kami adalah melalui kaedah temu bual. Dengan menggunakan kaedah ini, kumpulan kami  dapat memahami situasi yang dialami oleh mahasiswah dengan lebih mendalam. Selain itu, sekiranya kami mempunyai sebarang masalah atau pertanyaan, kami dapat bertanya mahasiswah yang kita temu bual secara langsung agar informasi yang kita dapat tidak berlaku sebarang kesilapan dan kesalahfahaman. Dengan menggunakan rakaman video, kami dapat merakamkan ekspresi muka mahasiswah supaya emosi pada ketika itu dapat kami rasai. Selain itu, bagi merasai apa yang dia berasa, kami akan mengkaji tingkah laku mahasiswah supaya kami dapat menjalankan projek kami dengan lebih lancar. Selain itu, kami juga menyediakan boring soal selidik bagi mahasiswa supaya memahami biodata mahasiswa. Di samping itu, kami juga menyediakan beberapa soalan yang akan dikemukakan semasa temu bual. Persediaan ini adalah untuk proses temu bual dijalankan dengan lebih licin dan tidak menbuangkan masa kedua-dua pihak.

 

Jangkaan dapatan

            Melalui perbincangan dan pertimbangan dengan ahli kumpulan kami, kami telah mengeluarkan satu idea, iaitu mahasisiwa kurang cekap dalam menguruskan emosi mereka seperti perasaan sedih. Ketika mereka disoal bagaimana mereka berasa tentang sesuatu, mereka hanya memyorokkan perasaan mereka dan memberi senyuman yang bukan ikhlas daripada hatinya. Akhirnya, mereka akan melakukan pelbagai perbuatan yang negatif seperti merosakkan harta benda universiti, menconteng, merokok, dan lain-lain untuk meluahkan perasaan mereka. Namun demikian, kami harus mencari beberapa cara untuk menangani perasaan emosi kami dengan baik dan berkesan. Cara-cara tersebut merupakan:

 

1.      Melancong 

Melancong ke tempat lain membolehkan mahasiswa mengalami dan merasai perkara-perkara yang baru seperti budaya yang baru. Dengan kaedah ini, mahasiswa dapat mempelajari sesuatu yang baru dan dapat menenangkan pemikiran supaya perasaan sedih akan hilang.

 

2.      Agama

Dengan bersembahyang dan membaca kitab-kitab suci agama dapat menenangkan emosi mahasisiwa. Mahasiswa juga dapat sentiasa ingat dengan ajaran-ajaran agama.

Kami juga menyangka bahawa mahasiswa akan menghadapi pelbagai cabaran semasa menangani perasaan emosi sedih. Jadi, mahasiswa harus bersifat tabah dalam pengurusan emosi supaya dapat mengelakkan diri sendiri daripada tertekan dan terus berjaya dalam kehidupan mereka di universiti.

 

Kami juga menyangka bahawa mahasiswa akan menghadapi pelbagai cabaran semasa menangani perasaan emosi sedih. Jadi, mahasiswa harus bersifat tabah dalam pengurusan emosi supaya dapat mengelakkan diri sendiri daripada tertekan dan terus berjaya dalam kehidupan mereka di universiti.

Sunday, 22 August 2010

A128223 ROSIDI LJ05

Assalamualaikum,salam sejahtera dan salam 1 malaysia diucapkan kepada pensyarah saya iaitu Ahmad Zambri Bin Mansor dan rakan-rakan sekalian.Dari kuliah pertama hinggalah kuliah kelima tajuk kuliah dalam kursus ni semakin rumit dan mencabar,ini memerlukan saya memberi perhatian penuh di dalam kelas dan membuat sedikit ulangkaji untuk memahami setiap kuliah yang di ajarkan.Pada kuliah kelima iaitu pada hari rabu 18/8/2010,tajuk kuliah yang telah di ajar ialah bertajuk Teori-teori Fisiologikal Kognitif Dan Pisioanalitik.Lebih ringkas lagi,kuliah pada minggu ini menerangkan tentang bagaimana,sebab dan cara sesuatu emosi itu berlaku. Terdapat tiga pendekatan yang meyokong teori ini iaitu,James Large Theory(JLT),The Cannon Bard Theory(CBT),dan Psychobiologikal Theori.

 

James Large Theory (JLT),merupakan teori yang tertua,ianya di asaskan oleh dua orang tokoh yang bernama William James dan Carl Large pada tahun 1884,teori ini telah menerangkan apa yang berlaku dalam tubuh badan kita,contohnya apabila berada dalam situasi tertentu seperti dalam keadaan bahaya,seseorang itu akan menjadi berpeluh,dengupan jntung semakin kencang dan sebagainya,akibat dari perubahan ini akan menyebabkan munculnya emosi-emosi tertentu. Hal ini bermaksud sesuatu situasi meyebabkan reaksi tubuh badan dan barulah emosi datang selepasnya.Large pendapat perubahan vasomotor adalah emosi.

 

Bagi The Cannon Bard Theory(CBT),pula mendakwa yang sebaliknya.Teori ini mengatakan bahawa sistem organ bertindak perlahan. Apabila sesuatu ransangan itu berlaku,emosi atau tindakan kita akan berubah. Sesuatu maklumat yang diperolehi,akan cuba di sampaikan oleh amigdala iaitu sesuatu yang berhubung dengan emosi. Seterusnya akan berlaku perubahan dalam badan seseorang seperti berpeluh,jantung berdengup dengan pantas,dan lain-lain.selain itu teori kognitif pula mengatakan apa yang dilakukan oleh emosi,iaitu seperti tindakan. Dalam teori ini,emosi akan wujud selepas reaksi tubuh badan bersertakan dengan pemikiran kognitif ketika berhadapan dengan sesuatu situasi,tidak kira samada situasi negatif  atau positif.Dalam teori ini juga menperkenalkan Misattibution yang mengatakan ada sesetengah emosi manusia lahir akibat perkara-perkara yang tidak munasabah dan rasional. Perkara ini selalunya di kaitkan dengan

LJ05 ROSIDI

Assalamualaikum,salam sejahtera dan salam 1 malaysia diucapkan kepada pensyarah saya iaitu Ahmad Zambri Bin Mansor dan rakan-rakan sekalian.Dari kuliah pertama hinggalah kuliah kelima tajuk kuliah dalam kursus ni semakin rumit dan mencabar,ini memerlukan saya memberi perhatian penuh di dalam kelas dan membuat sedikit ulangkaji untuk memahami setiap kuliah yang di ajarkan.Pada kuliah kelima iaitu pada hari rabu 18/8/2010,tajuk kuliah yang telah di ajar ialah bertajuk Teori-teori Fisiologikal Kognitif Dan Pisioanalitik.Lebih ringkas lagi,kuliah pada minggu ini menerangkan tentang bagaimana,sebab dan cara sesuatu emosi itu berlaku. Terdapat tiga pendekatan yang meyokong teori ini iaitu,James Large Theory(JLT),The Cannon Bard Theory(CBT),dan Psychobiologikal Theori.

 

James Large Theory (JLT),merupakan teori yang tertua,ianya di asaskan oleh dua orang tokoh yang bernama William James dan Carl Large pada tahun 1884,teori ini telah menerangkan apa yang berlaku dalam tubuh badan kita,contohnya apabila berada dalam situasi tertentu seperti dalam keadaan bahaya,seseorang itu akan menjadi berpeluh,dengupan jntung semakin kencang dan sebagainya,akibat dari perubahan ini akan menyebabkan munculnya emosi-emosi tertentu. Hal ini bermaksud sesuatu situasi meyebabkan reaksi tubuh badan dan barulah emosi datang selepasnya.Large pendapat perubahan vasomotor adalah emosi.

 

Bagi The Cannon Bard Theory(CBT),pula mendakwa yang sebaliknya.Teori ini mengatakan bahawa sistem organ bertindak perlahan. Apabila sesuatu ransangan itu berlaku,emosi atau tindakan kita akan berubah. Sesuatu maklumat yang diperolehi,akan cuba di sampaikan oleh amigdala iaitu sesuatu yang berhubung dengan emosi. Seterusnya akan berlaku perubahan dalam badan seseorang seperti berpeluh,jantung berdengup dengan pantas,dan lain-lain.selain itu teori kognitif pula mengatakan apa yang dilakukan oleh emosi,iaitu seperti tindakan. Dalam teori ini,emosi akan wujud selepas reaksi tubuh badan bersertakan dengan pemikiran kognitif ketika berhadapan dengan sesuatu situasi,tidak kira samada situasi negatif  atau positif.Dalam teori ini juga menperkenalkan Misattibution yang mengatakan ada sesetengah emosi manusia lahir akibat perkara-perkara yang tidak munasabah dan rasional. Perkara ini selalunya di kaitkan dengan wanita kerana wanita akan menpunyai emosi yang tidak menentu apabila datang bulan.Emosi

A132516 ct zara LJ05

Assalamualaikum...
    Pada 18 Ogos 2010 jam 4.00-7.00 petang, saya telah menghadiri kuliah pengurusan emosi buat kali ke-5. Kuliah kali ini membincangkan tajuk ke-5 iaitu teori-teori fisiologikal, kognitif dan psikoanalitik. Tajuk kali ini sebenarnya agak memeningkan kepala saya kerana istilahnya yang agak sukar di fahami. Walau bagaimanapun, saya akan cuba untuk mengulaskan sedikit apa yang saya faham dalam tajuk kali ini.
    Ketiga-tiga teori di atas adalah merupakan suatu pengalaman emosi. Komponen pertama ialah teori fisiologikal iaitu emosi yang dihasilkan oleh otak dan sistem saraf. Terdapat tiga pendapat teori berkenaan teori fisiologikal iaitu teori James-Lange, teori Cannon-Bard, dan fisiobiologikal approches. Teori James-Lange(JLT) teori adalah teori yang paling awal dan William James merupakan pengasasnya. James telah membuat satu hipotesiss iaitu reaksi fisiologi terhadap ransangan yang akan mencetuskan emosi. Beliau membuat satu teori di mana jika berlaku suatu situasi, ia akan di susuli dengan reaksi tubuh kemudian baru emosi. Manakala, teori Cannon-Bard(CBT) pula diasaskan oleh dua orang iaitu Cannon dan Phillip Bard. Mereka berdua telah menentang teori JLT. Mereka mengatakan emosi kita yang akan tentukan reaksi tubuh badan bila suatu ransangan berlaku. Contohnya, apabila kita ternampak harimau di dalam hutan ketika mengembara, kita akan dapat merasa ada suatu perangsang yang akan membuatkan kita berasa takut dan menyebabkan kita lari lintang pukang. Teori terakhir ialah teori fisiolobiologikal. Teori ini pula di asaskan oleh Jack Panksepp. Beliau telah mencadangkan 4 emosi asas iaitu takut, marah, cemas, dan pengharapan. Setiap satu emosi yang dikemukakan datang daripada sistem otak. Keempat-empat emosi ini berkait antara satu sama lain utuk menghasilkan emosi yang lain. Panksepp juga mengenalpasti yang sistem emosi asas ini berteraskan struktur di dalam sistem limbic.
    Komponen kedua, teori kognitif iaitu kognitif yang mempunyai peranan utama dalam menghasilkan dan memimpin emosi. Teori kognitif ini terdiri daripada Schachter's kognitif labeling, misattribution, pemindahan excitation, dan kognitif appraisal. Kognitif labeling teori Schahter ialah tindak balas fisiologi yang menglabelkan kognitif melalui situasi. Manakala, misattribution adalah berkaitan dengan satu sumber misattribut yang lain. Pemindahan keterujaan adalah berkaitan dari satu sumber yang mempengaruhi perkara lain yang tidak berkaitan dengan kognitif dan reaksi. Terakhir, teori kognitif appraisal adalah peranan daripada faktor kognitif(berfikir, belajar, kenangan dan penerimaan) dalam pengalaman emosi.
    Komponen terakhir ialah teori fisioanalitik yang bermaksud pengalaman emosi yang menghasilkan proses yang tidak stabil.
    Kesimpulannya, setiap emosi yang terhasil adalah berbeza bagi setiap orang. Hal ini kerana ada orang yang boleh mengesan sesuatu dengan pantas dan ada yang tidak. Pada pendapat saya, emosi-emosi ini sebenarnya terhasil dengan sendirinya tanpa kita sedari.
Sekian. Wassalam.

A134393 Yanzur LJ02

          Macam biasa, pada petang Rabu aku berada di dalam bilik kuliah 510 di FSSK untuk kuliah Pengurusan Emosi. Walaupun dalam keadaan kelas yang tak berapa rasa sangat air-cond dia ni, aku tetap di sini untuk mempelajari topik Pengurusan Emosi yang seterusnya. Huhu..cam bagos je.

   

         Tajuk kuliah kali ni ialah tentang pengalaman emosi. Ada tiga teori yang dibincangkan dalam tajuk ni iaitu teori fisiologikal, kognitif, dan psikoanalitik. Bunyinya agak menarik dan dapat mengurangkan rasa mengantuk aku yang tiba-tiba datang tanpa dijemput ni. Teori fisiologikal mengutarakan bahawa emosi pada asasnya lahir daripada otak dan sistem saraf dan ia berasal daripada reaksi fisiologi terhadap ransangan. Tiga pendekatan utama yang menyokong teori ni adalah James-Lang, Cannon-Bard dan psychobiological approaches. Teori James-Lang(JLT) yang dikemukakan oleh William James pada tahun 1884 merupakan teori yang paling awal dalam pegalaman emosi. Disebabkan JLT ni telah disokong oleh Carl Lange, oleh itu ia dikenali dengan nama James-Lang Theory. Hipotesisnya mengatakan bahawa reaksi fisiologi terhadap ransangan yang akan mencetuskan emosi. Ini bermaksud bila kita berdepan dengan suatu situasi, badan kita akan bagi reaksi dulu lepas tu barulah emosi akan terhasil.


          Teori Cannon-Bard(CBT) pula menyatakan yang sebaliknya. Emosi kita yang akan tentukan reaksi tubuh badan bila suatu ransangan berlaku.  Contohnya, kalau aku nampak anjing besar, aku akan rasa takut sangat-sangat. Jadi aku pun lari dengat sekuat hati untuk selamatkan diri. Inilah yang dimaksudkan oleh CBT. Kita akan rasakan emosi dan perubahan fisiologi dalam masa yang sama. Reaksi emosi merupakan proses yang cepat bertindak menurut sesuatu rangsangan. Hal ini merupakan satu penyangkalan kepada JLT oleh Cannon dan Bard. Kedua-dua teori JLT dan CBT yang bercanggah ini cukup untuk membuatkan aku keliru. Tak tahu mana satu teori yang lebih tepat. Kedua-duanya macam bolah diterima pakai. Tapi aku lebih setuju dengan CBT sebab bagi aku teorinya lebih rasional dan masuk akal.


          Seterusnya ialah teori kognitif pula. Teori ni ada empat bahagian di dalamnya. Yang pertama ialah Schacter's Cognitive Labelling. Ia mengatakan emosi akan lahir selepas reaksi gerak tubuh sejurus selepas menghadapi sesuatu situasi. Yang keduanya ialah Misattribution, yang mana kita selalu meletakkan emosi seseorang itu pada sebab yang tak betul. Sebagai contoh, bila seseorang perempuan tu cepat marah dan bad mood, kita akan anggap dia datang bulan walaupun sebenarya tu bukanlah sebabnya. Ketiga pula ialah 'transfer of excitation' iaitu pemindahan emosi. Ini bererti emosi boleh berpindah bila kita terbawa-bawa dengan emosi tersebut. Contohnya, aku telah mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang dan aku begitu gembira sekali. Lepas tu kawan aku minta aku belanja makan dan aku terus bersetuju disebabkan aku terbawa-bawa emosi gembira aku tadi. Yang terakhir sekali ialah 'cognitive appraisal' yang menyarankan bahawa reaksi kita terhadap emosi yang terhasil juga dipengaruhi oleh cara kita menilai situasi itu berdasarkan ingatan dan pengalaman.


          Kesimpulannya, walaupun terdapat banyak teori tentang emosi, bagi aku yang penting adalah apa yang kita sendiri paham daripada teori-teori tersebut. Terpulang pada setiap orang macam mana nak menilainya. Sebenarnya kalau nak diikutkan, semua pendapat dalam teori yang aku belajar hari ni adalah boleh diterima.end#


A133405 NURLINA RASHID LJ05

Saya sedih sebab tidak dapat hadir kelas pada minggu lepas atas sebab kurang sihat. Tetapi saya bernasib baek sebab masih dapat tahu apa yang dipelajari pada minggu lepas. Apa yang saya akan ceritakan mungkin tidak seberapa sebab tidak berapa faham akan topik2 itu. Terdapat empat teori yang harus kita tahu iaitu fisiologikal,James-Lang theory, Cannon- Bard theory dan Psychobiological theory.

 Teori fisiologi adalah emosi tindakbalas otak dan sistem saraf. Teori James-Lange mengatakan yang sesuatu keadaan itu akan bertindak sebagai stimulasi kepada individu yang kemudiannya memberikan reaksi dengan tubuhnya dan barulah emosi terbentuk berdasarkan keadaan itu. Manakala Cannon-Bard pula menceritakan pasal setelah dikenakan stimulasi, emosi orang itu yang akan menentukan reaksi tubuhnya.

Teori Psikoanalitik menjelaskan tentang pengalaman tanpa sedar dalam emosi. Sigmund Freud mengatakan bahawa pengalaman tanpa sedar itu adalah personaliti yang mengandungi emosi, motif, memori tentang pengalaman lepas yang kita tidak prihatin tetapi mempengaruhi tingkah laku. Kebanyakan pengalaman semasa kanak-kanak adalah pengalaman secara tidak sedar. Teori ini menekankan emosi marah dan juga sedih. Semua itu adalah emosi negatif yang telah kita pelajari pada dua minggu lepas. Saya masih belum faham sepenuhnya kerana selalunya saya difahamkan oleh Encik Zamri. Walau bagaimana pun, saya akan cuba ulang kaji balik pasal teori-teori ini. Sekian sahaja dari saya. Terima kasih. =)