| ||||||
Saturday, 21 August 2010
Proposal Kumpulan Ef Yu
Proposal Kumpulan Ef Yu
Tajuk
Pengurusan emosi kecewa dalam kalangan pensyarah dalam konteks pengajaran dan pembelajaran.
Tujuan Kajian
Mengenalpasti permasalahan dan cabaran yang dihadapi oleh pensyarah dalam menguruskan emosi kecewa.
Mengkaji bagaimana pensyarah menguruskan emosi kecewa apabila berhadapan dengan rekod akademik pelajar yang teruk, disiplin pelajar yang tidak memuaskan serta prestasi pelajar yang menurun.
Rasional Kajian
Emosi kecewa wujud dalam setiap insan. Akan tetapi, emosi kecewa dalam kalangan pensyarah dipilih kerana pensyarah merupakan orang yang penting untuk mengajar dan mendidik pelajar, mahasiswa dan mahasiswi di institute-institut pengajian tinggi. Pengorbanan pensyarah dalam mencurahkan ilmu kepada mahasiswa dan mahasiswi tidak pernah mengenal erti letih dan seharusna dibalas dengan keputusan yang cemerlang dan rekod akademik yang memberansangkan bukan di atas kertas malah dalam keterampilan diri dan disiplin pelajar. Selain itu, kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti cabaran-cabaran dan permasalahan yang dihadapi pensyarah diatas kekecewaan mereka melihat potensi dan prestasi pelajar yang jatuh merudum.
Kaedah kajian
Kaedah kajian terbahagi kepada dua jenis, kualitatif dan kuantitatif. Kaedah kualitatif adalah kaedah kajian yang dilakukan secara temubual dan mengutip jawapan daripada responden secara lansung dan dirakamkan dalam bentuk audio mahupun video sebagai bukti kajian. Kaeda kuantitatif lebih menjurus kepada dapatan secara berkelompok yang mana ia dilakukan dalam skala yang besar menerusi pengiraan statistik dan jawapan daripada soalan-soalan yang dikemukakan dalam boring soal selidik. Data-data akan dikumpulkan dan direkodkan dalam bentuk jadual dan graf. Kami menjalankan kajian ini menerusi kaedah kualitatif yang mana kami akan menemubual responden-responden yang terdiri daripada pensyarah-pensyarah UKM.
Jangkaan Dapatan
Kami menjangkakan dapatan kami akan berteraskan langkah-langkah dan inisiatif positif oleh pensyarah dalam berhadapan dengan emosi negative ini. Pensyarah menjadi contoh untuk para mahasiswa dan mahasiswi dan sikap mereka akan sedikit sebanyak diikuti oleh pelajar. Punca-punca yang menjurus kepada emosi negative akan dikenalpasti dan ia member kesedaran kepada para pelajar agar tidak mengecewakan lagi emosi pensyara-pensyarah mereka.
A117396 Nurul Aishah Binti Saadun LJ05
| ||||||
A132529 Siti Nurliyana LJ05
Sedar tidak sedar, sudah masuk minggu kelima kursus ini. Tajuk kuliah kali ini adalah Teori-teori Fisiologikal, Kognitif dan Psokianalitik. Saya dapati yang topik minggu ini adalah lebih kompleks berbanding tajuk-tajuk terdahulu. Mengikut teori-teori utama, pengalaman emosi terbahagi kepada tiga iaitu teori fisiologi, teori kognitif, teori fisiologikal. Apabila saya diperkenalkan dengan istilah-istilah tersebut, barulah saya sedar akan kerumitan sebenar subjek pengurusan emosi ini. Teori fisiologi mengatakan emosi sebagai hasil otak dan sistem saraf. Teori James-Lange mengatakan yang sesuatu situasi itu akan bertindak sebagai stimulasi kepada individu yang kemudiannya memberikan reaksi dengan tubuhnya dan barulah emosi terbentuk berdasarkan keadaan itu. Manakala Cannon-Bard pula mengatakan setelah dikenakan stimulasi, emosi orang itu yang akan menentukan reaksi tubuhnya. Saya agak keliru dengan percanggahan pendapat mereka dan ini membuatkan saya tertanya-tanya, jika saya mendapat berita yang menyedihkan, apakah yang akan berlaku terlebih dahulu? Adakah saya akan mengalirkan air mata dulu atau adakah saya dilanda perasaan sedih dahulu? Kita sebagai manusia yang mengalami emosi itu sendiri memang tidak boleh menilai dengan sendiri perasaan kita itu. Sebab itulah ramai pakar psikologi membuat kajian ke atas orang lain. Bagi saya, emosi itu boleh dikatakan sebagai sesuatu yang kita bayangkan dengan imaginasi kita. Ianya sesuatu yang tidak boleh dilabelkan dengan kata-kata. Maka sukar bagi kita untuk mempelajari dan memahami teori emosi ini. Namun apabila saya pelajari tentang teori yang ketiga dalam sukatan pelajaran kursus ini iaitu teori kognitif, saya mampu terimanya dengan lebih mudah berbanding dua teori yang lain. Teori ini bercirikan ciri-ciri intelektual iaitu memerlukan proses berfikir dan menilai. Apa yang menarik tentang teori ini ialah ia menyisipkan kecenderungan manusia untuk sentiasa menggunakan otak untuk berfikir dalam apa-apa situasi pun. Dalam teori kognitif terdapat 4 cabang lagi. Yang pertamanya ialah Schacter's Cognitive Labelling. Ia mengatakan yang otak mendapat input dari pencetus situasi dan juga reaksi refleks badan dan hasilnya otak akan membaca situasi tersebut lalu menghasilkan emosi yang sesuai. Seterusnya 'transfer of excitation' pula berkenaan dengan emosi yang dibawa dari satu situasi ke situasi yang lain. Contohnya sekiranya saya dimarahi pensyarah di kelas, saya berkemungkinan besar akan memarahi rakan sebilik saya pula apabila saya habis kelas. Manakala 'misattribution' berdepan dengan penilaian faktor terhasilnya sesuatu emosi itu yang salah.Setelah mencari maklumat di internet, saya dapati contoh yang diberikan untuk 'transfer of excitation' yang berkaitan dengan kajian pengkaji wanita yang cantik menemubual lelaki setelah mereka menyeberang jambatan itu sebenarnya merupakan contoh untuk 'misattribution'. Mengikut laman web yang saya layari, kajian itu dijalankan oleh Dutton dan Aron seperti yang dinyatakan dalam nota. Dan ia juga dijalankan untuk kaum wanita juga dimana penemubual wanita digantikan dengan jejaka kacak. Hasilnya sama juga menunjukkan emosi boleh dikawal atau ditipu oleh keadaan fisiologi kita. Kemudiannya 'cognitive appraisal' menyarankan yang reaksi kita terhadap emosi yang terhasil juga dipengaruhi oleh cara kita menilai situasi itu berdasarkan ingatan dan pengalaman. Contohnya jika saya mempunyai pengalaman pahit dikejar anjing, saya akan bertindak berhati-hati dengan semua anjing tetapi dalam pada masa yang sama saya menilai keadaan anjing itu sama ada ia kelihatan seperti mahu menyerang saya atau tidak. Ahli-ahli teori emosi rata-rata mempunyai pendapat yang berlainan dalam cara memerhati emosi. Namun, emosi itu sesuatu yang sangat subjektif dan tidak mempunyai nilai kualitatif. Oleh itu, boleh dikatakan semua pendapat mereka boleh diambil kira masing-masing pada tahap yang tertentu. Akif Basri A126895 LJ05Menurut teori fisiologikal, emosi yang ditunjukkan oleh manusia merupakan hasil tindak balas otak dan sistem saraf. Di bawah teori ini, terdapat tiga lagi teori lain iaitu James-Lang theory, Cannon- Bard theory dan Psychobiological theory. Teori James-Lang menyatakan bahawa emosi mencetuskan reaksi fisiologikal terhadap rangsangan. Maksudnya, emosi bertindak terlebih dahulu, baru lah fisiologi badan bertindak. Sebagai contoh, seseorang yang terlihat harimau di tengah hutan akan mula merasa takut (emosi) dan fisiologi badan akan bertindak seperti tubuh menggeletar, berpeluh dan sebagainya. Teori Cannon-Bard pula mengkritik teori James-Lang. Cannon dan Bard berpendapat bahawa sistem organ (fisiologi) yang menjadi pencetus reaksi emosi. Maksudnya, organ-organ dalam badan bertindak dan menghantar mesej ke otak untuk memilih emosi. Walaubagaimanpun, seseorang akan bertindak balas terhadap rangsangan tertentu dan mengalami emosi yang sama secara serentak. Misalnya, si polan yang terlihat harimau di tengah hutan tadi (situasi) akan menggeletar tubuhnya, jantung berdegup laju, berpeluh dan sebagainya, dan mengalami emosi takut secara serentak. Saya lebih bersetuju dengan teori James-Lang bahawa emosi bertindak terlebih dahulu sebelum fisiologi badan. Ini kerana saya berpendapat manusia dikurniakan akal dan rasionaliti untuk memilih emosi. Misalnya, bukan semua orang akan terus takut dan lari apabila terlihat anjing liar. Ada yang memilih untuk bertenang dan melakukan tindakan yang lebih bijak seperti duduk dan tidak bergerak, kerana anjing hanya akan mengejar kita sekiranya kita berlari. Contoh lain, apabila kita dimalukan di hadapan orang lain, kita boleh memilih untuk berasa malu dan sedih, atau tetap bergembira seperti menggelakkan diri sendiri atau bertenang. Apabila kita boleh memilih emosi sendiri, barulah organ-organ dalam badan akan bertindak. Kesannya dapat dilihat seperti muka merah apabila malu, gelak apabila gembira, berpeluh apabila takut dan sebagainya.# A135345 YUVARANI NAIR A/P SUKUMARAN LJ03
A134221 Norsatarunisya LJ05PENGURUSAN EMOSI TAJUK 05;TEORI-TEORI FISIOLOGIKAL, KOGNITIF & PSIKOANALITIK Pada kuliah kali ini saya telah menghadiri kuliah pengurusan emosi yang kelima. Pada kuliah ini sya telah mendapat satu pelajaran yang baru dan pelajaran kali ini hanya melibatkan teori sahaja. Antara teori yang saya pelajari adalah tentang teori-teori fisiologikal, kognitif dan psikonalitik. Teori fisiologikal merupakan suatu perubahan iaitu tindakan yang dirasai oleh emosi yang dihadapi. Fisiologikal dari kefahaman saya merupakan emosi yang berlaku dalam diri kita dan juga merupakan emosi oleh minda yang tidak dapat dikawal. Teori fisiologikal juga merupakan emosi yang lahir dalam peta minda dan sistem saraf setiap manusia. Jadi terdapat tiga pendekatan yang bersumberkan teori fisiologikal antaranya ialah teori James-Lang, teori Cannond-band dan teori Psychobiological. Pendekatan James-lang adalah yang tertua dan diasaskan oleh Willian James pada tahun 1884 bersama-sama dengan Carl Lang. Mengikut apa yang kita ketahui dan faham reaksi berlaku apabila kita beremosi dan emosi terjadi berdasarkan situasi. Teori James-Lang mengatakan sebaliknya, beliau berpendapat situasi menyebabkan reaaksi tubuh badan baru emosi datang selepasnya. Teori yang kedua pula merupakan teori yang dikeluarkan oleh Canon Bard. Canon-Bard membangkang teori yang dikeluarkan oleh James-Lang. Teori Lang mengatakan bahawa emosi datang terlebih dahulu dan emosi datang dengan cepat. Sebagai contoh, apabila kita terangsang iaitu rangsangan yang membawa kepada emosi kita akan berasa sesuatu kemudian barulah datang fisiologikal. Contohnya jika seseorang takut pada lebah dan apabila lebah menyebabkan kita lari dan melahirkan perasaan takut. Ketiga pula merupakan teori phychobiological iaitu merupakan satu emosi yang dikawal oleh alatan tertentu dan berlaku tindak balas dalam sistem saraf. Selain itu, terdapat juga teori kognitif iaitu dengan mengatakan bahawa emosi kita akan menilai dan juga akan dinilai. Teori ini juga terkenal dan dilabelkan sebagai teori kognitif schacter dan schacter setuju dengan teori yang dikeluarkan James-Lang iaitu teori yang bermula dengan stimulus kemudian reaksi tubuh badan dan akhir sekali barulah emosi. Walaupun terdapat pelbagai teori, apa yang penting adalah fahaman kita sendiri. Berkemungkinan ada orang akan beremosi dahulu sebelum bertindak dan sebaliknya. Bagi saya kesemua teori yang dikemukakan adalah boleh diterima pakai.
Subscribe to:
Posts (Atom)
|