Sunday, 22 August 2010

LJ05 ROSIDI

Assalamualaikum,salam sejahtera dan salam 1 malaysia diucapkan kepada pensyarah saya iaitu Ahmad Zambri Bin Mansor dan rakan-rakan sekalian.Dari kuliah pertama hinggalah kuliah kelima tajuk kuliah dalam kursus ni semakin rumit dan mencabar,ini memerlukan saya memberi perhatian penuh di dalam kelas dan membuat sedikit ulangkaji untuk memahami setiap kuliah yang di ajarkan.Pada kuliah kelima iaitu pada hari rabu 18/8/2010,tajuk kuliah yang telah di ajar ialah bertajuk Teori-teori Fisiologikal Kognitif Dan Pisioanalitik.Lebih ringkas lagi,kuliah pada minggu ini menerangkan tentang bagaimana,sebab dan cara sesuatu emosi itu berlaku. Terdapat tiga pendekatan yang meyokong teori ini iaitu,James Large Theory(JLT),The Cannon Bard Theory(CBT),dan Psychobiologikal Theori.

 

James Large Theory (JLT),merupakan teori yang tertua,ianya di asaskan oleh dua orang tokoh yang bernama William James dan Carl Large pada tahun 1884,teori ini telah menerangkan apa yang berlaku dalam tubuh badan kita,contohnya apabila berada dalam situasi tertentu seperti dalam keadaan bahaya,seseorang itu akan menjadi berpeluh,dengupan jntung semakin kencang dan sebagainya,akibat dari perubahan ini akan menyebabkan munculnya emosi-emosi tertentu. Hal ini bermaksud sesuatu situasi meyebabkan reaksi tubuh badan dan barulah emosi datang selepasnya.Large pendapat perubahan vasomotor adalah emosi.

 

Bagi The Cannon Bard Theory(CBT),pula mendakwa yang sebaliknya.Teori ini mengatakan bahawa sistem organ bertindak perlahan. Apabila sesuatu ransangan itu berlaku,emosi atau tindakan kita akan berubah. Sesuatu maklumat yang diperolehi,akan cuba di sampaikan oleh amigdala iaitu sesuatu yang berhubung dengan emosi. Seterusnya akan berlaku perubahan dalam badan seseorang seperti berpeluh,jantung berdengup dengan pantas,dan lain-lain.selain itu teori kognitif pula mengatakan apa yang dilakukan oleh emosi,iaitu seperti tindakan. Dalam teori ini,emosi akan wujud selepas reaksi tubuh badan bersertakan dengan pemikiran kognitif ketika berhadapan dengan sesuatu situasi,tidak kira samada situasi negatif  atau positif.Dalam teori ini juga menperkenalkan Misattibution yang mengatakan ada sesetengah emosi manusia lahir akibat perkara-perkara yang tidak munasabah dan rasional. Perkara ini selalunya di kaitkan dengan wanita kerana wanita akan menpunyai emosi yang tidak menentu apabila datang bulan.Emosi

No comments:

Post a Comment