Macam biasa, pada petang Rabu aku berada di dalam bilik kuliah 510 di FSSK untuk kuliah Pengurusan Emosi. Walaupun dalam keadaan kelas yang tak berapa rasa sangat air-cond dia ni, aku tetap di sini untuk mempelajari topik Pengurusan Emosi yang seterusnya. Huhu..cam bagos je.
Tajuk kuliah kali ni ialah tentang pengalaman emosi. Ada tiga teori yang dibincangkan dalam tajuk ni iaitu teori fisiologikal, kognitif, dan psikoanalitik. Bunyinya agak menarik dan dapat mengurangkan rasa mengantuk aku yang tiba-tiba datang tanpa dijemput ni. Teori fisiologikal mengutarakan bahawa emosi pada asasnya lahir daripada otak dan sistem saraf dan ia berasal daripada reaksi fisiologi terhadap ransangan. Tiga pendekatan utama yang menyokong teori ni adalah James-Lang, Cannon-Bard dan psychobiological approaches. Teori James-Lang(JLT) yang dikemukakan oleh William James pada tahun 1884 merupakan teori yang paling awal dalam pegalaman emosi. Disebabkan JLT ni telah disokong oleh Carl Lange, oleh itu ia dikenali dengan nama James-Lang Theory. Hipotesisnya mengatakan bahawa reaksi fisiologi terhadap ransangan yang akan mencetuskan emosi. Ini bermaksud bila kita berdepan dengan suatu situasi, badan kita akan bagi reaksi dulu lepas tu barulah emosi akan terhasil.
Teori Cannon-Bard(CBT) pula menyatakan yang sebaliknya. Emosi kita yang akan tentukan reaksi tubuh badan bila suatu ransangan berlaku. Contohnya, kalau aku nampak anjing besar, aku akan rasa takut sangat-sangat. Jadi aku pun lari dengat sekuat hati untuk selamatkan diri. Inilah yang dimaksudkan oleh CBT. Kita akan rasakan emosi dan perubahan fisiologi dalam masa yang sama. Reaksi emosi merupakan proses yang cepat bertindak menurut sesuatu rangsangan. Hal ini merupakan satu penyangkalan kepada JLT oleh Cannon dan Bard. Kedua-dua teori JLT dan CBT yang bercanggah ini cukup untuk membuatkan aku keliru. Tak tahu mana satu teori yang lebih tepat. Kedua-duanya macam bolah diterima pakai. Tapi aku lebih setuju dengan CBT sebab bagi aku teorinya lebih rasional dan masuk akal.
Seterusnya ialah teori kognitif pula. Teori ni ada empat bahagian di dalamnya. Yang pertama ialah Schacter's Cognitive Labelling. Ia mengatakan emosi akan lahir selepas reaksi gerak tubuh sejurus selepas menghadapi sesuatu situasi. Yang keduanya ialah Misattribution, yang mana kita selalu meletakkan emosi seseorang itu pada sebab yang tak betul. Sebagai contoh, bila seseorang perempuan tu cepat marah dan bad mood, kita akan anggap dia datang bulan walaupun sebenarya tu bukanlah sebabnya. Ketiga pula ialah 'transfer of excitation' iaitu pemindahan emosi. Ini bererti emosi boleh berpindah bila kita terbawa-bawa dengan emosi tersebut. Contohnya, aku telah mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang dan aku begitu gembira sekali. Lepas tu kawan aku minta aku belanja makan dan aku terus bersetuju disebabkan aku terbawa-bawa emosi gembira aku tadi. Yang terakhir sekali ialah 'cognitive appraisal' yang menyarankan bahawa reaksi kita terhadap emosi yang terhasil juga dipengaruhi oleh cara kita menilai situasi itu berdasarkan ingatan dan pengalaman.
Kesimpulannya, walaupun terdapat banyak teori tentang emosi, bagi aku yang penting adalah apa yang kita sendiri paham daripada teori-teori tersebut. Terpulang pada setiap orang macam mana nak menilainya. Sebenarnya kalau nak diikutkan, semua pendapat dalam teori yang aku belajar hari ni adalah boleh diterima.end#
No comments:
Post a Comment