| | Pada hari Rabu yang lepas bertarikh 28hb Julai 2010 pada jam 4.00-7.00 petang, saya menghadiri kelas yang kedua bagi subjek pengurusan emosi dan saya tidak menghantar jurnal pertama saya lagi. Pada hari khamis lalu, saya telah terhantar jurnal yang pertama saya tetapi terbuat untuk gabungan tajuk pertama dan kedua. Oleh itu saya berasa sangat bersalah dan ingin menulis jurnal yang kedua saya berdasarkan sebuah cerita yang saya reka sendiri. Sila ikuti setiap dialog di bawah ini. Di satu pagi yang hening, Ahmad telah terserempak dengan Hafiz, sahabat lamanya yang semakin lupa pada Allah swt dan seorang yang takabbur. Mereka terserempak di dalam sebuah bangunan hotel di Kuala Lumpur. Ahmad: Assalamualaikum wahai sahabatku Hafiz. Kau apa khabar? Hafiz: Eah, apa aku kenal kau ke? (berkata dengan penuh angkuh) Ahmad: Hafiz, aku Ahmad lar. Kawan sekelas kau waktu di sekolah menengah. Ape kau tak ingat aku lagi ke? Sampai hati kau wat aku begini.(menjawab dengan penuh kesayuan dan kesedihan) Hafiz: Ahmad? Ahmad mana pula ni? Aku rasa aku tidak pernah ada kawan bernama Ahmad. Apa kau tersilap orang ke?? Ahmad: Aku pasti dan cukup pasti yang kau adalah Hafiz yang satu kelas ngan aku. Apa kau benar-benar lupakan aku ke? Hafiz: Eah, aku tak pernah kenal dengan orang yang nampak miskin macam kau ni lah. Orang kaya macam aku memang tak layak nak berkawan dengan orang macam kau ni taw x? (bercakap dengan penuh takabbur dan riak) Ahmad: Memang tidak aku sangkakan yang kau akan jadi sesombong begini. Apa kau ingat diri kau tu dah cukup hebat sampai melupakan pada yang Khaliq. Apalah nak jadi dengan kau sekarang ni ek. Astaghfirullah. Hafiz: Eah, jadi ustaz pulak kau ni. Bagi ceramah tetiba kat aku pulak. Apa kau ingat kau layak bagi ceramah kat aku? Tolonglah. Kau tak layak langsung ok! Jatuh standard aku nanti. Akulah orang yang paling kaya dalam dunia ni. Kau mesti tak tahu kan sebab kau cuma tahu duduk kat kampung je kan. Ahmad: Astaghfirullah. Bagi fitnah kat aku pulak dia ni.(hanya bercakap di dalam hati sambil menggeleng kepala) Hafiz: Eah?? Geleng kepala pulak ustaz ni? Kenapa? Dah tak nak mengaku yang kau ni orang yang lagi rendah dari aku? Ahmad: Aku hanyalah seorang hamba Allah yang sangat lemah lagi hina. Aku hanya bersujud pada Allah swt dan bukannya pada seorang manusia yang merupakan ciptaan Allah yang tidak sempurna. Hafiz: Tahu pun yang kau ni seorang yang lemah.(melihat Ahmad dengan menunjukkan ekspresi wajah yang penuh takabbur) Ahmad: Bertaubatlah kau wahai Hafiz. Taubat nasuhalah kau sesungguhnya Allah itu amat pemaaf. InsyaAllah, dosa-dosa kau akan terampun oleh Allah sekiranya kau bertaubat dengan bersungguh-sungguh dan berjanji tidak akan mengulanginya. Hafiz: Eah, dengar sini eah yang kubur kita lain-lain. Jangan kau nak bagi nasihat kat aku pulak. Kau jaga kubur kau je dan aku jaga kubur aku je. Menyemak pulak nak mengingatkan.(berkata dengan gaya yang sangat memerli Ahmad) Ahmad: Semua orang layak untuk ingat mengingati antara satu sama lain. Aku hanya sekadar menegur dan sekurang-kurangnya aku dah ajak kau ke arah kebaikan tapi apakan daya aku kau tak mahu dengar. Aku hanya laksanakan tanggungjawab aku sebagai seorang muslim. Jangan ingat kalau kaya boleh buat apa-apa aje. Ingatlah bahawa rezeki itu dikurniakan oleh Allah dan bersyukurlah akan setiap rezeki yang dikurniakanNya. Hafiz: Eah, lebih-lebih pulak dia nie. Oklah, malas aku nak dengar ceramah kau ni. Aku ada lebih banyak kerja daripada dengar ceramah kau.(bercakap sambil memerli Ahmad dan terus pergi dari situ dengan penuh keangkuhan) Sedikit pengajaran dari cerita di atas: >>> Janganlah kita terlalu emosi dengan setiap teguran yang diterima. >>> Kita haruslah mengekalkan nilai persahabatan yang pernah dilakukan pada suatu ketika dahulu. >>> Tidak ada manusia yang sempurna dan berkuasa daripada Allah swt. >>> Bertaubatlah sehingga menitiskan air mata seperti gugurnya dosa-dosa kita yang telah lalu. >>> Janganlah sesekali kita membuat fitnah kerana fitnah itu adalah salah satu daripada dosa-dosa besar. >>> Laksanakanlah tanggungjawab yang diberikan dengan sempurna dan ikhlas kerana Allah swt. Kesimpulannya, ekspresi wajah sangat memainkan peranan bagi memperlihatkan emosi seseorang sama ada dia marah, sedih atau sedang meninggi diri. Kebanyakan emosi yang ditunjukkan di dalam kisah di atas banyak menurut teori Plutchik's. Saya sangat kagum dengan teori yang dikemukan oleh Plutchik's, Darwin's, Tomkin's dan Izard's kerana kajian mereka hampir sama dengan keadaan kehidupan seseorang. Persamaan yang dipersetujui bersama adalah perasaan takut, meluat, marah dan terperanjat. Sekian, terima kasih.
PENGURUSAN EMOSI ZZZT2253 Pernahkan 1 hari sepanjang hidup anda, anda tidak pernah mengalami apa-apa emosi? tentunya jawapannya tidak. Sebagaimana diketahui umum, emosi adalah penting bagi makhluk yang bergelar manusia. Emosi adalah sesuatu yang penting dalam kehidupan setiap insan. Ianya adalah sesuatu yang perlu sebagai manusia kerana ianya membolehkan kita mempunyai sifat-sifat seperti perihatin, mempunyai nilai-nilai murni dan berkasih sayang terhadap insan lain. Emosi juga adalah sesuatu yang rumit dan sukar untuk diramal tetapi boleh dikawal. Perihal ini ternyata benar bagi saya kerana saya adalah orang yang mudah terpengaruh dan juga beremosi dalam hal-hal tertentu. Contoh bagi saya adalah cerita yang menyayat hati, berkonflik, dan sedih seperti drama television Nur Kasih dan program reality TV3 Bersamamu. Emosi juga mempengaruhi saya dalam membuat keputusan dalam kehidupan ini. Contoh yang nyata adalah ketika saya terpaksa melepaskan insan yang saya sayang kerana tanggungjawab yang diberikan oleh pihak pentabiran kolej iaitu sebagai Jaksa. JAKSA atau Jawatankuasa Kebajikan Siswa Kolej sesi tahun 2010 dan 2011 bertindak menjadi pembimbing rakan sebaya, jambatan antara pengurusan kolej dan penghui kolej dan penunjuk arah mahasiswa tahun pertama khususnya. Selain daripada itu, saya juga diberi tanggungjawab dalam PKAP atau Persatuan Kebajikan Anak-anak Pahang sebagai salah satu EXCO untuk membantu pelajar tahun satu daripada negeri yang bergelar Pahang Darul Makmur dan beberapa jawatan-jawatan lain. Disebabkan itu, pemilik cintaku setelah Allah dan Rasul beranggapan dan menyatakan bahawa saya tiada lagi masa untuknya. Dia sangat berharap saya akan sentiasa ada untuknya dan luangkan sedikit masa untuknya walaupun saya sibuk dengan kerja dan program nanti. Saya telah berjanji untuk luangkan masa dan bagikan masa untuknya tetapi ternyata jangkaan saya meleset dan janji sekadar tinggal janji apabila kerja yang diberikan amatlah berat dan agak membebankan saya. Dia juga amat sedih dengan perubahan saya dan saya ternyata telah menghampakan dan meranapkan harapan, impian dan lebih-lebih lagi hati murni insan yang amat mencintai saya kerana diri saya yang hina ini. Ternyata saya merupakan seorang yang beremosi. Segala kesedihan, kesangsaraan dan kepahitan yang dialami hanya Allah s.w.t. sahaja yang mengetahui dan mengerti. Keputusan yang saya ambil adalah kerana emosi saya. Kerana sejujurnya, saya tidak sanggup sama sekali untuk mendengar dan mengetahui kesedihan pemilik cintaku setelah Allah dan Rasul biarpun kami hanya sekali bertemu di Kuala Lipis ketika itu saya pelajar lepasan STPM dan sedang berkerja di 7eleven mencari pengalaman dalam perkerjaan dan kehidupan. Kami sentiasa berjauhan tetapi saling berhubung dengan Handphone. Ternyata aku telah jatuh cinta ya Allah, indahnya percintaan tersebut umpama cerita novel cinta. Gadis tersebut berasal daripada Terengganu dan menuntut di USM pulau pinang. Banyak pekara yang kami kongsi bersama meskipun berjauhan antara satu sama lain. Beberapa kali kami bercadang untuk berjumpa dan merancang perjumpaan itu tetapi apakan daya manusia merancang Allah yang menentukan segalanya-galanya. Apa yang saya mahukan dan niat saya hanyalah kebahagiaan, kegembiraan dan senyuman insan tersebut. Saya sedar ianya kesilapan terbesar dalam hidup yang saya pernah lakukan dan seumur hidup yang singkat ini akan menyesal setiap masa apabila saya mengingatinya. Tetapi kenyataannya, hati manakah yang sanggup menahan airmata dan emosi apabila menyedari dan mengetahui insan yang kita cintai selama ini merana kerana diri kita sendiri. Harapan saya adalah saya amatlah berharap serta sentiasa mendoakan kebahagiaan dan kesihatan gadis manis itu sepanjang masa. Semoga 1 hari nanti sekiranya umur saya masih panjang untuk mengetahuinya, dia menjumpai dan dipertemukan insan yang jauh lebih layak untuknya…amin. Ini adalah kerana emosi adalah merupakan pekara yang semula jadi sebagaimana yang diterangkan oleh Charles Darwin dalam teorinya. Malahan Darwin menyatakan bahawa muka senang dilihat berbanding organ lain dan mudah untuk memahami ekspresi muka. Kokoszka, 1993 pula menyataka bahawa emosi primat adalah ciri-ciri dalaman manusia yang ddialamii serta diekspresi dalam bentuk yang seragam dalam semua bangsa dan budaya. Emosi primat bersifat adapatif dan Rolls, 1990 menyatakan bahawa kesemua emosi wujud adalah kombinasi gabungan antara emosi-emosi primat. Begitu juga dengan Pulutchik's berpendapat emosi adalah terbahagi kepada 3 iaitu bahasa sujekktif, tingkah laku dan fungsian. Pengakhirannya, berdasarkan contoh dan kenyataan maka jelaslah bahawa emosi adalah perkara asas bagi manusia dan manusia amat bergantung kepada emosi. Secara peribadinya, benarlah apa yang dikatakan dan diteorikan. Sekian.
Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.Bagi tajuk yang kedua ini iaitu Struktur Asas Emosi, saya ingin mengetengahkan tentang pembahagian emosi dalam diri manusia.Emosi, seperti yang semua sedia maklum, adalah salah satu ciri penting dlm kehidupan manusia.Dan seperti juga ekspresi mimik muka di atas, emosi juga terdiri daripada pelbagai jenis dan beberapa tokoh mengeluarkan teori-teori mereka yang tersendiri tentang struktur asas emosi seperti Darwin, Tomkin, Izard dan juga Plutchik. Sebagai permulaan, kita berkenalan dahulu dengan 'primary emotion'.Apakah itu 'primary emotion'? Ia merupakan komponen emosi yang paling asas.Terdapat dalam diri manusia secara semulajadi, ianya dizahirkan secara serupa merentasi budaya setiap masyarakat atau kaum manusia di muka bumi ini.Terdapat dua teori umum yang menyentuh tentang emosi ini, iaitu teori evolusi atau biologi dan teori pembelajaran.Kedua-dua teori ini akan dikupas secara lebih mendalam mengikut pendapat-pendapat tokoh yang saya sebutkan di atas sebentar tadi. Sedikit mengenai diri saya, saya memang seorang yang agak beremosi.Walaupun saya seorang lelaki, tetapi saya mempunyai hati yang lembut.Hati saya mudah tersentuh apabila melihat insiden-insiden yang menyayat hati, seperti pembuangan bayi yang semakin menjadi-jadi ketika ini.Sebagai seorang yang beberapa kali gagal dalam bercinta, kadangkala saya tidak dapat mengawal airmata saya daripada mengalir disebabkan pergaduhan yang berlaku di antara kami.Namun itu tidaklah bermakna saya seorang yang lemah.Saya mempunyai personaliti yang agak menarik, di samping perangai saya yang agak gila-gila dan tidak serius.Disebabkan itu, saya dilihat sebagai orang yang sukar untuk marah, kerana saya suka membuat orang lain ketawa, dan apabila saya marah, saya merasakan saya tidak seperti saya, saya seperti orang lain.Emosi-emosi seperti sedih, gembira dan marah inilah yang diterbitkan oleh emosi primari, seperti yang dinyatakan oleh tokoh-tokoh di atas. Menurut Charles Darwin, bagi beliau 'primary emotion' terkandung di dalam emosi itu sendiri.Seperti yang dinyatakan oleh Kokozska, 1993,emosi primari ini adalah ciri-ciri dalaman manusia yang dialami serta diekspresikan dalam bentuk yang seragam di semua bangsa dan budaya.Hal ini sangat bertepatan dengan emosi yang dialami oleh semua kaum dan masyarakat manusia di bumi ini, kerana semua daripada mereka mempunyai emosi marah, sedih, gembira dan sebagainya.Tidak ada masyarakat yang mempunyai emosi yang berbeza daripada masyarakat yang lain.Darwin menegaskan lagi teorinya dalam buku beliau , "The Expression of the Emotions in Man and Animals", ekspresi wajah melambangkan emosi dan 16 soalan tentang emosi kepada 36 bangsa berbeza dan didapati jawapan adalah sama.Pendapat beliau, walaupun bersifat asas, tetapi bagi saya benar kerana muka adalah benda pertama yang kita lihat ketika memandang seorang manusia.Organ lain tidak dapat menzahirkan adanya emosi itu.Dengan ini, sebagai contoh, saya dapat mengagak seseorang itu, contohnya seorang rakan yang sedang bersedih tidak dapat menyembunyikan emosinya (yang ketika itu sedang dalam kesedihan) dengan menunjukkan wajah ceria kerana saya dapat mengagak daripada mimik mukanya sahaja bahawa dia sedang dalam kesedihan. Teori yang lain mengenai emosi primari pernah diutarakan oleh Woodworth pada 1938, seterusnya oleh Schlosberg pada 1952, sebelum Robert Plutchik pada 1962 mengeluarkan model teorinya yang lebih lengkap.Rolls pada tahun 1990 menyebut bahawa kesemua emosi yang wujud adalah kombinasi gabungan antara emosi-emosi primari.Teori Emosi Primari Plutchik menegaskan tentang tiga perkara utama iaitu bahasa emosi, reaksi penyesuaian asas, dan juga dimensi emosi. Bahasa emosi terbahagi kepada tiga iaitu bahasa subjektif, tingkahlaku dan fungsian.Bahasa subjektif ialah bahasa biasa bagi emosi seperti takut, gembira dan sedih.Hampir semua orang mengalami emosi sebegini setiap hari.Bahasa tingkahlaku pula sedikit berbeza apabila ia mempunyai tindakan susulan daripada emosi yang telah dirangsang.Emosi seperti gembira dan sedih termasuk dalam kategori ini.Kita menzahirkan gembira dengan tersenyum gembira atau melompat, manakala kita menunjukkan kita sedang bersedih dengan mengalirkan air mata di atas sesuatu insiden yang menyentuh perasaan kita.Bahasa fungsian pula merujuk kepada fungsi emosi tersebut kepada seseorang, ia turut merujuk kepada peranan emosi itu kepada individu itu.Contohnya seperti berani dan sedih. Seseorang boleh mengalami semua bahasa ini serentak, seperti dalam kisah ini.Seorang budak yang baru memasuki darjah satu berasa takut untuk datang ke sekolah kerana tidak pernah memasuki institusi itu sebelum ini, namun pada masa yang sama, dia merasa gembira kerana dapat berjumpa dengan kawan-kawan baru di sekolah baru.Dia turut merasa sedih kerana terpaksa meninggalkan ibunya keseorangan di rumah.Namun dia mempunyai keberanian untuk datang ke sekolah kerana didorong oleh semangat ingin belajar yang tinggi.
Menuju ke 3A510 FSSK, untuk menghadiri kuliah pertama saya bagi ZZZT2253 Pengurusan Emosi kerana saya mendaftar pada minggu kedua, oleh itu saya telah terlepas beberapa kuliah yang sebelumnya. Oleh kerana ini merupakan kuliah pertama saya, saya berasa sangat gembira dan berasa ingin tahu dengan apa yang akan diajar. Tajuk bagi kuliah pertama saya ialah struktur dan ekspresi emosi. Namun begitu, saya berasa amat tertekan selepas pensyarah memulakan kuliah kerana terdapat banyak istilah dan teori yang tidak saya dengar sebelum ini seperti innate. Pensyarah menjelaskan bahawa maksud innate ialah semula jadi. Walaubagaimana pun, baik juga dapat belajar Bahasa Inggeris juga dalam kursus ini dan juga merangsang rasa ingin tahu saya. Oleh itu, saya akan mencuba memahami apa yang akan diajar pada hari ini. Menurut Darwin's basic theory of emotion, e mosi terdiri dari emosi asas - primary emotion. Emosi primari ini adalah ciri-ciri dalaman manusia yang dialami serta diekspresikan dalam bentuk yang seragam di semua bangsa dan budaya (Kokoszka, 1993). Dalam bukunya, "The Expression of the Emotions in Man and Animals", dia menjelaskan bahawa ekspresi wajah melambangkan emosi. Ini disebabkan muka adalah yang senang dilihat, bukannya organ lain. Selain itu, dalam buku dia, satu uji kaji telah dijalankan ke atas 36 bangsa yang berbeza di mana 16 soalan tentang emosi telah diberikan kepada responden dan jawapan yang diberikan adalah sama. Saya setuju dengan pendapat Darwin kerana wajah seseorang itu memang dapat menunjukkan emosi orang itu. Teori kedua ialah Plutchik's primary emotion theory. Menurut Plutchik's primary emotion theory, emosi boleh digambarkan dalam 3 bahasa yang berbeza iaitu subjective language (bahasa subjektif), behavioral language (bahasa tingkahlaku), dan functional language (bahasa fungsian). Misalnya, takut (bahasa subjektif) boleh menyebabkan tingkahlaku melarikan diri (bahasa tingkahlaku) dan melayani tujuan melindungi (bahasa fungsian). Oleh itu, apa yang telah faham ialah bahasa subjektif adalah bahasa biasa emosi, contohnya takut, gembira, dan sedih. Manakala bahasa tingkahlaku ialah apa itu tindakan susulan dari emosi yang telah dirangsang. Sebagai contoh, kita akan melompat kegirangan dan senyum gembira semasa gembira, ataupun kita akan mengalirkan airmata semasa sedih. Bagi bahasa fungsian pula, ia merujuk kepada fungsi emosi tersebut kepada seseorang. Ia juga merujuk kepada bagaimana emosi itu berperanan kepada individu. Contohnya, berani dapat memberinya keyakinan dan sedih melambangkan akrabnya persahabatan. Menurut Plutchik, terdapat lapan dasar reaksi adaptif iaitu takut, meluat, marah, terperanjat, gembira, sedih, terima, dan rasa ingin tahu. Selain itu, Plutchik juga memperkenalkan tiga dimensi emosi - intensity, similarity, dan polarity. Kemudian, Tomkin's facial feedback theory diperkenalkan. Tomkin's facial feedback theory membincangkan apa yang menyebabkan apa. Terdapat dua kajian yang menyokong teori ini iaitu Ursula Hess & colleagues (among female undergrads at Univ of Geneva, Switzerland) dan Robert Zajonc & colleagues. Teori yang seterusnya ialah Izard's Innate facial expression. Menurut Izard, saraf mekanisme untuk FE dan persepsi ekspresi adalah semula jadi. Selain itu, expresi wajah adalah semula jadi tetapi ia juga boleh dipelajari melalui pengalaman. Walaubagaimana pun, teori ini masih tidak dapat diterima. Kesimpulannya, emosi adalah semula jadi dan ia wujud secara disedari dalam kehidupan harian kita. Namun begitu, terdapat juga pelbagai pendapat yang berbeza tentang emosi. Hal ini disebabkan pemahaman tentang emosi bagi setiap orang adalah berlainan. Oleh itu, kita perlu cuba memahami emosi orang lain kerana setiap orang mempunyai emosi yang berlainan.
|
|
|