Thursday, 28 July 2011

A132035 Nurashidah Binti Musa LJ01 - Mengenali Emosi

 
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdullilah ini merupakan pertama kali saya didedahkan kepada subjek pengurusan emosi. Pada 27/7/2011  saya telah menghadiri kuliah ZZT 2253 yang secara rasminya bermula kuliah yang pertama pada minggu ini .Tajuk kuliah pada minggu ini ialah struktur  dan ekspresi emosi.Ternyata pelbagai input telah saya perolehi pada hari ini secara konsepnya kandungan kuliah  mengandungi maksud emosi,cara mengukur emosi,struktur dan ekspresi emosi dan pengalaman emosi itu sendiri.
Melalui, definisi yang telah saya pelajari,emosi ialah hubungan antara seseorang berserta faktor emosi itu sendiri yang akan memberi gabungan kepada empat komponen dalam emosi sendiri iaitu,pengalaman afektif seperti perasaan takut, mengaktifkan proses kognitif oleh minda dengan  mengenal pasti sesuatu keadaan yang membawa kepada perubahan emosi tersebut,perubahan fisiologi badan seperti  berdebar – debar dan akhir sekali sikap atau kelakuan kita menghadapi keadaan tersebut.  Untuk memudahkan ingatan minda, "AKaun FB" telah menjadi singkatan yang mewakili setiap komponen emosi itu sendiri.
Pada pendapat saya,emosi itu disertai dengan perasaan, dan terdapat pelbagai jenis perasaan yang dapat kita luahkan kepada orang lain.Contoh – contoh perasaan itu sendiri adalah seperti, gembira,marah,  sedih, teruja,kecewa, sayang , rindu, benci, terkejut dan banyak lagi.Bagaimanakah kita menganalisa perasaan itu  sendiri ? Bagi saya, kita boleh melakukan pemerhatian dari segi ekspresi muka,gerak bahasa tubuh dan percakapan seseorang. Contohnya melalui pengalaman saya apabila dimarahi oleh rakan saya,saya dapat melihat melalui ekspresi mukanya  kelihatan dahi berkerut,matanya dikecilkan dan lain -lain,dari segi bahasa tubuh pula keadaan orang yang sedang marah kelihatan tidak tentu arah, tangannya mula menunjukkan buku lima, dan dari segi percakapan nadanya marah manakala intonasi suara sangat tinggi seperti menengking. Tetapi ini bergantung kepada keadaan yang dihadapi oleh seseorang. Stimulusnya berbeza – beza,maksudnya di sini mungkin marah itu kadangkala tidak seberapa marah dan ada perkara yang betul – betul membuatkan seseorang  itu menunjukkan kemarahan mereka.
Jenis – jenis perasaan ini mudah untuk dibezakan, bukankah mudah untuk kita melihat perbezaan antara mereka yang sedih kerana kehilangan barang berharga dan mereka yang sedang  angau bercinta.Pastinya !Nakhoda perasaan ini berasal daripada hati lalu dipertonjolkan dengan hubung kaitnya berserta dengan emosi. Jika kita bijak mengawal hati kita, maka kita akan bijak mengawal perasaan kita seterusnya kita pasti menjadi manusia yang bijak mengambil sesuatu tindakan ketika menghadapi sesuatu keadaan. Sudah tentu ini sesuai sekali dengan komponen – komponen emosi itu sendiri. Bila kita berkomunikasi dengan seseorang kita dipengaruhi dengan emosi sama ada waktu itu kita sedang berasa gembira,sedih, terkejut dan banyak lagi.Ingin saya sunting kata – kata yang saya petik daripada Dale Carnagie seorang pensyarah dan mempunyai kemahiran motivasi dalam "self – improvement" yang terkenal dengan bukunya "How to Win Friends and Influence People"  berkata
"When dealing with people, remember you are not dealing with creatures of logic, but creatures of emotion."
Seterusnya ingin saya sentuh  mengenai struktur dan dan ekspresi emosi yang belum pernah saya ketahui sebelum ini. Terdapat beberapa teori yang telah saya pelajari melalui kuliah yang saya hadiri.Antaranya adalah Darwin Theory,Plutchik's Theory,Facial Feedback Tomkin's Theory,Izard's Innate Facial Expression Theory dan learning  Theory.Siapa yang tidak mengenali Darwin, beliau merupakan seorang yang terkenal dengan teori evolusi kejadian manusia yang berasal daripada monyet. Melalui Darwin Theory, beliau mengatakan emosi itu terdiri daripada emosi asas yang hanya dapat dilihat melalui ekspresi muka yang melambangkan emosi seseorang. Dimana melalui emosi primari ini, ciri – ciri dalaman diseragamkan dalam bentuk dan budaya yang sama.
Saya tertarik dengan teori primary asas Plutchik yang mengambil kira 3 elemen iaitu bahasa emosi,asas adaptasi reaksi dan dimensi emosi itu sendiri.Bahasa emosi dikategorikan kepada 3 bahagian seperti subjektif,tingkah laku dan fungsian.Contoh bagi menggabungkan 3 bahagian ini seperti dalam keadaan seseorang gagal dalam peperiksaan.Bahasa subjektifnya sudah tentu kita akan merasa sedih dan kecewa  dari segi bahasa tingkah lakunya bergantung kepada seseorang, ada yang akan menangis, ada yang akan diam seribu bahasa dan dari segi bahasa fungsinya pula perkara itu yang akan memberi seseorang kekuatan untuk tidak berputus asa dan belajar untuk memperbetulkan diri ke arah kebaikan.
Bagi asas adaptasi reaksi ianya mengandungi 8 reaksi contohnya seperti  : -
·         Takut
·         Meluat
·         Marah
·         Terperanjat
·         Gembira
·         Sedih
·         Terima
·         Rasa ingin tahu
Terdapat 4 reaksi daripada  yang bertentangan  iaitu : -
·         Terima atau meluat
·         Takut atau marah
·         Gembira atau sedih
·         Terkejut atau jangkaan
Elemen terakhir sekali di dalam Plutchik's Theory adalah dimensi emosi.Terdapat 3 dimensi emosi yang dinyatakan melalui teori ini iaitu intensity, persamaan,polariti. Setiap dimensi ini membawa maksud interpretasi yang berbeza  - beza.
Satu teori emosi yang membuatkan saya menggunakan minda untuk berfikir adalah teori Facial Feedback Tomkin. Teori Facial Feedback  Tomkin juga mempunyai idea – idea mengenai emosi yang berbeza dengan teori – teori sebelum ini.  Teori ini membentangkan hamparan idea kepada kita untuk mencari kondisi apa  menyebabkan kondisi apa. Contohnya, adakah kita tersenyum bila kita gembira atau kita gembira kerana kita senyum ? Sudah tentu kita mesti tersenyum bila kita dalam keadaan yang gembira tapi sejauh manakah kebenarannya ?.  
Teori ini juga disokong  oleh dua kajian pembelajaran yang telah dilakukan oleh  Ursula Hess dan  Robert Zajonc.Namun begitu, teori ini masih mempunyai kelemahan dari segi prinsipnya sendiri. Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, kita akan tersenyum apabila kita gembira bukan ?Namun begitu tidak semestinya apabila kita senyum itu bererti kita sedang gembira. Hakikatnya senyuman itu hanyalah persembahan rupa seseorang kepada orang lain. Siapa tahu,disebalik senyuman itu sebenarnya ada perkara yang disembunyikan yang mengandungi  kisah – kisah duka dan cabaran yang dihadapi oleh seseorang.
Teori yang terakhir ingin saya kongsikan di sini adalah teori Izard's Innate Facial Expression. Izard's Innate Facial Expression telah membuat kajian seperti "born to smile"dan kajian " cross culturally".Melalui kajian " born to smile" mereka mendapati ekspresi emosi telah wujud sejak lahir,marah dan terkejut pada umur 3 dan 4 bulan,malu dan takut sewaktu  5 dan 6 bulan,berpuas hati  pada satu tahun dan bersalah sewaktu 2 tahun.Kajian "Cross Culturally" mendapati  wajah gembira lebih tinggi peratusannya berbanding wajah takut.Mereka mendapati konsep kesejagatan emosi wajah adalah stabil namun terdapat perbezaan dari segi bagaimana seseorang itu mengalami dan  mengawal dan tidak pula bagaimana emosi itu dizahirkan.
Penutup kata,5 teori tersebut merupakan teori yang sangat penting di dalam struktur dan ekspresi emosi. Melalui teori ini, kita dapat lihat bagaimana emosi itu menggunakan  4 komponen emosi iaitu afektif,kognitif,fisiologi dan tingkah laku.Bagi saya, emosi itu sangat penting dalam diri manusia kerana dari situlah datangnya nikmat perasaan untuk kita merasai dan bersyukur atas segala ciptaan daripada Allah.   

No comments:

Post a Comment