Thursday, 28 July 2011

A131393 INTAN EWANI BT SHAFIE

DIRI  KAMU  ADALAH  EMOSI  KAMU
 
Assalamualaikun..
 
Apabila berbicara tentang emosi perkara yang terlintas dalam fikiran saya adalah perasaan dan bagaiman diri kita respon kepada rasa hati itu. Tetapi kedatangan saya pada 27/7/2011 bukanlah sesuatu yang sia-sia mengikuti kuliah Pengurusan Masa kerana saya dapat mempelajari erti sebenar emosi.
 
Emosi adalah bagaimana minda seseorang individu itu berinteraksi dengan perubahan dalaman (biochemical) dan luaran(keadaan sekelilingnya). Komponen-komponen yang terlibat dalam emosi adalah motivasi, personaliti, pengawalan marah, perasaan dan  unsur spiritual dalam diri. Emosi boleh memberi motivasi yang baik atau buruk. Emosi boleh diklasifikasikan kepada berdasarkan nota kuliah Dr Azmi:
  affective experiences (perasaan)
  cognitive processes (proses kognitif)
  physiological adjustments (perubahan fisiologi)
  behavior (tingkahlaku)
 
Affective experiences melalui punca, struktur dan kesan gambaran emosi dalam diri seseorang itu berdasarkan perangai dan karakter individu.
Teori dari Howard M. Weiss and Daniel J. Beal "series of emotional states extended over time and organized around an underlying theme."
 
Cognitive processes adalah gambaran emosi berdasarkan pemikiran, pandanngan dan cara seseorang itu menilai sesuatu perkara. Ataupun dalam erti perkataan lain, naluri hati seseorang. Sebagai contoh rasa tidak senang dan tidak selamat di setiap kali bertemu dengan warga asing. 
Bagi komponen physiological adjustments, aksi badan terhadap perubahan emosi, sebagai contoh badan akan menjalani sympathetic action apabila individu itu berada dalam keadaan yang cemas dan takut. Antara contoh perubahan badan adalah degupan jantung semakin tinngi dan berpeluh.
 
Secara lumrahnya, manusia response terhadap emosi itu dengan mengambarkan perasaan berdasarkan eksperesi badan dan wajah seperti senyum, sedih, gembira, kecewa, menangis dan cinta. Itulah hubungan antara emosi dan anggota badan kita.
 
Menurut James–Lange theory pengalaman emosi itu berkemungkinan besar dipengaruhi perubahan diri. Nico Frijda dan Freitas-Magalhaes mempercayai emosi sangat berfungsi untuk membuatkan seseorang itu berasa selesa dan selamat.  
Saya agak terkena dengan statement yang mengatakan perempuan lebih beremosi daripada lelaki. Bagi pendapat saya, perempuan gemar memikirkan sesuatu secara dalam kerana golongan hawa ini sangat teliti dan mempunyai pelbagai rasa dan persaan dalam satu masa.
Para pengkaji membuktikan perbezaan emosi ini adalah dipengarui oleh perbezaan hormone. Mereka juga mengatakan apabila lelaki berasa tertekan, mereka akan mencari keselamatan samada lari dari masalah atau menghadapinya. Berbeza pula dengan kaum wanita, mereka lebih gemar berkongsi masalah dengan rakan-rakan untuk mendapat sokongan dan nasihat pendapat dari orang lain.
Sumber daripada : T. Golden (2009). "Gender Differences in Boys' and Girls' Emotions"; S.E. Taylor, L. J. Burklund, N. I. Eisenberger, B. J. Lehman, C. J. Hilmert, M. D. And Lieberman (2008). "Neural bases of moderation of cortisol stress responses by psychosocial resources".
Antara teori-teori yang berkait rapat dengan pengawalan emosi ini adalah: Somatic Theory, Neurobiological Theory dan Cognitive Theory. 
Somatic theories response emosi dan diri terhadap sesuatu berdasarkan perasaan tanpa bukti yang nyata dan kukuh. Teori ini William James pada 1880s. Antara teori-teori Somatic Theory adalah James–Lange theory yang mengatakan emosi berubah berdasarkan situasi dan memberikesan kepada diri dan badan.Sebagai contoh apabila kita sedih kita menangis, apabila kita gembira kita ketawa.
Neurobiological theories melibatkan perubahan system dalam badan yang melibatkan aktiviti otak. Sebagai contoh paleocircuits dalam otak manusia melahirkan rasa cinta.
Cognitive theories adalah teori-teori yang melibatkan penilaian, pemikiran dan pandangan dalam keadaan sedar ataupun tidak berdasarkan kefahaman konsep dan kefahaman seseorang tehadap sesuatu perkara. Apabila menghadapi sesuatu perkara, individu akan response dengan pelbagai cara yang berbeza berdasarkan pandangan mereka.
Konklusinya, emosi merupakan elemen penting dalam setiap diri manusia. Emosi menggambarkan personaliti seseorang. Pengalaman dan ilmu sangat penting dalam pengawalan emosi seseorang.

No comments:

Post a Comment