Monday, 7 February 2011

A133397 NURUL HAFIDFAH BINTI SARBINI ~TEORI PERUBAHAN EMOSI~

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Untuk jurnal saya kali ini, saya nak tulis mengenai Teori perubahan emosi. Teori ini melibatkan teori aras adaptasi dan teori proses berlawanan Solomon. Teori Aras Adaptasi ialah kita bertindak balas terhadap sesuatu rangsangan berdasarkan aras adaptasi semasa kita. Aras adaptasi ini tidak tetap dan sentiasa berubah mengikut keadaan emosi kita. Contohnya, bunyi-bunyian di sekeliling kita. Jika bunyi tersebut tidak terlalu kuat dan tidak terlalu perlahan dan kita selesa dengan keadaan itu, maka itu adalah pada aras adaptasi kita. Namun bila bunyi tersebut terlalu kuat, maka aras adaptasi kita akan menigkat. Begitu juga dengan sebaliknya. Teori ini juga menyatakan bahawa jika kita gembira dalam apa jua keadaan sekarang seperti mendapat keputusan yang cemerlang dan sebagainya maka aras adaptasi kita juga akan meningkat. Namun kegembiraan sekarang tidak akan berterusan sehinggalah kita mendapat perkara yang lebih baik yang lebih mengembirakan. Jelaslah bahawa aras adaptasi kita sebenarnya sentiasa berada pada titik neutral dan hanya sesuatu yang lebih baik akan menjadikan kita gembira. Contohnya, sebelum ini kita merasa seronok dengan menggunakan laman social seperti Friendster. Namun kini, keseronokan kita untuk berkomunikasi secara atas talian ini beralih pula kepada laman social seperti facebook dan twitter. Demam facebook dan twitter kini melanda semua golongan umur. Gembiranya di sini apabila dapat banyak kawan baru dan 'keep in touch' dengan kawan-kawan lama.


Teori proses berlawanan Solomon pulak ialah hasil ubahsuaian daripada teori aras adaptasi. Teori ini dipelopori oleh Richard Solomon pada tahun 1980 untuk menerangkan tingkah laku ketagihan dadah. Teori ini menjelaskan setiap emosi yang dilahirkan akan mengakibatkan terbitnya emosi yang berlawanan. Teori ini juga menjelaskan bahawa emosi adalah berpasangan iaitu apabila  satu emosi dialami, maka pasangannya akan dipendam. Terdapat dua keadaan dalam teori ini, iaitu keadaan awal ( primary state ) dan keadaan berlawanan ( opponent state ). Situasi ini dapat dijelaskan apabila keadaan awal dihasilkan, kemudian keadaan ini akan mencetuskan keadaan emosi yang berlawanan. Pada peringkat awal ianya merupakan keadaan awal yang tidak dipelajari, kerana emosi ini adalah tindak balas automatik. Manakala pada peringkat berlawanan, ia menerbitkan emosi yang berlawanan. Ianya bermula selepas emosi dalam iaitu keadaan atau peringkat awal bermula. Emosi ini berterusan lebih lama dan akan menjadi semakin kuat jika diulangi manakala emosi dalam keadaan awal pula menjadi semakin lemah. Sebagai contoh bagi seorang penerjun, terjunan pertamanya akan menimbulkan rasa takut dan gentar dalam dirinya. Pada masa itu penerjun tersebut berada dalam keadaan awal. Namun apabila beliau sudah mula terjun dan mendapati terjunan tersebut merupakan sesuatu yang menyeronokkan, maka beliau kini berada dalam peringkat berlawanan. Akhirnya semakin banyak terjunannya, dia merasa semakin seronok, dan rasa takutnya berkurangan. Pengalaman saya bagi teori ini adalah ketika mengikuti ekspedisi pendakian mahasiswa/i IPT satu Malaysia. Ekspedisi pendakian ini berlangsung di gunung stong, Kelantan. Pada mulanya ketika mendaki ke kem perkemahan saya tidak merasa seronok dan asyik mengeluh. Namun apabila saya berjaya mendaki hingga ke puncak gunung, saya merasa bangga dengan kejayaan dan kesungguhan diri ini. Saya kemudiannya merasa seronok dan berazam ingin menawan gunung-gunung yang ada di Negara ini, terutamanya Gunung Kinabalu.


~Sekian~

No comments:

Post a Comment