Thursday, 10 February 2011

A132733 MUHAMMAD KAMAL LJ05 Emosi dan Ingatan



Assalamualaikum dam salam sejahtera, berjumpa kembali kita setelah seminggu bercuti. Maafkan saya kerana tidak dapat menulis pada blog sebelum ini, ini kerana saya agak sibuk sedikit pada minggu lepas. Allahamdulilah, ini merupakan catatat saya yang terakhir pada semester kali ini. Pejam celik masa begitu pantas tanpa saya sedari telah pun sampai ke penghujung jurnal pembelajaran ini, memang bagus jurnal pembelajaran ini, banyak input-input yang boleh didapati di sini. Tamabahan pula, jurnal pembelajaran ini sebagai satu medan untuk meluahkan perasaan masing-masing. Disini juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dr. Zamri yang banyak memberi tunjuk ajar dalam penerbitan nukilan ini.

Pada kali ini saya ingin membuat coretat tentang emosi dan ingatan. Apa itu ingatan? Ingatan ialah sesesuatu perkara yang menjadi memori dan di ingati sama ada dalam jangka masa panjang mahupun jangka masa pendek.Apakah kaitan antara emosi dan ingatan? sebenarnya emosi membantu ingatan kita. Emosi dan ingatan dipengaruhi oleh kandungan emosi dan mood emosi itu sendiri. Jika berlaku sesuatu peristiwa yang disukai, iaitu menjadikan emosi suka dan gembira, boleh menyebabkan kita menggingati sesuatu perkara dengan cepat dan tersimpan dalam memori dalam jangka masa yang panjang.

Sebagai contohnya saya ingin mengambil contoh di dalam filem "3idiots" yang mengisahkan tentang tiga orang sahabat baik di zaman universiti. Walaupun setalah hampir 10 tahun lebih mereka terpisah selepas tamat graduasi di universiti. Namun, mereka masih lagi mengingati setiap memori mereka ketika zaman itu. Salah seorang sahabat mereka iaitu Raju mempunyai masalah keluarga kerana beliau seorang pelajar yang miskin dan pelajaran beliau sering tergangu oleh masalah yang di hadapi beliau. Tetapi apabila beliau bersama dengan rakan-rakan yang lain dan membuat banyak aktiviti bersama, masalah itu dapat di selesaikan dengan bantuan kawan-kawan. Jadi menyebabkan mood Raju untuk berjaya dalam hidup semakin tinggi. Akhirnya beliau berjaya jua mendapat kerja yang bagus walaupun keputusan peperiksaannya tidaklah memberangsang sangat. Beliau telah berjaya bersama-sama dengan sahabat-sahabatnya yang lain. Sebenarnya apa yang saya paham ini, mood ini memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian kita. Jika mood kita pada ketika itu adalah baik, maka kehidupan kita pada hari itu menjadi senang dan gembira dalam melakukan setiap perkara pada hari tersebut. Namun jika mood kita pada hari itu tidak baik, maka jadilah sebaliknya.

    Yang mana lebih kuat ingatan antara lelaki ataupun perempuan jika dipengaruhi oleh emosi? Menurut kajian, perempuan lebih sensitif terhadap sesuatu perkara yang cenderung kepada emosi. Contohnya pada majlis perkahwinan, pasangan perempuan lebih signifikasi dalam majlis tersebut, memerhatikan setiap perkara di sekelilingnya ketika berlangsungnya majlis perkahwinan itu. Mereka juga akan menulis semula apa yang berlaku pada hari tersebut ke dalam diari untuk di ingati. Ini adalah sesuatu yang normal bagi wanita kerana perkahwinan merupakan perkara yang paling indah dalam hidup mereka, sudah tentu mereka tidak akan melupakan setiap detik yang berlaku pada hari tersebut. Namun berbeza dengan pasangan lelaki yang lebih rilek dan santai bersahaja. Meraka hanya mungkin menggingati tarikh perkahwinan tetapi mereka tidak menggingati secara 'detail' yang berlaku pada hari tersebut.

Akhir kata emosi dan ingatan saling berkait rapat antara satu sama lain. Jika emosi itu bagus pada ketika berlakunya sesuatu situasi, maka situasi itu lebih senang untuk di ingati dan ia akan menjadi memori kenangan peribadi yang berkekalan sampai bila-bila. Sekian untuk kali ini...semoga kita berjumpa lagi

maal salamah...

kimia kira =)











No comments:

Post a Comment