Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Bertemu lagi dalam penulisan jurnal kali ini,diharap semua rakan-rakan berada dalam keadaan sihat sejahtera. Pada minggu ini saya akan mengupas tajuk yang telah diajar pada kelas miggu lepas iaitu Emosi Positif – Gembira, Bahagia dan Kasih.
Pada pendapat saya emosi positif sangat diperlukan oleh setiap individu. Tanpa emosi positif kita tidak mampu menjadi insan yang cemerlang. Emosi penting kerana ia yang akan mengawal tingkah laku kita. sebelum itu, emosi terbahagi kepada dua bahagian iaitu emosi positif dan emosi negative. Pada minggu ini, saya hanya akan membincangkan tentang emosi positif. Emosi negative akan dikupas pada minggu depan. Apabila kita gagal mengawal emosi positif maka secara automatic emosi negative akan mengambil alih tempat emosi positif tadi. Maka berlakulah perkara yang tidak diingini seperti pergaduhan, pembunuhan, putus kawan dan sebagainya. Jadi penting untuk kita memastikan bahawa emosi kita sentiasa berada dalam keadaan positif.
Kebahagiaan??
Semua orang inginkan kebahagiaan, tipu bila mana orang tersebut tidak mahukan kebahagiaan dalam hidupnya melainkan orang gila..haha.. Kebahagiaan adalah suatu keadaan emosional atau afektif yang ditandai dengan perasaan kenikmatan, kesenangan, dan kepuasan. kebahagiaan juga dapat dipecahkan kepada banyak cabang. Tidak semestinya semua orang yang bercinta menemui kebahagiaan. Bagi orang-orang yang tidak percaya kata-kata saya ni, boleh la dengan lagu nyanyian Syahir AF yang bertajuk "kebahagiaan dalam perpisahan"..haha..
Apa kata ahli falsafah mengenai kebahagiaan??
· Aristotle berpendapat kegembiraan ialah hasil kepada pencarian kea rah keseronokan.
· Plato berpendapat punca kepada kebahagiaan ialah kehidupan yang baik atau mulia.
· Epicurean pula berpendapat kebahagiaan ialah dengan memaksimakan keseronokan dan meminimakan penderitaan.
· Mills tentang erti kebahagiaan pula ialah sejauh mana kesesuaian tingkah laku kita.
Selain itu,kajian-kajian juga dibuat dari semasa ke semasa. Berdasarkan maklumat daripada hasil kajian yang dijalankan oleh Veenhoven pada tahun 1995. Kajian-kajian merentas budaya menunjukkan kebahagiaan berbeza daripada satu Negara ke Negara yang lain. Kajian yang dijalankan oleh Diener ET Al pada tahun 1995 pula melaporkan budaya-budaya di Asia melaporkan tahap kegembiraan yang lebih rendah berbanding dengan negara yang lain. Kajian yang dijalankan oleh Argyle pada tahun 1987 pula melaporkan orang yang dikatakan paling bahagia ialah mereka yang tinggal di Amerika utara,Australia dan Eropah. Adakah kajian-kajian ini benar?bagi saya orang-orang yang mengamal ajaran agama mereka dengan baik maka merekalah yang akan menemui kebahagiaan tidak kira mana-mana agama didunia ini kerana setiap agama menyeru penganutnya melakukuan kebaikan. Maka apabila kebaikan dilakukan dalam rutin harian kita maka kebahagiaan akan muncul tanpa kita sedari. Contoh paling mudah adalah dengan bersenyum. Senyum adalah perkara yang mudah tetapi mengapa kita sukar untuk senyum, adakah setiap senyuman itu perlu dibayar?ataupun adakah gigi kita mengalami kerosakan sehingga membuat kita sukar untuk senyum? Bagi umat islam, senyum merupakan sedekah yang paling mudah, dan setiap senyuman diganjari dengan pahala.
Bagaimana mencari kebahagiaan??
Kebahagiaan difahami dapat dicari dengan mudah oleh orang yang mudah menyesuaikan diri dalam sesuatu keadaan. Saya bersetuju dengan pendapat ini kerana saya sendiri pernah merasai pengalaman ini. Sebagai contoh, penyesuaian diri dalam kelas pengurusan emosi. Biarpun saya hanya keseorangan mengikuti kelas ini tanpa ditemani rakan-rakan yang lain tetapi saya masih mampu merasai ketenangan di dalam kelas kerana saya mudah bergaul dengan orang. Maka bertambah-tambah la rakan saya dalam fb..haha
Menurut Kotma Et Al,kebahagiaan dapat dikategorikan mengikut dua komponen utama,iaitu jangka masa panjang dan jangka masa pendek. Jangka masa panjang ialah sesuatu latar belakang atau perkara yang memberi kebahagiaan kepada kita dalam jangka masa yang berpanjangan seperti dari kecil hingga kini. Contohnya ialah mempunyai keluarga yang bahagia dan kehidupan yang baik dan bebas. Jangka masa pendek pula ialah perkara yang baru berlaku dalam kehidupan kita yang memberi kebahagiaan kepada kita dalam jangka masa yang pendek. Contohnya ialah dapat bayi,memenangi cabutan bertuah,mendapat keputusan yang cemerlang dan lain-lain.
Menurut Freud,hubungan kita dengan ibu bapa kita pada masa kecil adalah penting untuk menentukan kebahagiaan kita pada masa depan. Menurut hasil kajian yang dijalankan oleh Argyle pada tahun 1987. Kebanyakan respnden berpendapat seseorang akan mencapai kegembiraan atau kebahagiaan apabila dilamun cinta,mencapai keputusan yang cemerlang dan pulih darpada penyakit.
Menurut Vanfossen pula, pasangan berkahwin adalah lebih bahagia daripada berseorangan. Saya tidak setuju dengan kenyataan Vanfossen ini. Kerana saya berpendapat tidak semestinya semua pasangan suami isteri akan mencapai kebahagiaan dan kegembiraan. Kalau situasi ini berlaku maka tiadalah penceraian akan berlaku. Sudah diketahui umum,penceraian sudah menjadi perkara yang sangat biasa dan terdapat banyak faktor-faktor yang menyumbang kepada penceraian.
Menurut Argyle,terdapat beberapa faktor juga yang boleh menyebabkan seseorang mencapai kegembiraan dan kebahagiaan. Antaranya termasuklah kesihatan, persahabatan,kerja,rekreasi dan penghayatan agama. Seseorang yang beragama adalah lebih gembira dan kurang tekanan. Kenyataan ini dibuktikan. oleh beberapa kajian. Menurut kajian yang dijalankan oleh Gallup,seseorang yang beragama adalah dua kali ganda lebih gembira daripada orang yang tidak beragama.
Jantina mempengaruhi kebahagiaan??
Secara umumnya, jantina tidak memainka peranan yang penting untuk mencari kebahagaiaan. Perbezaan umur juga bukan penghalang untuk memperoleh kebahagiaan. Lihat sahaja zaman sekarang, usia bukan penghalang bagi mereka yang mempunyai keserasian anatara satu sama lain untuk ke jinjang pelamin sekaligus menggapai kebahagiaan. Selain itu,kebahagiaan juga akan berubah dari masa kesemasa. Contohnya, diwaktu kita kecil kita akan merasa bahagia apabila diberikan gula-gula,tetapi setelah meningkat dewasa kita tidak lagi merasa bahagia apabila diberikan gula-gula tetapi akan merasa bahagia apabila diberikan wang atau dapat markah yang tinggi dalam peperiksaan.
Setakat ini sahaja penulisan jurnal saya pada kali ini, diharap coretan ini dapat memberi sedikit ilmu yang bermanfaat agar dapat dikongsi bersama. Semoga bertemu lagi dalam penulisan jurnal akan datang. Terima kasih juga diucapkan kepada Dr Zamri kerana sudi mengajar kami, diharap Dr dapat memperbetulkan mana-mana kesilapan yang terdapat dalam coretan saya pada kali ini.wassalam..
No comments:
Post a Comment